Saturday 30 July 2011

.: HambaMu :.

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

 Lagu : Hambamu - Mawi ft. Akhil Hayy [ lagu tema Imam Muda 2 ] 


salam teman2 ana yang dikasihi Allah s.w.t sekalian..ana postkan senikata lagu tema Imam Muda 2 seperti yang tertera diatas kerana senikata ini sangat sinonim sebenarnya dengan perjalanan kehidupan kita didunia yang sementara ini. lihatlah kembali dan hayati bait2 kata yang penuh dengan makna yang pada ana jelas pada pemahaman makhluk yang sama dengan kita yakni manusia, yang dikurniakan Allah s.w.t akal untuk berfikir dan terus berfikir tentang asal kejadian dan fitrah kita sebagai hamba Allah s.w.t.

teman2, jelas terungkap di salah satu bait kata lagu ini, " Sekiranya takdir menguji,
Cekalkanlah hasrat di hati.. " yang membawa maksud tidak ada kata 'putus asa' dalam diari umat Islam sebenarnya untuk mengharungi dugaan dan cabaran hidup yang Allah turunkan sebagai satu ujian bagi menguji tahap kecekalan iman umat Islam itu sendiri. jika mudah kita mengeluh serta mengungkapkan kata " aku penatlah dengan hidup ni..aku bosan dengan kehidupan..selalu sangat aku diuji...apesal asyik aku ja dapat susah.." ,ingatlah kata2 ini langsung tidak melambangkan rasa syukur kita pada Allah s.w.t yang telah menjadikan kita sebagai makhlukNya serta automatik lahir sudah mendapat gelaran Islam dalam diri.tidak banggakah kita dengan title ini? Allah s.w.t telah berfirman didalam surah Al-Hijr [15] : 56 yang mafhumnya : 

 Ibrahim berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat."    

dan Allah s.w.t juga telah berfirman mengenai ganjaran bagi mereka2 yang punyai rasa sabar dan tabah yang cukup tinggi dalam mengharungi ujian hidup,mafhumya :

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang beriman. bertakwalah kepada Tuhanmu." Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.                                                          Az-Zumar [39] :10

Orang Islam yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t sama sekali tidak boleh berputus asa dengan rahmat Allah. Sebetulnya tiada istilah putus asa pada orang Islam, orang yang berputus asa hanyalah mereka yang tidak mahu berusaha memperbaiki dan menjaga kehormatan diri.hanya mereka2 yang bersabar terhadap dugaannya akan dikurniakan pahala yang besar sesuai dengan firman Allah yang Maha Agung seperti ayat diatas. dalam kita ingin menggapai matlamat dihati, ujian2 seperti inilah yang akan membawa kita menuju rahmat Allah yang tidak akan putus2 menghujani mereka2 yang tahu berterima kasih pada Allah dan sentiasa memanjatkan doa serta pengharapan hanya pada Allah, Khaliq Yang Agung.insyaallah,dengan segala usaha,ikhtiar serta doa yang kita panjatkan pada Allah akan membawa satu kejayaan yang pasti yang kita yakin semuanya datang dari Allah dan tidak ada mampu kita sebagai hamba Allah melainkan mampunya Allah diatas segala2nya.

mengakhiri tinta ana untuk entri ini,sekali lagi ana berpesan pada diri ana serta teman2 ana yang ana yakin semuanya dari golongan yang baik2 dan sentiasa mengucapkan alhamdulillah tiap kali rezeki Allah turun,tiap kali diberikan kemudahan oleh Allah dalam setiap apa yang kita lakukan. jangan sesekali mengungkap kata berbaur dusta pada Allah,nescaya tiadalah apa yang kamu dapat melainkan kerugian semata.ingatlah, cinta Allah sentiasa ada pada kita tapi wujudkah cinta kita pada Allah? sama2 kita fikirkan.tepuk hati tanyalah iman anda.wallahu'alam~

:: Laa haulawala quuwataillah billahil 'aliiyyil 'aziim ::
~be a professional for ad-deen~

Friday 29 July 2011

:: konvensyen MAMPAN : anjakan profesional muda ::

Salam tinta buat sahabat2 ana sekalian. alhamdulillah~masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk ana menitip bicara diruangan kalam ini. kali ini ana ingin berkongsi serba ringkas mengenai apa yang ana dapat sepanjang mengikuti Konvensyen Majlis Mahasiswa Anak2 Pahang (MAMPAN) yang telah diadakan di Bukit Gambang Resort City,Kuantan bermula pada 25 hingga 28 Julai 2011 baru2 ini.
Alhamdulillah,program berjalan lancar dan ana boleh labelkan program ini sebagai 'terbaikk'. syukur segalanya pada Allah s.w.t kerana apa yang baik semuanya datang dari Pencipta Yang Agung. :)

Konvensyen MAMPAN ini telah dianjurkan secara bersama oleh Majlis Mahasiswa Anak2 Pahang (MAMPAN) dan Yayasan Pahang serta telah menelan belanja ribuan ringgit bagi menanggung kos perbelanjaan konvensyen ini. peserta2 konvensyen pula disasarkan seramai 500 orang mahasiswa/i yang terdiri dari seluruh IPTA/IPTS seluruh Malaysia yang mempunyai taraf anak jati negeri Pahang. mari kita imbas kembali apa yang berlaku sepanjang tempoh 4 hari di Bukit Gambang Resort City,Kuantan ini.

ruang tamu penginapan yang kondusif dan selesa



Pada hari pertama di sana hanyalah untuk sesi pendaftaran peserta yang hadir dari seluruh daerah negeri Pahang yang bermula jam 3 hingga 6 petang, 25 Julai 2011. kehadiran peserta yang beransur2 adalah diatas faktor kenderaan yang dinaiki mereka apatah lagi dari daerah ceruk yang lebih jauh dari Kuantan. alhamdulillah, ana dimudahkan Allah kerana tempat yang ingin dituju tidak jauh dari lokasi rumah ana.. ^_^ seusai segala urusan petang itu, jam 9 malam semua peserta dikehendaki berkumpul di dewan untuk sesi taklimat konvensyen esoknya oleh Pengarah Konvensyen MAMPAN, En. Muhammad Shafiq bin Abdullah.sesi taklimat berakhir jam 12 tengah malam.

Pada hari kedua barulah konvensyen bermula. Sesi Pembukaan konvensyen diserikan dengan kehadiran Pengurus Besar Yayasan Pahang, Dato' Hajjah Saariah binti Saad. ucapan beliau lebih kepada hasrat Yayasan Pahang terhadap hala tuju MAMPAN dan mahasiswa/i anak Pahang amnya. beliau juga ingin melihat permata2 Pahang ini boleh mengukir sejarah serta memimpin negara pada masa akan datang sejajar dengan tema konvensyen itu sendiri iaitu ' Pemantapan Profesional Muda 2020'. seterusnya sesi pertama konvensyen dimulakan dengan topik Entreprenuership & Economy ; " Developing Young Professionals as a Major Component in 2020 Economy" oleh YBhg Dato' Salleh Majid, bekas Presiden Bursa Malaysia (KLSE). topik ini membincangkan serta memberi pandangan mengenai bagaimana profesional muda dapat dibentuk & menjadi 'key player' dalam pertumbuhan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada masa akan datang. persoalan adakah mampu ekonomi orang Melayu khususnya menjadi tonggak utama kemajuan ekonomi negara menjelang 2020 juga telah dibincangkan.


pemandangan di Bukit Gambang Resort City yang indah

makan beradab



sesi kedua diteruskan dengan topik Self Actualization ; " Can Graduates be the Reputable World Class Young Professionals?" oleh YBhg Tan Sri Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin, mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. topik ini pula membincangkan tentang bagaimana perkembangan masyarakat Malaysia telah bermula sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan serta hubungkait 'survival' orang Melayu dalam mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020 ini. apa pula peranan pemuda2 intelektual masa kini dalam memartabatkan masyarakat Melayu keseluruhannya?? segalanya telah terjawab dalam sesi ini. selepas asar, untuk slot petang, semua peserta telah diuji ketahanan dalam slot 'The Endurance' dimana dalam slot ini menguji ketahanan fizikal dan minda para peserta dan ini ada hubungkait dengan pemacuan wawasan negara oleh anak2 muda masa kini. seterusnya sesi ketiga konvensyen jam 9 malam,hanyalah untuk membincangkan resolusi konvensyen dalam grup resolusi yang telah dibahagikan bermula dari grup resolusi 1 hingga 33. ana berada dalam grup resolusi 18. 5 tajuk utama telah diberikan secara rawak oleh urusetia dan peserta dikehendaki membincangkannya secara kritis mengenai tajuk yang diberikan. pemantapan minda para peserta telah diuji dalam slot ini dimana setiap peserta diminta mengutarakan pandangan masing2 bagi membentuk sebuah resolusi akhirnya.slot ini berakhir jam 11.30 malam.

hari ketiga agak tough sedikit kerana pada hari ketiga ini para peserta 'disumbat' dengan banyak sesi2 yang menarik dan agak berat. sesi pertama untuk hari ketiga dimulakan dengan topik Internationalization & Globalization ; " Assimilating the Positive Values & Cultures of Developed Countries into Ours" oleh Dr. Wan Norlidah Al Qadri, Pengarah Pejabat Antarabangsa Universiti Malaysia Pahang. pada sesi ini Dr. telah menerangkan secara terperinci mengenai perlunya serapan nilai hidup yang positif & budaya kerja yang telus dalam kalangan mahasiswa untuk menjadi asas kepada kemajuan negara pada masa akan datang, dan sejajar dengan misi negara untuk mencapai taraf negara maju seperti Jepun, Korea, Perancis, Jerman, Amerika dan lain2. mampukah kita sebagai mahasiswa minda kelas pertama menyahut cabaran ini? segalanya terjawab di hati masing2 :)

sesi kedua pada hari ketiga pula dengan topik Innovation & Creativity ; " Nurturing Young Professionals into Innovative Personalities" oleh YBhg Dr Raslan Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). dalam misi negara mencapai tahap maju menjelang 2020 ini, dua perkara penting perlulah dititipkan dalam diri setiap mahasiswa iaitu inovatif & kreatif. dua tunjang ini merupakan intipati utama kerajaan dalam mencapai aspirasi yang diimpikan. secara keseluruhannya, kecenderungan budaya inovatif & kreatif ini lahir dari diri setiap masyarakat di Malaysia sebagai penyumbang utama agenda inovasi. seterusnya sesi ketiga sebelah petang dimulai dengan topik Environment ; " Understanding a current issue" oleh YM Raja Dato' Abdul Aziz bin Raja Adnan, Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Kementerian Sains Teknologi & Inovasi. pada sesi ini, YM Raja Dato' Abdul Aziz menjelaskan berkenaan isu Projek Lynas di Gebeng,Kuantan yang menjadi isu semasa yang cukup membimbangkan masyarakat sekeliling. tahap penggunaan bahan kimia semulajadi Torium & Uranium menjadi bualan masyarakat seandainya bahan ini tersisa ke kampung2 mereka. Dato' Abdul Aziz menerangkan bahawa perkara ini sebenarnya telah disiasat & dikaji sebelum projek ini dilaksanakan & beliau juga menjamin penduduk setempat yang berdekatan tidak akan mengalami gangguan radiasi atau cemaran bahan kimia ini yang boleh membahayakan nyawa. seterusnya,dalam keadaan peserta2 yang mungkin telah 'tepu' dengan sesi2 sebelum, program diteruskan lagi dengan forum ringkas & santai oleh mantan2 Presiden MAMPAN yang membawa topik MAMPAN- A leap of Tripartite Student Leadership. dalam forum ini,kesemua ahli panel yang terdiri daripada mantan2 Presiden MAMPAN membawa satu harapan dalam menerajui MAMPAN sebagai platform bagi mahasiswa/i anak2 Pahang memacu negara pada masa akan datang. 

