Wednesday 7 December 2011

...aktifkan dirimu...

assalamualaikum buat sahabat2 ana yang dirahmati Allah s.w.t sekalian =) alhamdulillah, setelah hampir beberapa bulan blog ini menyepi dari pengarangnya, kini ana kembali untuk meneruskan legasi dakwah di medan IT ini. atas kekangan masa yang merantai diri sebelum ini membuatkan ana sukar untuk mencari detik dan waktu yang sesuai untuk menguis tinta. biasalah, tanggungjawab hakiki sebagai student IPT memang tidak boleh lari dari lambakan assignments yang sememangnya jadi rutin dan 'santapan' student IPT, ditambah pula dengan tugas2 sampingan sebagai exco beberapa persatuan pelajar disini. ramai sahabat2 bertanya pada ana, bagaimana ana menguruskan masa belajar ana dan membahagikan masa belajar dengan masa berpersatuan?. jujurnya, ana bukanlah dari golongan yang arif menguruskan masa dengan baik, dan bukan jua dari golongan 'cerdik pandai' seperti sahabat2 yang sedang membaca blog ana ini =) sekadarnya ana boleh memberi tips2 pengurusan masa yang ana sendiri amalkan. 

pengurusan masa sememangnya amat2 penting buat pelajar terutamanya yang bergelar pelajar universiti. memang ana cukup aktif berpersatuan,tapi ini bukanlah fokus utama berada di universiti ini. untuk pembahagian masa yang efektif, pertamanya perlu dikenalpasti yang mana satu keperluan dan mana satu kehendak. keperluan pula terbahagi kepada dua ; keperluan utama atau keperluan sampingan. manakala kehendak pula bergantung kepada situasi kita disaat itu. keperluan utama merujuk kepada objektif atau fokus utama kita berada di universiti iaitu amanat kedua ibubapa kita sebelum kita mendaftar sesi pengajian iaitu, " ...belajar sungguh2 nak, make us proud of you yaa~...".  perkara ini perlu dikenalpasti sebagai keperluan utama berbanding dengan perkara2 lain. keperluan sampingan pula seperti melibatkan diri dengan aktiviti berpersatuan, aktiviti2 anjuran fakulti serta universiti dan sebagainya. ini kerana, dengan penglibatan secara aktif dalam aktiviti2 seperti ini sebenarnya sangat2 membantu kita meluaskan empayar skill halus kita (soft skills)  dalam menghadapi mehnah saat kita sudah berkerjaya kelak. tambahan, usai kita menamatkan tempoh pengajian nanti, salah satu transkrip yang akan kita terima adalah transkrip penglibatan kita dengan aktiviti2 universiti sepanjang pengajian di universiti ini ,selain transkrip akademik dan koko.

ana pernah bertanya kepada seorang junior tahun satu ketika dia baru mendaftar ke USIM, pendapatnya mengenai penglibatan dengan aktiviti berpersatuan dan akademik. beliau menyatakan rasa takutnya untuk melibatkan diri dengan aktiviti2 berpersatuan disamping belajar, khuatir pelajaran merosot kalau libatkan diri. ana tidak menafikan perkara ini kerana berdasarkan dari pengamatan ana sebelum ini memang terdapat ketidakseimbangan prestasi diantara kedua2 nya. ada pelajar yang cukup pandai, selalu dapat DL (Dean List) tiap semester tapi kurang diserap dengan elemen2 kemahiran insaniah. saat diminta bercakap dihadapan khalayak untuk berkongsi tips belajar efektif, dia kekok mengemudi bicara lantas menjatuhkan reputasinya sebagai 'educated student'. ada pula pelajar yang cukup aktif berpersatuan tapi kurang dari segi prestasi akademiknya. perkara ini sangat biasa terjadi kepada pelajar2 yang tidak dapat menyeimbangkan akademik dan persatuan. tapi ini bukanlah faktor penghalang untuk melibatkan diri secara aktif dalam kedua2nya sebaliknya menjadi cabaran dan daya penolak buat diri untuk terus memajukan diri kehadapan.

buat pelajar yang pandai mengurus masa dengan baik dan berjaya menyeimbangkan kedua2nya, purata pencapaian kedua2 biasanya cukup seimbang. dari segi akademik, pointer paling kurang 3.0 keatas,  dan dari segi persatuan pula konsisten dengan prestasi berpersatuan. buat masa sekarang, inilah target ana ; ingin menjadi pelajar yang seimbang serta wasatiyyah dari setiap aspek. semoga Allah s.w.t mempermudahkan segala urusan ana juga sahabat2 dalam merancang plan masa depan. buat pelajar2 yang seimbang biasanya mereka tidak akan mencampur adukkan hal pelajaran dan berpersatuan. ini salah satu tips yang ana ingin kongsi =) ketika berpersatuan, tinggal sebentar hal pelajaran. maksud 'sebentar' jelas menunjukkan masa dan waktu yang tidak lama,sekadarnya untuk memberi laluan kepada aktiviti berpersatuan. ketika pelajaran pula, lazimnya waktu kuliah seeloknya jangan diganggu kerana ini adalah masa kita belajar. kadang ana cukup pantang jika ada aktiviti2 yang dijalankan ketika waktu kuliah, tambah2 jika aktiviti itu cukup menarik dan kadang membuatkan diri ini tidak tenteram dalam kelas. jika kita terlibat menjadi urusetia mana2 program yang mana programnya dijalankan ketika waktu kuliah, itu adalah atas sukarela sahabat2 dan perlulah disertakan surat pengecualian bagi membuktikan penglibatan kita berbanding meninggalkan kuliah tanpa khabar, silap haribulan lecturer akan mengandaikan kita sengaja ponteng kuliah! nauzubillah~

jadi,aktifkan diri sahabat2 sementara masih terbuka peluang ini. tempoh pengajian di universiti ini tidaklah begitu lama sekitar 4-5 tahun atau sahabat2 sanggup memanjangkan tempoh pengajian sehingga 10 tahun?silakan~ =) cuma, ana ingin menyatakan bahawa pelajar yang aktif berpersatuan dan mempunyai prestasi akademik yang baik lebih diperlukan dalam pemasaran kerjaya kelak berbanding pelajar2 yang hanya aktif salah satu daripadanya. jika baik akademik, kurang dari berpersatuan, hantar ke kemana2 pun kita tidak boleh maju kerana soft skillls kita tidak diperluaskan dengan baik. manakala bagi yang baik berpersatuan, kurang akademik pula masih ada peluang  untuk dia memajukan diri dengan melibatkan diri dengan bidang2 yang tidak menekankan sangat unsur akademik tinggi seperti mekanikal, teknikal, bisnes burger, bisnes tauhu bakar dan sebagainya. sekadar itu sahaja tinta ana kali ini. wallahu'alam~


:: Laa haulawala quuwataillah billahil 'aliyyil 'aziim ::
~be a professional for ad-deen~

No comments:

Post a Comment