Thursday 8 December 2011

.: lelaki dan ego :.

assalamualaikum sahabat2 ana yang dirahmati Allah s.w.t =) insyaallah, entri ana kali ini berkisar perihal lelaki dan ego, sinonimnya dua kata ini seumpama aur dan tebing. sahabat2 muslimin dan muslimat boleh baca untuk mengetahui serba sedikit siapa lelaki sebenarnya dan perkaitan sikap egois dengan lelaki. ana sebagai mewakili seluruh lelaki sedunia akan memecahkan rahsia kaum kami di wadah blog ini. semoga dengan perkongsian ilmu ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya dan peringatan serta pengajaran yang ditulis disini adalah buat pedoman bersama,insyaallah =)

lelaki dan ego. dua perkataan ini cukup2 ber'kawan rapat' sejak azali lagi. dikurniakan sifat ego ini untuk menunjukkan kekuasaan lelaki dan autoritinya dalam apa2 perkara berbanding wanita. Allah s.w.t didalam firmannya ada menyebut tentang keutamaan dan kelebihan yang telah dikurniakanNya kepada kaum lelaki. bercakap tentang lelaki dan ego secara jujurnya, sifat ego ini cenderung untuk berubah menjadi sombong, bongkak, takabbur, hairan diri dan sebagainya, semoga dijauhkan dari sifat2 yang dicela Allah s.w.t itu.aminn. lelaki, fitrahnya cukup berbeza dengan perempuan. lelaki dijadikan oleh Allah s.w.t sebagai pemimpin sebuah institusi kekeluargaan, contohnya suami ketua kepada isteri, bapa ketua kepada keluarga, juga jika kita lihat dimana2 sektor pekerjaan pun pastinya lelaki mengetuai sesebuah organisasi. autoriti seorang lelaki terlalu diutamakan dalam setiap aspek, namun dewasa ini kaum hawa mula mengorak langkah untuk menjadi setaraf lelaki. jika lelaki mampu bersaing dalam cabaran bergelar Imam Muda dalam program realiti TV, perempuan juga mengikut jejak yang seakan serupa, nak juga jadi imamah muda dalam program realiti TV Ustazah Pilihan. tengoklah, perlaksanaan program khas pencarian imamah muda ini dikecam hebat oleh kebanyakan pihak yang merasakan ketidakwajaran perlaksanaan program seumpama ini terutama buat golongan wanita bergelar Muslimah.

pantang dicabar! ya, lelaki tidak mudah dicabar. pantang dicabar,pasti menyahut. pantang dikalahkan, pasti melenting. jarang ada yang mudah menyerah kalah atau pasrah begitu sahaja. itu lelaki. semakin dicabar, semakin tinggi egonya. kadang egonya meninggi menjulang langit tinggi, namun mereka tidak sedar sampai bila ego itu akan melangit, kerana suatu masa dari langit menjunam jatuh ke bumi jua akhirnya. pernah ana bertanya pada beberapa orang muslimat sebelum ini tentang lelaki dan ego, tujuan ingin mendapatkan jawapan yang mewakili seluruh kaum hawa seluruh dunia, dan tahukah sahabat2 apakah jawapan mereka? tanyalah sendiri sahabat2 muslimat kalian, kerana itulah jua jawapan yang telah dilontarkan mereka pada ana. =)