slot petang diteruskan pula dengan sesi ' The Uphill Task' yang merupakan kesinambungan slot ' The Endurance' yang telah diadakan pada hari kedua konvensyen. pada slot ini pula,para peserta diberi aktiviti ketahanan fizikal sepenuhnya apabila mereka dikehendaki meredah hutan dan menjalankan beberapa aktiviti berbentuk survival. aktiviti2 seperti ini sebenarnya melambangkan cabaran2 pada masa akan datang yang bakal ditempuh para peserta dalam  menaikkan nama negara ke tahap yang boleh dibanggakan kelak. sesi terakhir jam 9 malam adalah parallel session dimana pada sesi ini semua ketua2 resolusi dikehendaki berkumpul disatu bilik bagi membentangkan resolusi masing2 seperti yang telah dibincangkan bersama ahli grup pada hari kedua konvensyen. pada masa yang sama, peserta2 yang tidak terlibat dengan pembentangan konvensyen berada didalam dewan untuk sesi ceramah oleh YBhg Prof. Madya Hj Md Izuddin bin Hj Ali, UiTM Perlis yang lebih dikenali dengan nama ' Prof Izi '. beliau telah menerangkan berkenaan dengan 7 Habits of Effective People ; "Adakah anda bermaya dan berkualiti? ". ana tidak dapat menceritakan dengan lebih terperinci kerana ana sendiri terlibat bagi sesi pembentangan resolusi di satu lokasi yang lain. sedikit kesal namun berpuashati dapat melontarkan idea ketika perbincangan ^_^

ucapan perasmian penutup MB Pahang

roomate yang cool~ :)



pada hari terakhir, 28 Julai 2011, peserta2 telah diminta untuk berkumpul lebih awal di dewan untuk mendengar ceramah sebelum bermulanya majlis penutup konvensyen.
 Ceramah pagi itu telah disampaikan oleh YBhg Prof Jasmee bin Jaafar, Pensyarah Jabatan Sains Ukur & Geomatik UiTM Shah Alam. seterusnya bermulalah Majlis Perasmian Penutup Konvensyen MAMPAN 2011 yang telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob, SDSA., SSAP., DSAP., DGSM. sebelum MB Pahang merasmikan majlis, Presiden MAMPAN, En. Norfarhan bin Mohd Mustafa telah naik ke pentas untuk membentangkan Resolusi Konvensyen MAMPAN 2011 dengan menjelaskan tentang 8 perkara yang menjadi tonggak resolusi konvensyen kali ini.diakhir ucapan MB Pahang telah dibuka sesi dialog secara langsung kepada MB Pahang & seramai 12 peserta bangkit memberikan respons samada berbentuk persoalan dan juga sekadar bicara secara terus kepada MB Pahang. ana mengambil peluang singkat itu dengan bangkit dan memperkenalkan delegasi USIM yang merupakan IPTA paling ramai menghantar delegasi pada sesi konvensyen kali ini. seterusnya bicara ana terus pada niat sebenar dari hati ingin menyatakan rasa syukur & terima kasih tidak terhingga kepada MB Pahang kerana pernah membantu memberi peruntukan sebanyak RM 1000 kepada ana bagi membeli barang2 keperluan untuk memasuki universiti setahun yang lepas hanya dengan satu emel tidak rasmi kepada MB Pahang. ana sedar ini semua atas perancangan Allah s.w.t sejak azali lagi dan diatas perancangan Allah s.w.t jualah, bermurah hati MB Pahang membantu semua mahasiswa/i anak2 negeri Pahang ini.




sesungguhnya konvensyen MAMPAN kali ini telah membuka seluas2nya minda mahasiswa/i dari seluruh IPTA/S seluruh Malaysia untuk mengenali potensi diri serta peranan masing2 dalam misi membentuk sebuah negara maju menjelang 2020. sentiasalah menadahkan tangan,memohon keampunan dari Allah s.w.t supaya Allah memudahkan segala urusan kita didunia dalam setiap apa yang kita lakukan. sedarlah,tiada mampu kita sebagai hamba Allah yang cukup lemah disisinya melainkan mampu Allah atas segala2nya, kerana Dia adalah Khaliq Yang Abadi. memetik kata2 abi ana sendiri, hayatilah kalimah " Laa Haulawala Quuwataillah Billah.." kerana inilah kunci keikhlasan hati. semoga sentiasa dibukakan pintu rahmat buat kita semua. sekadar itu sahaja perkongsian ana kali ini. Wallahu'alam~

:: Laa haulawala quuwataillah billahil 'aliiyyil 'aziim ::
~be a professional for ad-deen~