Monday 18 August 2014

.: Tips Memilih Tempat Praktikal - Ubaydullah :.

Kebiasaannya, sesetengah IPTA/S akan menghantar para pelajarnya untuk menjalani latihan industri (praktikal) di akhir semester pengajian mereka. Namun, ada juga IPTA/S yang menghantar pelajarnya menjalani praktikal di pertengahan semester dan setelah selesai tempoh praktikal, mereka akan kembali semula ke IPTA/S berkenaan untuk meneruskan pengajian. Ada sisi pro dan kon nya jika dilaksanakan praktikal dipertengahan semester dan di akhir semester. Bagi ana, praktikal di akhir semester pengajian adalah lebih relevan kerana didalam tempoh ini, para pelajar sudah merasai keseronokan berbakti kepada masyarakat luar dan sepenuhnya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang tempoh pengajian mereka.

Insyaallah, kali ini, ana akan berkongsi tips memilih tempat praktikal. Tips-tips yang ana kongsikan pada entri kali ini dan entri-entri sebelumnya bukanlah bermakna semuanya betul dan ana yang terbaik. Ana niatkan khusus untuk perkongsian berdasarkan pengalaman yang telah ana tempuhi sebelum ini. Pengalaman-pengalaman ini lah yang menjadi 'guru' ana untuk terus menapak ke hadapan dan membina potensi diri. 

***

Sebelum anda memulakan proses memilih tempat praktikal, pastikan anda sudah mengemaskini resume anda bagi memudahkan urusan permohonan yang akan berlaku dalam beberapa tahap bergantung kepada sistem yang telah IPTA/S anda laksanakan. [Tips buat Resume].

Jadi, ana akan teruskan dengan tips-tips memilih tempat praktikal :



1. Sistem Latihan Industri (e-LI)

Ada sesetengah IPTA/S menyediakan sistem Latihan Industri (e-LI) untuk kemudahan anda memohon tempat praktikal. Pihak yang menguruskan sistem e-LI ini akan menjadi medium pengantara antara anda dan industri. Anda hanya perlu memasukkan butiran diri dan resume kedalam sistem dan ikuti langkah seterusnya seperti yang diminta melalui sistem tersebut. Proses pemilihan tempat praktikal melalui sistem ini memudahkan anda mencari tempat praktikal yang bersesuaian dengan bidang anda.  Lazimnya, senarai tempat praktikal yang ada dalam sistem adalah yang telah berdaftar dengan IPTA/S tersebut - senang cerita, tempat-tempat tersebut pernah menjadi tempat praktikal senior-senior yang lepas. Jadi, kalau taknak pening-pening kepala nak buat surat cover letter bagai, mohon lah melalui sistem dan duduk diam-diam sambil goyang kaki (sarcasm).



Tapi, jujurnya, walaupun ia kelihatan mudah dan canggih (sebab ada IPTA/S yang tidak menyediakan sistem e-LI ini), tapi permohonan tempat praktikal melalui cara ini memakan masa berbanding jika anda membuat permohonan terus kepada tempat praktikal anda. Satu kelebihan memohon terus, anda akan dapat pendedahan secara langsung bagaimana nak memohon kerja pada masa akan datang, dan majikan akan terus mendapat surat permohonan anda tanpa ada halangan lain.

Ana praktikal dulu guna cara direct approach saja. Sistem lambat. Tapi bila dah dapat tempat praktikal secara manual ( dalam sistem tak didaftarkan), maka anda perlu mendaftarkan tempat praktikal tersebut kedalam sistem untuk kemudahan junior-junior akan datang.