jika disoal bab cinta dan kekeluargaan, lelaki cenderung untuk tidak serius dalam melayari bahtera cinta itu. hanya sebilangan kecil sahaja yang cukup prihatin dan mengambil berat perihal membina 'masjid' idaman hati. sebilangan besar lagi lebih suka bermain2, berfoya2 dan langsung tidak mengambil kisah jika mereka sudah melakukan sesuatu kepada seseorang perempuan. maka hasilnya,lahirlah beribu2 anak luar nikah setiap minit seluruh dunia hasil percintaan palsu lagi memalsukan sang lelaki kepada si perempuan itu. hilang rasa tanggungjawab si lelaki saat itu sedangkan ketika enak bercintan-cintun bukan main manis bicara yang dituturkan. si perempuan pula tertarik dan merasakan lelaki dayus itu lelaki sejati, pijak semut pun tak mati. begitulah hakikatnya. lain pula dengan golongan lelaki yang benar2 sejati, mereka cenderung untuk mendirikan rumahtangga sesegera mungkin bagi mengelakkan fitnah dan maksiat berpanjangan saat mereka bercinta. namun cuping telinga ini pernah mendengar keluhan seorang perempuan," ..hmm..susah dah nak cari lelaki baik sekarang..". ana cuma dapat mengiyakan secara senyap dalam hati. benar katanya, ana sebagai lelaki lebih memahami apa yang diperkatakannya, lelaki baik yang betul2 baik sukar dicari zaman ini.

lelaki juga dikaitkan dengan sikap pemarah dan  tegas yang tinggi. bagi lelaki pemarah atau jenis yang panas baran, ini akan merumitkan institusi kekeluargaan setelah berkahwin kelak. tiap2 hari akan terdengar jerit laung suami isteri bertelingkah sesama sendiri, sehingga ditahap paling ditakuti serta dibenci Allah s.w.t," ..aku ceraikan kau dengan talak tiga!",. nauzubillah. biasanya kata cerai sangat mudah terungkap dibibir sang lelaki. kerana sikap dan tindakan seorang lelaki banyak dipengaruhi oleh emosi. jika perempuan bermain dengan emosi terutamanya ketika menonton filem hindustan dan korea, lebih2 emosi adalah golongan lelaki. mereka lebih mudah mengikut emosi, maka tidak hairanlah berlaku cerai antara suami isteri, lahir anak luar nikah, rogol, bunuh dan sebagainya. lazim sangat kita dengar kes2 jenayah yang melibatkan kaum lelaki kan? maka, benarlah lelaki lebih beremosi berbanding perempuan. sikap tegas yang tinggi bagi ana sangat bagus ada pada diri seorang lelaki, paling tidak lelaki yang tegas boleh menghindarkan dirinya dari kancah kemaksiatan dan dosa. tegas dalam mendidik anak2 supaya anak2 menjadi manusia. ini sikap yang perlu ada pada setiap lelaki., berbanding lelaki yang dayus, mendidik anak pun tak mampu maka tengoklah hasilnya, anak2 merempit dan jadi penjenayah.

maka dimana pula timbulnya ego ini? ya, ego tetap ada dalam diri seorang lelaki. seupaya mana dia cuba untuk membuang sifat egonya, tetap tidak akan berjaya melakukannya. biarlah ego itu menjadi rendah serendahnya, maka dengan itu terhindarlah diri dari sifat2 yang mengundang kemurkaan Allah s.w.t yang telah ana sebutkan diperenggan pertama entri ini. lelaki yang berdaya merendahkan egonya adalah seorang lelaki yang hebat. jiwanya cukup kental. lelaki yang mampu mengawal frekuensi egonya disaat martabatnya sedang goyah adalah seorang lelaki yang penyabar dan tabah, tidak hairanlah jika ramai orang sekeliling sangat menyenanginya. ada dia, orang senang. tiada dia, orang akan tertanya2 keresahan. lelaki dan ego tetap akan ber'sahabat baik' buat selama2nya. jika ingin diceritakan keperihalan lelaki cukup banyak dan meluas, namun biarlah setakat itu sahaja tinta ini menitip kata. insyaallah, ana akan membongkar lagi rahsia seorang lelaki dilain masa. wallahu'alam~akhir kalam,sama2lah kita renungi firman Allah s.w.t ini :

 "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka. (Surah an-Nisa': 34)

:: Laa haulawala quuwataillah billahil 'aliyyil 'aziim ::
~ be a professional for ad-deen~

1 comment: