Friday 9 December 2011

.: seraut wajah ibu :.

saat itu, kedengaran tangis esak seorang bayi yang baru sahaja menjenguk dunia luar. ya, pertama kali melihat dunia namun tidak mengerti apa2. esakan bayi tersebut disambut girang oleh ayah yang tabah menanti disisi saat si ibu bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat pertama mereka . azan dibisikkan di halwa telinga anak kecil itu. tanggal 18 Januari 1991, jam 6.30 pagi, telah lahir seorang anak yang kini telah menjadi seorang pelajar sebuah IPT. 20 tahun telah berlalu namun peristiwa itu seringkali bermain difikiran, betapa ibu ketika itu bertarung nyawa  , 50-50 antara hidup dan mati. jerih peritnya ibu saat melahirkan anak tidak dapat diselami sepenuhnya oleh anak itu.terlalu perit namun tidak akan dapat dirasa. never. tika ibu bercerita kembali peristiwa itu, sekadar bayangan fikiran melakonkan semula saat getir itu.

alhamdulillah, menurut ibu, ketika melahirkannya begitu mudah dan dipermudahkan segala urusan kelahiran. anak pertama menjadi saat paling menggembirakan buat pasangan suami isteri yang baru sahaja diijabkabulkan, ya, anak itu dilahirkan setahun selepas ibu dan ayah bernikah. pakcik saudara yang ada menemani ayah ketika itu begitu berminat melihat bayi tersebut, katanya ," ..anak ini bakal menjadi seorang yang pandai..".. flashback story oleh ibu membuatkan anak itu yang kini sudah berusia 20 tahun tertanya2 dan kehairanan, mengapa pakcik saudara berkata sedemikian. namun, ibu hanya mendiam seribu bahasa dan dari anak mata ibu seolah2 memberitahu anak itu supaya senantiasa mencari jawapan untuk soalan yang telah diluahkan tadi.

kini, anak itu masih mencari jawapan walaupun melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka di negara ini. senantiasa mencari jawapan, tidak siapa tahu sampai bila termasuk anak itu. dia tahu ibunya sentiasa mengharapkan yang terbaik dari anak itu. jadi contoh buat adik2 yang masih kecil dirumah. amanah itu sungguh berat saat terpikul dibahu pertama kali menjejak kaki ke sekolah rendah. misi menjadi role-model untuk adik2 telah bermula saat itu. walaupun baru berusia 7 tahun. menggalas tugas sebagai anak sulung tidak mudah biarpun pernah menjadi anak yang paling diraikan 20 tahun dahulu. titik tolak perubahan adik2 bergantung sepenuhnya kepada anak sulung, iaitu anak itu. jika baik dicontohkan kepada mereka, maka baiklah jua kehidupan mereka seluruhnya. 

anak itu jarang pulang ke rumah, katanya sibuk dengan pelbagai program dan aktiviti. ibu selalu call sekali setiap minggu bertanya khabar. saat terdengar suara ibu cukup membuatkan hati kecil anak itu terdetik rasa rindu membuak2. rindu untuk balik dan bertemu ibu dan ayah dirumah. rindu untuk mencium tangan dan dahi ibu. ibu yang pernah menjaga anak itu penuh prihatin, mengajar erti hidup sebagai seorang Muslim, benih2 agama telah banyak disemai oleh ibu dan ayah, mengharapkan anak itu serta adik2 yang lain dapat membawa agama sentiasa dihadapan. .pernah ibu dan ayah berpesan,".. jangan sesekali tinggal dakwah..". mesej penting ini digarap erat dan disemat dihati anak itu sentiasa. perjalanan dakwah anak itu masih jauh, perlu mujahadah yang cukup tinggi. mehnah dunia semakin garang mengancam diri,tersilap jerat buruk padahnya. sebelum masuk sekolah rendah lagi ibu dan ayah menekankan supaya anak2 mereka mengkhatamkan dahulu membaca 30 juzuk Al-Quran, alhamdulillah, 6 adik kepada anak itu berjaya mengkhatamkan dengan baik dan lancar. 

kisah ini masih panjang untuk dikisahkan semuanya disini. cukuplah sekadar tinta ini terhenti. kisah ini merupakan rentetan kisah benar penulis berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui sebelum ini.'ibu' dan 'ayah' yang diceritakan diatas dipanggil abi dan umi dirumah yang sebenar. liku2 hidup selama 20 tahun yang telah ditempuhi sebelum ini sebenarnya baru menjadi fasa awal kehidupan. fasa awal bermakna masih jauh perjalanan yang perlu diterobosi. selagi detik ajal belum menjemput diri.wallahu'alam~


:: Laa haulawala quuwataillah billahil 'aliyyil 'aziim ::
~ be a professional for ad-deen~

No comments:

Post a Comment