2. Dekat dengan jurusan pengajian

Sebaik-baiknya, carilah tempat praktikal yang kena dengan kos pengajian anda. Ini dapat membantu anda mengaplikasikan sepenuhnya segala ilmu yang telah dihadamkan bertahun-tahun sebelum ini. Ada IPTA/S yang tak kisah jika anda berpraktikal terpesong dari kos pengajian, ada juga yang kisah. Jadi, langkah selamat, pastikan tempat praktikal anda benar-benar menyediakan praktikal yang sememangnya kena dengan kos anda. Kalau terpesong pun, sikit-sikit cukuplah. Sebab, praktikal ada penilaian akhir oleh pensyarah. Jangan sampai ditanya, ' apa kaitan antara apa yang kamu dapat kat sini dengan kos pengajian kamu? Macam mana kamu nak hubungkaitkan kedua-duanya? '. Kalau boleh jawab takpa. Kalau dah blur tu, masaklah jawabnya. Kalau dapat soalan macam ni, dah konfem lah anda terpesong. Kalau kerja, lain cerita.

Kalau dalam tempoh praktikal anda menunjukkan potensi kerja yang baik, tak mustahil majikan tempat praktikal anda akan berminat untuk terus menggaji anda dan bekerja di tempat tersebut. Jadi, usahalah cari tempat praktikal yang ada potensi untuk anda terus bekerja disana seusai tamat tempoh praktikal.

Hati-hati juga dalam memilih tempat praktikal. Ada syarikat yang ambil pelajar praktikal hanya untuk melakukan kerja-kerja pejabat seperti buat air, fotostat dokumen, taip dokumen, jadi posmen hantar dokumen dan sebagainya. Kalau ada tempat praktikal yang minta anda buat kerja-kerja sebegini (konfem bukan dalam skop tugas dan bidang), lebih baik anda berhenti dan cari tempat praktikal yang lain. Kalau sikit-sikit boleh la nak bantu, ini kalau sepanjang tempoh praktikal kena buat kerja macam tu, tak ke naya?




3. Dekat dengan rumah

Samada nak cari tempat praktikal yang dekat dengan rumah atau tidak, itu terpulang kepada anda. Namun kelebihan praktikal dekat dengan rumah adalah lebih banyak dari kekurangannya. Ana melihat jika praktikal dekat dengan rumah, dasar penjimatan yang bakal dilakukan adalah sangat tinggi. Anda dah jimat dari membayar rumah sewa, beli makanan luar setiap kali tiba waktu makan dan sebagainya. Kalau tempat praktikal tawar elaun tinggi takpelah. Kalau yang takde elaun langsung macam mana? Kan dah susah, lagi-lagi yang berpraktikal dikawasan pesat membangun seperti KL. Ana dah rasa praktikal di KL dan sesaknya bila takda duit nak makan.

Praktikal dirumah, hari-hari akan dijamu dengan masakan ibu tercinta. Masa ni lah nak berbakti lebih kat ibubapa setelah beberapa tahun menjauh demi menimba ilmu. Namun, terpulanglah kepada anda dalam membuat pemilihan.
  


5. Satu tempat dengan kawan baik

Takde masalah kalau nak satu tempat dengan kawan baik, tapi perlu diingat bahawa tempat praktikal tak semestinya akan ambil ramai-ramai satu masa. Jadi, bersedialah untuk 'berpisah' dengan kawan baik anda dalam tempoh ini. Lebih baik cari tempat praktikal untuk diri sendiri terlebih dahulu tanpa memikirkan kawan anda, dan jika dapat mana-mana, tanyakan bos di tempat praktikal samada nak pakai lebih dari seorang pelajar praktikal atau tidak. 

Jika bos nak pakai lebih, inilah peluang anda untuk berpraktikal sama-sama dengan kawan anda - tips ini untuk golongan wanita sahaja. 

Ada ke lelaki jenis macam ni? Kalau ada, boleh amalkan juga tips ini.



6. Tanya pandangan orang lain

Dalam tempoh yang diperuntukkan untuk mencari dan memohon tempat praktikal, ' banyak bertanya ' adalah kunci yang paling efektif bagi membuatkan anda benar-benar bersedia untuk melangkah ke alam pra-kerjaya. Banyakkan bertanya pandangan orang lain terutama para pensyarah dan senior-senior untuk mendapatkan pencerahan dan visual tentang kehidupan di alam pekerjaan didalam bidang yang anda ceburi. Berpraktikal tanpa memahami budaya dan suasana kerja takde masalah, cuma anda akan merasa sedikit kejutan budaya.

