Monday 11 August 2014

.: Kerjaya HSE : Antara Pilihan dan Halangan :.


Entri kali ini, ana akan berkongsi pandangan dari seorang pakar proses kimia (chemical process) dari India berkenaan kerjaya dalam bidang Health, Safety & Environment (HSE)
Bagi sahabat-sahabat yang berminat untuk menceburi bidang HSE ini dan tidak tahu apa kelayakan dan bagaimana nak mulakan, insyaallah saya akan kongsikan selepas anda membaca pandangan pakar proses kimia ini.

Pandangan pakar ini ana kutip dari laman web Cheresources.com - Your Chemical Engineering Community.

...............................................

" Sebelum saya mulakan perkongsian ini, saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog saya bahawa saya hanya ada sikit saja ilmu yang berkaitan Health, Safety & Environment (HSE) tetapi saya bukanlah orang yang profesional dalam bidang ini.


Disalah satu syarikat tempat kerja saya yang lepas, ada dua jabatan kejuruteraan yang terpisah. Satu jabatan dinamakan Jabatan Kejuruteraan Proses (Process Engineering Department), ada 15 jurutera proses (process engineer) yang diketuai oleh saya. Satu lagi jabatan dinamakan Jabatan Kejuruteraan HSE (HSE Engineering Department) yang cuma ada 3 orang jurutera. Jabatan Kejuruteraan HSE di syarikat tempat kerja saya itu jenis 'stand-alone' bila buat kerja, tetapi terpaksa buat kerja yang banyak dalam satu-satu masa. Jadi, saya pun pinjamkan beberapa orang process engineer saya kepada Jabatan Kejuruteraan HSE. Ramai process engineer masa tu muda-muda dan kelihatan kurang berminat nak buat kerja-kerja kejuruteraan HSE. Mereka menganggap kerja dalam bidang HSE ini menjejaskan masa depan karier mereka.


Demi membaikpulih keadaan dan memperbetulkan persepsi, apa-apa keraguan berkenaan peranan dan kepentingan seorang HSE engineer, saya terpaksa memberi mereka ceramah panjang berkenaan kebaikan dan manfaat bekerja didalam bidang HSE ini, walaupun saya sendiri kurang mahir dalam bidang ini.

Entri blog saya hari ini akan menceritakan berkenaan peranan dan kepentingan seorang HSE engineer dalam industri proses kimia (chemical process industry).


Kita mulakan dengan kelayakan akademik yang diperlukan untuk menjadi seorang HSE engineer. Secara idealnya, ijazah dalam bidang kejuruteraan kimia (chemical engineering) merupakan jalan terbaik untuk memulakan karier sebagai HSE engineer. Jika ada Master, Diploma atau sijil kursus dalam kejuruteraan HSE dari universiti atau institut yang diiktiraf, ia menjadi satu kelebihan. Untuk jurutera kimia muda, ini adalah platform terbaik untuk anda belajar dalam bidang kejuruteraan HSE dan menjadi seorang HSE yang profesional pada masa hadapan.

Soalan pertama yang akan membelenggu otak mana-mana engineer adalah, apa ganjaran dan kelebihan menjadi seorang HSE engineer ? Saya ingin memaklumkan bahawa sehingga hari ini, HSE engineer adalah antara salah satu kerjaya yang mendapat bayaran gaji lumayan dan menjadi kerjaya profesional yang disegani dalam chemical process industry. Kenyataan ini adalah benar dan terpakai terutama dalam industri seperti minyak dan gas huluan (upstream oil  & gas) dan penapisan (refining).

Di negara-negara Barat, HSE menjadi bidang kerjaya yang diberikan keutamaan tertinggi dan menerima bayaran gaji premium. Kesedaran tentang kepentingan HSE semakin meningkat di beberapa negara di dunia. Akta dan peraturan berkenaan HSE dilihat semakin ketat. Ini membuatkan kerjaya sebagai HSE engineer semakin mendapat tempat dan menerima permintaan yang tinggi disebahagian negara, sedangkan pada awalnya bidang ini dipandang remeh. Ringkasnya, hari ini, HSE engineer telah mendapat pengiktirafan sebagai salah seorang ahli penting dalam global engineering community.

Soalan kedua yang biasa muncul dari mana-mana minda engineer adalah, apakah tugas-tugas yang dilakukan oleh seorang HSE engineer ?. Walaupun saya bukanlah seorang yang profesional, tapi saya ingin menyenaraikan apa yang dilakukan oleh seorang HSE engineer didalam bidangnya ;


1. Fire & Gas Detection Philosophy

2. Fire & Gas Detection Equipment Layout

3. Firewater and Foam Protection Systems

4. Firewater & Foam Demand Calculations

5. Portable Systems for fire protection

6. Passive Fire Protection Systems

7. Safety Plan

8. Escape Route Plan

9. Risk Assessment (Qualitative and Quantitative)

10. Layers of Protection Analysis (LOPA) Studies 

11. Hazard Identification (HAZID) Studies 

12. Hazard & Operability (HAZOP) Studies

13. Dispersion Analysis for heat radiation and toxic chemicals using advanced dispersion software such as DNV PHAST and SHELL FRED. 

14. Environmental Impact Assessment 

15. Safety Integrity Level (SIL) Studies 


Tugas-tugas yang disenaraikan diatas sebenarnya masih umum, namun jika dibincangkan secara spesifik, lebih banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang HSE engineer. Satu tugas yang dibawa oleh HSE engineer untuk maju kehadapan adalah brtugas sebagai fasilitator HAZID atau HAZOP, dimana ilmu dan kemahiran komunikasi mereka akan teruji. Saya kenal beberapa orang freelance HSE experts yang sibuk mengendalikan kursus HAZID dan HAZOP selama beberapa tahun dan menghasilkan banyak wang dari usaha mereka.

 Sebagai kesimpulannya, HSE engineer adalah salah satu kerjaya yang menjanjikan pendapatan lumayan dalam chemical process industry dan saya ingin menasihatkan kepada para jurutera muda, jika mereka ada peluang untuk mengambil HSE engineering sebagai pilihan kerjaya sepenuh masa, mereka sepatutnya merebut peluang itu dengan kedua-dua tangan mereka.

Yang Benar,
Ankur. 

...............................................

Dah puas baca pandangan diatas? 

Walaupun pandangan beliau banyak merujuk kepada HSE engineer, namun bagi ana, beliau bercakap tentang HSE secara keseluruhannya. HSE terpakai di semua industri, bukan sekadar didalam industri minyak dan gas saja, atau industri proses kimia. Cakupan HSE sangat luas, tetapi terikat dengan akta-akta dan peraturan yang harus dipatuhi berdasarkan standard-standard yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Kalau nak cerita apa itu HSE, memang takkan habis. Anda boleh tanya Bro Google untuk mendapatkan gambaran apakah itu HSE dan bagaimana ia berfungsi di mana-mana industri. Dah dapat gambaran, barulah fikir semula samada anda ingin meneruskan untuk menceburi bidang ini atau tidak.

Ana merupakan lulusan Sarjana Muda Teknologi Kimia Industri. Sepatutnya tempat kerja ana sekarang adalah di makmal-makmal kimia, menjalankan eksperimen dan analisis.Tetapi disebabkan jiwa ana kurang ngam untuk terus berada dan bekerja di makmal, ana cuba untuk beralih arah sedikit keluar dari kepompong makmal. Ana mula berminat untuk pergi jauh dalam industri Oil & Gas, kalau boleh nak latih diri untuk jadi petroleum engineer, atau reservoir engineer. Lebih dekat dengan suasana Oil & Gas itu.

Menyedari bahawa jurusan kimia ana tidak banyak menyentuh asas-asas engineering ( engineering banyak belajar guna software dan buat calculations), maka terasa tipis untuk bergelar seorang jurutera petroleum - melainkan dengan usaha luar biasa ( sambung belajar bidang engineering pula).

Allah SWT jua yang menentukan arah hidup hambaNya berdasarkan aturanNya yang indah.
4 bulan intern di UMW, ana didedahkan dengan ilmu HSE. Tamat intern, ana mula berminat untuk sambung terus dalam bidang ini, kerana bagi ana, inilah satu-satunya jalan mudah untuk mencelah masuk ke industri Oil & Gas, walaupun terpaksa bermula dari zero untuk mempelajari apa itu HSE.

HSE terpakai untuk semua dan setiap organisasi/syarikat wajib ada HSE (terutama industri-industri berat). Jadi, dengan adanya asas dan ilmu HSE, anda boleh bekerja di pelbagai sektor dan industri. Sudah tentu, anda bebas memilih di industri mana anda mahu bekerja. Kalau taknak kerja makmal, tapi nak dekat dengan jurusan kimia (taknak lari bidang la senang cerita), kerja lah HSE di industri kimia - processing, refining, dan sebagainya. Jadi safety officer (certified) di chemical plant atau chemical lab




Kalau anda rasa anda nak kompetenkan diri sebagai pegawai HSE yang diiktiraf, anda bolehlah menjalani kursus berbayar di mana-mana organisasi safety & health seperti OSHA, NIBOSH, NIOSH dan sebagainya. Certified HSE officer lagi lah direbut-rebut orang.

Percayalah, anda mulakan dengan HSE, sebenarnya anda membuka peluang kerjaya yang sangat-sangat luas kepada diri anda sendiri kerana permintaan HSE sangat meluas sekarang.

Selamat membuat pilihan untuk masa depan.

:: Laa haulawala quwwata illah billahil 'aliyyil 'aziim ::
~be a professional for ad-deen : ibnkhayr~

8 comments:

  1. assalamualaikum, minta pendapat saudara adakah student perempuan juga mempunyai peluang sama besar dengan kaum lelaki untuk menceburi bidang HSE ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. sememangnya wanita juga ada peluang yang sama untuk menceburi bidang ini. tiada halangan. bos di syarikat tempat saya kerja adalah wanita, dan beliau adalah QA/HSE Manager. =)

      Delete
  2. Alhamdulillah, ayah saya juga Master In HSE. =)

    ReplyDelete
  3. assalam..saudara saya masih kurang jelas bagaiman saudara bole memasuki bidang ini...kerana saya pun grad in kimia industri, dan sekrang bekerja di makmal oil and gas. dan runag kerja yang agak membosankan. adakan dengan mengambil master dalam HSE adalah pilihan yang bijak? mohon pendapat saudara. terim kasih.

    ReplyDelete
  4. salam . boleh saya tahu . adakah HSE dan safety offiser adalah bidang yang sama? kalau saya ada kelayakkan degree in medical science technology in environmental healthcare . boleh tak mohon kerja HSE?

    ReplyDelete
  5. Nak jadi HSE engineer boleh ambil kos chemical engineering kan..so,ada tak cara lain lagi?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..saya lukusan electrical engineering..saya ingin bertanya bolehkah saya memasuki bidang oil dan gas dan jika saya ingin tambah nilai untuk ijazah saya apakah sijil yg boleh saya ambil di organisasai seperti niosh dan lain2

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum... Utk keje bidang ni memg kne ad green book ke?... Satu lg... Mcm sy ad dip environmental health blh ke apply keje ni?

    ReplyDelete