Insyaallah, ana akan cuba sedaya mampu untuk berkongsi tips bagaimana nak hasilkan resume yang mana bakal majikan akan tertarik (Insyaallah) untuk panggil interview (pengalaman ana sendiri). Dapat tak dapat tu, lain cerita. Dah panggil interview, kira bersyukur lah kan. Sekurang-kurangnya ada pengalaman menghadapi interview dan jika dapat kerja, itu adalah rezeki dari Allah SWT buat anda. Kalau betul-betul tekun, anda boleh buat ulangkaji bagaimana nak hadapi interview secara betul atau cara buat resume yang lebih betul (dari tips saya).
Resume yang baik adalah resume yang mampu menerangkan siapa anda secara ringkas tetapi padat. Tak perlu cerita tentang diri anda secara berjela-jela (panjang) macam buat karangan, dan tak lah terlalu ringkas sampai majikan tak tahu anda ini benar-benar nak mohon kerja atau tidak!
Disini, ana lampirkan contoh resume ana sendiri sebagai rujukan anda. Ana pun sebenarnya copy-and-paste resume orang lain juga dan kemaskini sebagai resume sendiri. Kekemasan dan susun atur maklumat dalam resume perlulah selaras agar ia nampak teratur dan profesional. Terpulang kepada anda nak ikut format resume sesiapa dan bagaimana, janji ia nampak kemas, bersih dan teratur.
Jom kita mulakan tips ini!
Mukasurat pertama resume
Gambar (Photo) :
Gambar yang diletakkan dalam resume perlulah yang terkini, dalam keadaan formal dan bersaiz passport. Elakkan dari meletakkan gambar posing selfie, gambar zaman kanak-kanak, gambar pakai tshirt dan sebagainya. Ini bagi melahirkan first impression yang baik kepada majikan tentang diri anda.
Ada majikan yang sporting, tak kisah langsung anda letak gambar macam mana, tapi itu hanya segelintir sahaja! Langkah selamat, letak yang OK dan terbaik.
Nama (Name) :
Nyatakan nama penuh anda secara jelas, terang dan nyata - recommended font - Arial : 11
Objektif (Objective) :
Jika perlu, nyatakan objektif anda menghasilkan resume ini. Untuk apa dan bagaimana anda mampu menyumbang kepada syarikat tempat kerja.
Butiran Diri (Personal Particulars) :
Nyatakan secara ringkas butiran diri (yang penting-penting sahaja) seperti tertera dalam contoh resume diatas. Tak perlu letak maklumat ahli keluarga lain.
Latarbelakang Pendidikan (Educational Background) :
Nyatakan latarbelakang pendidikan anda, sekurang-kurangnya nama sekolah menengah dan universiti pengajian anda. Bonus, letak keputusan akhir peperiksaan anda. Ada sesetengah majikan nak tengok keputusan terkini.
Mukasurat kedua resume
Anugerah & Pencapaian ( Awards & Achievements) :
Nyatakan anugerah & pencapaian anda - sekolah menengah / universiti
INGAT! Tak perlu senaraikan kesemua anugerah dan pencapaian yang anda terima.
Kalau anda ada 100 anugerah sekalipun, nyatakan sekurang-kurangnya 3 - 4 yang tertinggi / terkini sahaja.
Majikan taknak tengok resume tu jadi berhelai-helai macam karangan SPM!
Aktiviti Kokurikulum (Extra-Curricular Activities) :
Nyatakan aktiviti kokurikulum anda - sekolah menengah / universiti
Kes yang sama macam anugerah dan pencapaian, tak perlu senaraikan semua aktiviti anda. Cukup hanya yang tertinggi atau yang terkini sahaja.
Pengalaman Kerja (Working Experiences) :
Bahagian ini sangat PENTING.
Kebanyakan majikan nak ambil pekerja, mereka akan tengok kepada pengalaman kerja kita. Pengalaman kerja dapat membantu majikan menilai tahap kredibiliti calon pekerja dan jika diambil, di posisi mana seharusnya pekerja tersebut ditempatkan dalam syarikat.
Jika anda ada apa-apa pengalaman kerja sebelum ini, nyatakan semuanya ( 3-4 kerja).
Misalnya, ana lepasan universiti (fresh-grad), belum ada pengalaman kerja. Jadi nyatakan pengalaman ketika menjalani latihan industri saja. Kalau dah pernah bekerja, dan ingin memohon tempat kerja baru, nyatakan pengalaman kerja di tempat lama.
Mukasurat ketiga resume (Last)
Kemahiran & Kebolehan (Skills & Abilities) :
Nyatakan kelebihan anda seperti tertera didalam contoh resume diatas. Kalau pandai guna apa-apa software pun, nyatakan. Mungkin dengan kelebihan itu, majikan tertarik nak ambil anda untuk posisi yang bukan kehendak anda. Janji dapat kerja kan?
Kekuatan Diri (Personal Strength) :
Ini berkaitan dengan soft-skills anda. Nyatakan apa kemahiran istimewa anda supaya resume ini nampak kukuh dan bertenaga! Majikan teringin nak tengok kemahiran anda ini diaplikasikan di tempat mereka sekiranya anda adalah insan pilihan.
References (Rujukan) :
Nyatakan siapa rujukan anda agar majikan mudah nak berhubung bagi meminta pandangan rujukan anda sebelum mengambil anda sebagai pekerja mereka (ada sesetengah majikan sangat skema buat macam ni). Semangat betul nak ambil anda. hehe.
Resume anda sudah terhasil!
Alhamdulillah, ana harap dengan perkongsian tips ini serba sedikit dapat membantu anda untuk menghasilkan resume yang baik. Terpulang kepada anda untuk mengikuti tips ini atau tidak, pokoknya yang ana nak tekankan, kekemasan resume akan menghasilkan resume yang berkualiti dan mantap.
Ingat, resume hanya dokumen pengenalan ringkas tentang diri anda. Jika dipanggil interview, disaat itulah anda bebas untuk menceritakan siapa diri anda secara berjela-jela (jika ditanya lah, jangan syok sendiri pula).
Ingat, resume hanya dokumen pengenalan ringkas tentang diri anda. Jika dipanggil interview, disaat itulah anda bebas untuk menceritakan siapa diri anda secara berjela-jela (jika ditanya lah, jangan syok sendiri pula).
Salam Perjuangan.
:: Laa haulawala quwwata illah billahil 'aliyyil 'aziim ::
~be a professional for ad-deen : ibnkhayr~
Thanks .. ats perkongsiannye .. nt share kan plak ye tips memilih tempat praktikal ..
ReplyDeleteTips Memilih Tempat Praktikal. =)
Deletehttp://ibn-khayr.blogspot.com/2014/08/tips-memilih-tempat-praktikal-ubaydullah.html
Salam. Boleh emelkan saya resume saudara seperti di atas?
ReplyDeletenur_syikin91@yahoo.com
Terima kasih :)
malas gila. buat sendiri ah. ni mesti nak edit.
Deletehahahahahhaa btul tu hahahaha
DeleteHahaha... kantoi
DeleteSalam..
ReplyDeleteMohon izin ye buat resume ni sebagai rujukan dan ambil objective sbgai tambahan di dlm resume.
Terima kasih .
jumpa pun :D
ReplyDeleteSalam...saya inginkan contoh resume saudara dlm pdf/words..
ReplyDeleteboleh emel kan di sini => neobiela92@gmail.com ..
terima kasih..:)
salam,mohon kebenaran guna resume awak ea sbg rujukan..syukran =) hny Allah yg mampu membalas. Terima kasih
ReplyDeleteUSIM 2014/2015
assalamualaikum . boleh emailkan contoh resume enta kpd ana ? ana nak jadikan sebagai rujukan , syukran jazilan jiddan , pinky_95gurlz@yahoo.com.my
ReplyDeletemohon kontek saya (Muhammad Ubaydullah bin Khairuddin) ke Whatsapp saya - 013 3087500. Terima kasih. Jarang baca komen, maaf.
ReplyDeleteSALAM SY AMBIL BUAT RUJUKAN AND AMBIL SEDIKIT YE RESUME TUAN, SBB ADA JUGAK YG KENA MENGENA :) NAK MINTAK IZIN
ReplyDeleteHa saya pon mahu.... nazri5377@yahoo.com....tq yaa
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM nazri5377@yahoo.com SAYA NAK BUAT SIKIT RUJUKAN UNTUK RESUME SAYA,
ReplyDeleteSEMOGA SAYA DAPAT KERJA YANG SAYA POHON,SHUKRAN.
SALAM SY AMBIL BUAT RUJUKAN AND AMBIL SEDIKIT YE RESUME TUAN, SBB ADA JUGAK YG KENA MENGENA :) NAK MINTAK IZIN. Email: Farhan_rey95@yahoo.com
ReplyDeletesalam. Resume ni gune microsoft ape ye?
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya nak minta izin utk menggunakan resume tuan sebagai rujukan ya.
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya nak minta izin utk menggunakan resume tuan sebagai rujukan ya.
ReplyDeleteSalam. Boleh minta cover letter sebagai rujukan saya.terima kasih.
ReplyDeleteEmail:amirazaidi07@gmail.com
Assalam Encik Ubaydullah. Saya Bukhari. Baru saja menamatkan Kursus Site Safety Supervisor. Jadi bahagian mana yg Di dalam resume perlu saya tambahkan? Education ke? Ataupun experience? Terima kasih.
ReplyDeleteBahagian references tu wajib letak ke macam mana? Kalau tak letak maknanya tak lengkap ke?
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya nak minta izin utk menggunakan resume tuan sebagai rujukan ya.
ReplyDeleteassalammualaikum..sy mnx izin untuk jadikan resume ni sebagai rujukan ye .. trma ksh,, smga ALLAH bantu prmdhkan ursn saudara
ReplyDeleteassalamualaikum..izinkan sy mengambil sbg ontoh
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan. Maaf, saya ingin bertanya. Jika kita ada menyertai aktiviti kokurikulum sepanjang di universiti tetapi tidak mendapat tempat pertama, kedua dan sebagainya. Adakah perlu dinyatakan dalam resume pertandingan tersebut tanpa memberitahu kemenangan diperolehi atau tidak perlu nyatakan pertandingan tersebut dalam resume?
ReplyDelete