Monday 20 June 2011

Dajjal d'Bermuda~

Segitiga Bermuda ; banyak kapal2 lenyap tanpa kesan dikawasan ini

 salam semua sahabat2 ana yang dikasihi. alhamdulillah,dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t untuk terus melakar tinta di ruangan ini. jadi insyaallah,perkongsian ana kali ini lebih berkisarkan kepada tajuk diatas..tentang kemunculan Al-Masih Dajjal laknatullah serta konco-konconya yang akan membuat onar kerosakan diatas muka bumi ini tidak lama lagi,dan kalau kita perasan sebenarnya kerosakan itu sedang berlaku dan akan terus berlaku sehingga kiamat ; melalui peperangan dunia yang sebenarnya didalangi oleh konco-konco Dajjal atau lebih dikenali sebagai ' Dajjal kecil ',merujuk kepada Yahudi,Israel dan Amerika.

Jika sahabat2 ingin mengenali dengan lebih mendalam siapa sebenarnya Dajjal terkutuk ini,ana cadangkan sahabat2 untuk membaca buku berjudul ' Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segitiga Bermuda ' tulisan Muhammad Isa Dawud (gambar dibawah) yang telah menulis dengan teliti dan details mengenai perihal makhluk Allah yang dilaknat ini, Al-Masih Dajjal. Kajian beliau yang begitu banyak melalui kunjungannya ke seluruh pelosok dunia membuahkan hasil yang sangat memuaskan dengan terbitnya buku yang lengkap mengenai Dajjal dan keperihalannya ini.



Fitnah terbesar menjelang hari kiamat yang tidak siapa tahu bila waktu sebenar ia akan berlaku adalah fitnah yang dibawa Dajjal laknatullah keatas umat manusia keseluruhannya. Sahabat2,kemunculan Dajjal serta konco2nya merupakan salah satu petanda besar ketibaan hari kiamat, kehancuran besar-besaran dunia dan alam semesta ini. Disaat itu tiada siapa yang mampu menyelamatkan kita dari kegoncangan dunia yang begitu dahsyat seperti yang diceritakan didalam surah Az-Zalzalah,sedangkan bila kita tengok filem2 Barat menggambarkan keadaan hari kiamat sudah cukup dahsyat dan menakutkan bukan? sebenarnya apa yang digambarkan Barat terhadap kiamat Allah jauh berbeza dan tidak sama dengan kiamat sebenar yang bila2 sahaja dari sekarang akan berlaku,tidak ada seorang manusia pun yang mampu menilik masa,waktu,tarikh yang tepat kiamat berlaku. 

Menjelang saat itu, Dajjal laknatullah akan muncul membawa fitnah kepada manusia,seperti amaran Nabi Muhammad s.a.w, " Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi ini sejak Allah menciptakan Nabi Adam a.s dan keturunannya yang lebih dahsyat dari Dajjal. Dan Allah s.w.t tidak mengutus seorang rasul atau nabipun kecuali untuk memperingatkan umatnya dari kemunculan Dajjal."

" Aku adalah Nabi terakhir,dan kamu sekalian adalah umat terakhir pula. Dajjal pasti keluar dari kalangan kamu sekalian. Jika ia keluar,sedang aku ada diantara kamu, maka aku akan mengalahkannya dengan hujjah dan kemampuanku. Jika ia keluar setelah aku tiada, maka setiap orang menjadi penolong bagi dirinya sendiri untuk mengalahkan musuhnya. Allah adalah penggantiku bagi setiap Muslim..." - hadis riwayat dari Abu Umamah r.a dikeluarkan oleh Ibnu Majah.

Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan Alam Semesta ketika kemunculannya 
- gambar sekadar hiasan

Simbol piramid bermata satu menggambarkan Dajjal pada matawang Dollar Amerika



Pada saat kemunculannya Dajjal ini akan mengaku diri sebagai Tuhan dengan membawa syurga dan neraka bagi memesongkan akidah umat manusia di pengakhiran usia dunia menjelang kiamat. Syurga bagi Dajjal adalah menuju neraka Allah manakala neraka Dajjal adalah sebaliknya. Dajjal laknatullah ini akan membolak balik hati dan iman umat Islam agar terpesong dan mengikut hasutan Dajjal seterusnya menjadi pengikut Dajjal, dan hanya umat Islam yang betul keimanannya kepada Allah mampu mencegah dirinya sendiri dari termakan hasutan Dajjal laknatullah dan konco2nya dan menurut apa yang diceritakan dan banyak riwayat2 menafsirkan, umat Islam yang betul2 jitu imannya pada Allah s.w.t sahaja yang mampu mengenalpasti Dajjal adalah ' Dajjal laknatullah ' dengan jelas dan terangnya tulisan Kaf Fa Ra di dahi makhluk ini merujuk kepada KAFIR.

Ana rasa setakat itu sahaja ringkasan serba sedikit mengenai kisah kemunculan Dajjal laknatullah serta konco2nya dan insyaallah dilain masa ana akan menceritakan dengan lebih mendalam mengenai asal-usul makhluk terkutuk ini sebagai perkongsian bersama sahabat2 ana yang dikasihi. Selain buku yang ana suggest sahabat2 baca, ana juga harap sahabat2 dapat menonton siri 'The Arrival' yang juga mengisahkan perihal ketibaan dan petanda kemunculan Al-Masih Dajjal ini. Jika sahabat2 berminat boleh meminjam buku tersebut dari ana dan untuk siri2 The Arrival juga ana ada untuk dikongsi bersama. sahabat2 boleh hubungi ana di talian tetap Celcom ana - 013-3087500. Segala yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang buruk dari khilaf manusia yang lemah seperti ana. Wallahua'alam.


Antara konco2 Dajjal laknatullah adalah Yahudi



:: Laa haulawala quuwataillah billahil 'aliiyyil 'aziim ::
~be a professional for ad-deen~





Monday 13 June 2011

:: akidah yang satu,agama yang satu ::

kelas tutor akidah malam ini lebih kepada pembentangan berkenaan dengan tajuk2 awal dari buku akidah. grup ana menjadi grup pertama untuk membentangkan, bermula dari m/s 1 hingga 5 sahaja manakala grup2 lain akan menyambung mukasurat yang lain. skop yang disentuh kami adalah berkenaan dengan pembahagian akidah dan Islam. Seusai kami membentangkan,dan tiada sahabat2 lain yang bertanya,maka Al-Fadhil Ustaz Salman bangkit untuk menerangkan dengan lebih jelas berkenaan skop yang telah kami bentangkan.
"didalam perbincangan berkenaan dengan agama,tiada istilah agama2 samawi",Ustaz Salman membuka bicara. ana yang sebelum ini tdak pernah mendengar bahawa 'tiada istilah agama samawi' tekun mendongakkan muka menyelusuri segenap wajah Al-Fadhil Ustaz untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Ustaz pun menyambung tutur,"yang ada cuma yang dikatakan syariat,dimana wujud banyak syariat2,syariat samawi pada zaman nabi2 sebelum Nabi Muhammad s.a.w..seperti kini kita ada syariat Islam yang kita wajib patuh akan segala perintah yang ada didalam syariat Islam. syariat2 yang ada sebelum kedatangan syariat Islam adalah syariat2 tertentu yang ditujukan untuk kaum2 tertentu & pada zaman tertentu,tidak seperti syariat Islam yang sesuai untuk semua zaman, semua manusia & semua tempat".
pembawaan agama yang dibawa oleh nabi2 sebelum Nabi Muhammad s.a.w adalah atas pegangan tauhid yang sama iaitu percaya pada Tuhan Yang Satu iaitu Allah s.w.t namun yang membezakan kita dengan umat2 terdahulu adalah atas beza syariat yang didedahkan. "agama yang dibawa tetap sama,cuma syariat yang membezakan" ,tekan Ustaz. sahabat2,ana cuma ingin mengingatkan diri ana & sahabat2 bahawa pegangan akidah kita adalah satu,menghubung & mengikat hati kita dengan segala rukun2 Iman yang kita telah belajar sejak dari kecil lagi.rosak pada akidah,maka rosaklah iman,bila rosak iman,rosaklah jiwa2 manusia itu. sebab itu ana nak tekankan isu berkaitan akidah umat Islam sangat2 penting untuk diambil berat,kerna isu2 ini sudah menjadi 'adenovirus' buat umat Islam. umat Islam diancam dengan isu2 khilafiyyah yang serius & boleh mengundang sengketa sesama umat Islam. bahana syiah cukup membahayakan,apatah lagi aliran Wahabiyyah yang dikatakan sebagai 'golongan Salaf moden' kini, memutarbelitkan pegangan akidah umat Islam,hasilnya ramai umat Islam terjerumus ke lembah kehinaan yang dahsyat,mereka dikaburi debu2 kejahilan & dengan mudah mereka mengubah ajaran Islam yang sebenar mengikut hawa nafsu sendiri.
sedarkah sahabat2 akan isu ini?? ana bukanlah seorang yang arif dalam berbicara sepertimana bicara para ustaz2,ana bukanlah seorang yang mengaji agama seperti ilmu2 pengajian pondok,tapi ana sedar isu khilafiyyah yang berlaku dikalangan umat Islam kini semakin menjadi2 tatkala sebaran aliran sesat ini meracuni pemikiran mahasiswa/i IPTA/S yang cerdik pintar. mereka disumbat dengan pegangan akidah yang serong dan hasilnya segala perkara2 pembaikan kearah membentuk akidah yang jitu n unggul serta tulen dipandang sebagai bid'ah dholalah. malah terus meng'kafir'kan dan me'masuk neraka'kan sesetengah pihak yang cuba mengatasi golongan ini. 
ana rasa setakat itu dahulu tinta ana buat posting kedua ini,semoga apa yang ana cuba sampaikan dipahami oleh sahabat2 yang membaca. ana sayangkan umat Nabi,Nabi juga terlalu sayangkan umat baginda. "ummati,ummati,ummati...". sayu suara Rasulullah s.a.w menyebut gelaran kita,umat baginda. sama2lah kita renungkan bersama. Wallahu'alam.

:: Laa haulawala quuwataillah billahil 'aliiyyil 'aziim ::
~be a professional for ad-deen~