Lebih baik anda bersiap siaga terlebih dahulu sebelum berjuang di wadah yang lebih luas.


7. Manfaatkan 'Google Search' untuk mengkaji

Maklumat kini dihujung jari. Taip apa saja, maka berjuta-juta maklumat akan sampai kepada anda dalam tempoh beberapa saat. Kuasa teknologi haruslah dimanfaatkan sebaiknya demi kemaslahatan masa depan anda. Ana banyak guna Google untuk cari tempat praktikal dan maklumat tentang tempat praktikal yang bakal ana kerja nanti. Dari situ, anda akan lebih faham apa skop tugas syarikat tempat praktikal anda dan apa yang boleh anda sumbangkan demi pembangunan syarikat tersebut. 



Kajian demi kajian harus dilakukan sebelum anda membuat pemilihan keatas mana-mana tempat praktikal. Jangan bila dah masuk berpraktikal, hati mula tak berkenan, kemudian tukar tempat praktikal. 



8. Elaun sara diri

Kebanyakkan tempat praktikal akan menyediakan elaun sara diri untuk para pelajar praktikalnya, cuma bezanya banyak atau sedikit. Kalau praktikal di sektor kerajaan, anda akan menerima samada sebanyak RM15 sehari atau tiada langsung. Jumlah RM15 sehari ini adalah selaras dimana-mana sektor kerajaan dan telah diperakukan dalam pekeliling kerajaan dalam pengambilan pelajar latihan industri. Kalau sektor swasta, banyak lah sikit elaunnya, itu pun kena tengok company juga. Kalau company besar-besar, insyaallah elaun sara diri anda juga besar. 

Makanya, kalau ditakdirkan anda mendapat tempat praktikal jauh dari rumah dan tidak ditawarkan sebarang elaun, anda akan bergantung sepenuhnya dengan duit ibubapa anda. Berbanding jika anda tidak ditawarkan elaun dan berpraktikal dekat dengan rumah, dasar penjimatan yang bakal anda alami adalah tinggi dan tidak merugikan.


***

Tips-tips ini adalah sebahagian daripada pengalaman ana sendiri dan tidak semestinya perlu diikuti. Segala pilihan adalah di tangan anda, dan ana yakin anda mampu memilih yang terbaik untuk diri anda.


Selamat Memilih. Salam Perjuangan.


:: Laa haulawala quwwata illah billahil 'aliyyil 'aziim ::
~be a professional for ad-deen : ibnkhayr~

9 comments:

  1. Syukran... Jzkk! Post saudara sangatmembantu. Kebanyakan mahasiswa/i kurang nak meng-Google tentang future career. Kadang segelintir mereka bila ditanya tentang masadepan, "tak tahu nak jadi apa. Sekadar belajar. Nanti keluar nak buka bisnes sendiri". InsyaAllah moga post saudara membuka mata mereka ni. Gunakan internet untuk search tentang future career, instead of ber-laman sosial 24/7 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manfaatkan kuasa teknologi masa kini. Semua benda dah mudah sekarang. Kadang-kadang majikan nak interview pun pakai video call je. =)

      Delete
  2. Salam akhi, nk mintak pendapat. Antara praktikal di badan kerajaan seperti JKR dan swasta. Mana lagi bagus?

    ReplyDelete
  3. semasa practical dapat elaun sara diri daripada pihak biasiswa tak seperti jpa?

    ReplyDelete
  4. semasa practical dapat elaun sara diri daripada pihak biasiswa tak seperti jpa?

    ReplyDelete
  5. hati-hati bila apply tempat praktikal. cubalah bertanya kepada senior terlebih dahulu. kebanyakkan pelajar kena buli. maksud buli itu ialah buat kerja yang tak ada kaitan langsung dengan bidang pengajian atau buat kerja personal staff tertentu(yang ni ramai tak perasan).

    Jom Baca Review Pasal Company

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contoh dia mcm mne sbb sye rasa mcm tgh alami je

      Delete