Monday 26 December 2011

.: ' study week ' versus ' final exam ' :.

hanya beberapa hari sahaja lagi peperiksaan akhir semester di USIM akan bermula. jadi, seminggu sebelum bermulanya final, para pelajar diberikan cuti selama seminggu yang dipanggil ‘study week’ . namun, peluang cuti ini digunakan sepenuhnya oleh pelajar2 untuk pulang ke rumah masing2 setelah sekian lama tidak pulang dan untuk melepaskan rindu buat yang tersayang. ana seperti biasa, jarang2 pulang ke rumah. mungkin selepas final, itupun sebentar sahaja kerana pelbagai program dan aktiviti sedang menanti. isu pulang ke rumah semasa ‘study week’ bukanlah isu lama, tetapi sudah menjadi kebiasaan bagi para pelajar universiti walaupun telah di’leteri‘ berulang2 oleh lecturer supaya tidak pulang ke rumah semasa cuti belajar ini. peluang yang diberikan oleh universiti kepada pelajar2 seharusnya digunakan sebaiknya bagi menelaah serta mengulangkaji pelajaran di kampus dan bersama rakan2 yang lain kerana suasana belajar itu wujud dan dirasai berbanding jika berada dirumah.

namun, bagi mereka2 yang pulang ke rumah, niat untuk pulang sebentar hanya untuk beberapa hari sahaja untuk berjumpa dan memohon ampun restu dari ayahbonda merupakan satu idea yang baik berbanding mereka2 yang merancang untuk pulang ke rumah ‘cukup2 makan’ selama seminggu hinggalah tiba hari pertama exam,baru mereka kembali ke kampus. pelajar2 seperti ini dianggap tidak menggunakan masa cuti belajar sebaiknya sedangkan masa cuti ini diperuntukkan sepenuhnya untuk pelajar2 berada di kampus dan mengulangkaji pelajaran demi mendapat kejayaan yang lebih cemerlang.

ana tidak mahu menyelar sesiapa didalam entri kali ini, sekadar melontarkan pandangan berkenaan  isu pulang ke rumah semasa cuti ‘study week’ ini. bagi ana, masa yang diperuntukkan seharusnya digunakan sebaiknya oleh para pelajar dan jika ditanya kepada mana2 lecturer sekalipun, pasti mereka sependapat dengan ana. fatrah ‘study week’ ini juga dikatakan sebagai  satu ruang masa untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t bagi memohon kepadaNya agar dipermudahkan segala urusan dan perjalanan ulangkaji serta peperiksaan yang akan bermula tidak lama lagi. jika dilihat, menjelang waktu peperiksaan pasti ramai pelajar yang akan menghadirkan diri ke surau2 dan masjid2 bagi mendapatkan keberkatan serta redha Rabbul ‘Alamin. pokoknya, keredhaan Allah s.w.t tidaklah terbatas sekadar hendak exam sahaja, tetap jauh sebelum exam lagi keredhaan dan keberkatan itu perlu dipinta. Kelaziman kata maaf juga selalu wujud menjelang exam, sedangkan jauh sebelum exam tidak langsung teringat untuk meminta maaf andai ada menyinggung perasaan sesiapa. Biasalah bila hendak exam ni, manusia ‘jahat’ boleh menjadi ‘baik’ =)

tiba fatrah peperiksaan nanti, pasti para pelajar akan jarang kelihatan di cafe2 mahupun di kedai2 makan kerana sibuk menelaah untuk paper2 seterusnya. rutin ini biasa dilihat hanya ketika minggu peperiksaan sahaja dan lihatlah perubahannya seusai peperiksaan berakhir. surau2 dan masjid2 akan mula kesepian kembali dari suara2 merdu bacaan ayat2 suci Al-Quran yang sebelum ini selalu kedengaran setiap kali selepas maghrib atau selepas solat2 fardhu yang lain. sifat istiqamah beribadat dan memohon keampunan Allah s.w.t perlulah diterapkan dalam diri dan jiwa setiap pelajar agar keberkatan yang diperoleh sentiasa berkekalan sepanjang pengajian di universiti. solat hajat ,zikir munajat serta bacaan yaasin beserta tahlil yang diamalkan sebelum peperiksaan bermula perlu diteruskan walaupun minggu peperiksaan sudah berakhir agar result yang akan keluar setanding dengan usaha dan amalan seharian kita sebelum peperiksaan.

sekadar disini sahaja titipan kasih ana kali ini kerana masa terlalu mencemburui ana, pantang terlepas sedetik waktu, pasti akan ada rasa penyesalan dalam diri. masa emas di minggu ‘study week’ ini perlu digunakan sebaiknya agar tidak se’sen’ pun masa itu terlepas kerana masa itu seolah pasir halus di genggaman buku lima. makin longgar genggaman , pasti pasir2 halus ini akan berterbangan dibawa angin. entri ini insyaallah merupakan entri terakhir ana sebelum menjelang peperiksaan. akhir kalam, selamat menghadapi peperiksaan  sahabat2 =) bittaufiq wannajah. doakan kejayaan kita semua. aminn. salam imtihan.



:: Laa haulawala quwwata illah billahil 'aliyyil 'aziim ::
~ be a professional for ad-deen ~


2 comments: