Sunday 29 January 2012

.: biah USIM :.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia dipermulaan abad ke-21. ia merupakan institusi pengajian tinggi awam yang ke-12 di negara ini dan didaftarkan dengan nama Universiti Sains Islam Malaysia (sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia). USIM merupakan sebuah IPTA yang pengajiannya berteraskan pengajian agama Islam disamping pengajian bidang2 pasaran semasa yang lain. setakat ini, hanya 8 buah fakulti yang ada di USIM ; Fakulti Perubatan & Sains kesihatan (FPSK), Fakulti Pergigian (FPg), Fakulti Sains & Teknologi (FST), Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS), Fakulti Kepimpinan & Pengurusan (FKP), Fakulti Syariah & Undang2 (FSU), Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dan Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM).

kesemua 8 buah fakulti ini menyediakan pelajar dengan pelbagai ilmu dibidang masing2 ,disulami pula dengan ilmu2 agama dan pengajian dalam bahasa arab. bahasa arab menjadi kriteria penting bagi kemasukan ke USIM dan rata2 pelajar yang mandaftar masuk ke USIM adalah dari kalangan pelajar lepasan sekolah agama, dan pelajar yang mengambil aliran agama disekolah mereka. namun, persepsi pelajar yang 'terpilih' masuk ke USIM menjadi satu perkara yang amat mendukacitakan. jika ditanya golongan2 ini, mereka lebih cenderung untuk mengatakan,' USIM tidak ada dihatiku',' USIM bukanlah pilihan pertamaku',' aku bukan baik sangat nak masuk USIM..'. segala kata2 ini tidak enak ditutur oleh pelajar2 yang belajar ilmu agama. percayalah, ketentuan masuk ke USIM ini adalah pilihan terbaik oleh Allah s.w.t kepada kita semua. jangan sesekali menyesal kerana USIM adalah universiti yang paling istimewa , dan bersyukurlah kerana sekurang2nya kita dapat masuk universiti berbanding pelajar2 lain yang tidak ada rezeki mendapat tempat belajar disini.

jika dilihat rata2 pelajar yang mendaftar masuk sebagai mahasiswa/i USIM di tahun satu, kebanyakan dari mereka adalah lepasan STAM, STPM, matrikulasi/tamhidi, dan juga diploma. yang lepasan STAM n STPM biasanya akan cenderung untuk meneruskan perjuangan mencari ilmu didalam bidang2 agama. dan lazimnya lepasan matrik/tamhidi dan juga diploma cenderung untuk melanjutkan pengajian yang bukan bidang agama. tetapi subjek wajib universiti seperti bahasa arab menjadi salah satu kelainan dan keistimewaan USIM  berbanding universiti2 yang lain. jadi berbanggalah kerana kita mempunyai kelebihan ini! ^_^


moto USIM iaitu 'berilmu, berdisiplin dan bertakwa' menjadi nadi perjuangan mahasiswa/i USIM untuk terus kehadapan menjadi subjek perhatian dunia luar dan menjadi janaan pengeluaran ilmuwan2 dan cendekiawan2 Islam terkemuka dunia yang mahir dari segala aspek. falsafah USIM yang menjadi pegangan lecturer dan mahasiswa/i USIM iaitu ,' paduan antara ilmu Naqli dan Aqli serta budi pekerti yang mulia adalah teras utama membentuk generasi cemerlang dan masyarakat berilmu'. falsafah ini sudahpun menghuraikan maksud tersurat disebalik moto USIM yang telah disebutkan diatas. USIM menggesa pelajar2nya agar dengan ilmu2 yang mereka perolehi disini dijadikan sebagai benteng dari dilihat dunia luar sebagai satu kelemahan, dan seterusnya dengan ilmu2 itu juga membuatkan para pelajar gagah untuk menggapai puncak jaya sebagai salah seorang pelajar universiti Islam.

1. biah Solehah
nama 'Islam' pada USIM menjelaskan tatacara pelajar2nya menjalani pembelajaran disini. mereka dikelilingi suasana keilmuwan dan keagamaan yang menjadi teras utama kecemerlangan mahasiswa/i USIM.  biah yang
dibina disini membuatkan para pelajarnya merasa selamat dan tidak terancam oleh anasir2 luar yang boleh merosakkan pemikiran mahasiswa/i . tambahan,'biah solehah' yang bertapak disini akan menjamin kemakmuran hidup di kampus yang jauh suasananya dengan universiti-universiti yang lain . mahasiswa/i keluaran USIM seharusnya menjadi nadi penggerak untuk menyemai nilai-nilai dan prinsip Islam dalam kehidupan mereka.

2. sesalan sia-sia
usah merasa sedih, terkilan dan menyesal dapat masuk USIM. kerana anda adalah insan pilihan Allah s.w.t disini. tujuan kita ditempatkan di USIM bukanlah semata2 untuk menuntut ilmu sepertimana universiti2 yang lain tetapi kita membawa misi besar untuk menterjemahkan misi dan visi USIM menjadi sebuah realiti yang kelak akan disanjung tinggi dunia luar. pengaplikasian ilmu Naqli dan Aqli dalam diri menjadi pemampan untuk lebih menjaga diri, mendisiplinkan diri serta menjadikan diri insan yang bertakwa disisi Allah s.w.t.
kita diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk membawa agamanya senantiasa dihadapan disamping menguasai ilmu2 bidang pasaran kini. penyatuan dua jenis ilmu ini memantapkan pegangan dan akidah pelajar USIM langsung menjadikan diri mereka sebagai 'sumber rujukan utama' dan 'contoh teladan' masyarakat luar apabila mereka sudah bergraduasi nanti.



3. harapan dunia Islam
jika dilihat proksi USIM sebagai universiti Islam di Malaysia, sepatutnya peranan yang dimainkan oleh universiti ini lebih besar berbanding universiti2 yang lain. andai keluaran USIM mampu kedepan kelak, mereka2 akan lebih cenderung untuk menukar polisi pentadbiran negara dan merubahnya kepada pentadbiran Islam yang lebih harmoni. perkara ini akan dapat dikecapi sepenuhnya sekiranya mahasiswa/i USIM mengambil cakna melalui ibrah zaman kegemilangan dan kebangkitan Islam suatu ketika dahulu. bagaimana zaman khulafa' rasyidin mengekalkan prestasi dan tahap pencapaian Islam di seantero dunia selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
sejurus zaman khulafa' rasyidin tamat, era pemerintahan Islam sistem khilafah menjadi sumber kekuatan umat Islam pada masa itu. kejayaan demi kejayaan yang dikecapi kerajaan Islam ketika itu hasil pemerintahan khalifah2 yang begitu mengambil berat urusan agama, dan senantiasa meletakkan urusan Allah s.w.t dihadapan. jika di medan perang pula, siang hari mereka seumpama singa2 kelaparan, manakala dimalam hari mereka mempertingkat serta memperhebat amal ibadat kepada Allah s.w.t. Allahu Allah.

4. belajar dan amalkanlah.
mahasiswa/i USIM telah diterapkan pelbagai ilmu sepanjang pengajian mereka disini. besar harapan untuk melihat mereka mengaplikasikan segala ilmu2 yang dipelajari seusai mereka menamatkan pengajian disini. tempoh 4 -5 tahun merupakan tempoh yang amat singkat. selagi mana mutiara2 ilmu itu masih wujud di bumi USIM, kutiplah ia buat pegangan diri. pelajar2 yang mengambil kos agama terutamanya,sewajarnya memperlihatkan diri mereka sebagai satu subjek penting kerana membawa ilmu agama yang senantiasa menjadi buruan para pencinta ilmu. dengan penyelarasan tahap pencapaian ilmu serta penampilan imej yang baik menjadikan diri mereka sebagai contoh terbaik buat masyarakat luar. mereka akan menjadi sumber rujukan ilmu bagi dunia luar, maka tidak hairanlah suatu masa nanti, muncul cendekiawan2 serta ilmuwan2 agama terkemuka yang jika ditanya lepasan universiti mana, dengan merendah diri serta penuh kerendahan hati menjawab,' saya lepasan Universiti Sains Islam Malaysia..' lain pula dengan pelajar2 yang mengambil kos selain kos agama, kutiplah sebanyak2nya ilmu ini dan seiringkan dengan ilmu2 agama hasil inisiatif sendiri untuk membangunkan ummah kelak. gabungan agama dan sains contohnya, lebih memberi kesan dan kekuatan bagi membangunkan diri kearah memartabatkan nilai agama itu sendiri. dengan agama, sains Islam dapat dikecapi dan diperluaskan cakupan bidangnya. dengan sains pula, agama akan dilihat dengan kacamata yang lebih luas dan lebih bermakna. subhanallah. indahnya andai kedua2 ini digabungkan, sekali2 tidak untuk memisahkan elemen agama dari setiap aspek kehidupan kita kerana hidup beragama dan beramal dengan amal Islami dapat menjamin penghidupan yang lebih diredhai dan diberkati oleh Allah s.w.t

jadi, mengapa perlu menyesal? kita ada macam2 kelebihan berada di USIM ini. cuba bayangkan suatu masa nanti, kita berjaya menjadi seorang doktor di hospital. pesakit datang untuk membuat pemeriksaan kesihatan dengan kita. usai memeriksa, kita akan memberi tips penjagaan kesihatan kepada pesakit kita. tetapi kita ada kelebihan lain iaitu, kita pernah belajar ilmu agama di USIM. sambil memberi tips, kita selitkan unsur2 dakwah yang membawa kepada mengingati Allah s.w.t. seterusnya kita ajar cara bagaimana menjaga kesihatan dari aspek Islam bukan sekadar dari aspek sains semata. lihat! tidakkah graduasi USIM begitu istimewa? ^_^ berbanggalah kerana anda terpilih untuk belajar di USIM. jangan jadikan setiap kesulitan yang berlaku di USIM sebagai satu titik kelemahan dan alasan untuk memperlekeh kemampuan graduasi dari USIM. biarpun USIM tidak semegah nama2 universiti seperti UKM, UPM, UM, UiTM dan sebagainya namun lihat pada ekstraksi ilmunya, itu yang lebih penting. kita belajar kos2 bidang pasaran ditambah pula dengan pengajian Islam. ^_^ berfikir dan berfikirlah, dan anda akan temui jawapannya suatu masa nanti. wallahu'alam.

:: Laa haulawala quwwata illah billahil 'aliyyil 'aziim ::
~ be a professional for ad-deen ~

19 comments:

  1. salam super sahabat,
    tetap semangat dan sukses selalu ya
    ditunggu kunjungan baliknya :)

    ReplyDelete
  2. salam....
    nak tanya satu benda boleh?
    boleh x lepasan tamhidi usim ni ke luar negara?
    especially yg ambik tamhidi sains n tech?
    please jawabkan.
    thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepasan tamhidi tak boleh ke luar negara, kelulusannya boleh sambung kat USIM saja. nak sambung universiti lain pun tak boleh. kalau yang oversea tu, boleh sambung kalau dapat sponsor atau sendiri apply nak kesana melalui swasta atau persendirian.

      harap menjawab. =)

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. apa kelebihan tahmidi sains dan teknologi.. boleh tak lepas habis tahmidi tukar kos lain untuk degree... arab susah x? takut lah.. mcm mne ni?

    ReplyDelete
  5. tamhidi sains tect nanti bila ke degree ada 8 lagi course curse kecil. awak try google degree fakulti sains tect utk tgk list dia. so tak perlu risau, kalau nak medic or dentist pon boleh, belajar je rajin2 usaha berganda then habis tamhidi nanti akan ada isi 'upu usim' pulak. kat situ nanti semua tamhidi sains tect, medic n dentist sama level jee.

    harap menjawab :D

    ReplyDelete
  6. Kenapa x boleh kluar dari usim selepas habis tamhidi

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum. Saya merupakan bekas pelajar aliran sains tulen. Saya tiada Bahasa Arab. Jadi, bolehkah saya masuk Tamhidi Perakaunan Dan Muamalat?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. Saya merupakan bekas pelajar aliran sains tulen. Saya tiada Bahasa Arab. Jadi, bolehkah saya masuk Tamhidi Perakaunan Dan Muamalat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syarat am masuk usim waktu spm ade ambil arab. Kalau mmg interested nk ada hidup dalam suasana english dan arab jugak, maybe boleh mohon Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) . Dan kalau nak sambung akaun boleh ambil Asasi Ekonomi dan Pengurusan UIA . Harap dapat membantu siapa2 yg baca.

      Delete
  10. Salam nak tnya. Semua course usim diiktiraf ke ? Sbb ad kes pljr law n syariah yg tak dpt keje sbb x diiktiraf. Tq

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum, saya pelajar lepasan diploma. kalau saya nak apply USIM boleh tak ? tapi saya mmg tak dak basic Arab. masa spm pun tak ambik Arab... mohon pencerahan... terima kasih :)

    ReplyDelete
  12. Assalam.. Nak tanya.. klau student lepasan matrikulasi, Tapi still ada basic arab spm, boleh ke smbung arab atau syariah utk peringkat ijazah sarjana muda? dan apa syarat kelayakn yg khusus utk program ini bagi pelajar lepasan matrikulasi.. sbb plajar matrikulasi tiada mengambil sbjek pgajian am spt stpm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.usim.edu.my/study-at-usim/undergraduate-studies/
      check kelayakan di sini

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Asslamuaalaikum. Saya nak tanya. USIM ada provide PJJ tak? Kalau ada macam mana nak tahu yuran setiap semester, jadual kelas and facilities yang USIM provide untuk pelajar PJJ ye? Saya ingat nak sambung PJJ Akaun dekat USIM.

    ReplyDelete
  15. Salam...saya nk tanye ijazah sarjana muda pengajian quran sunnah lepasan USIM boleh sambung belajar luar negara x??? Kalau boleh negara mana yer??

    ReplyDelete

  16. .

    Bismillahir Rahmanir Rahim

    https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I

    Web: almawaddah.info

    Salam wa rahmah

    Kepada;

    Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan

    Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic". Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan
    Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
    Terima kasih wa 'afwan.

    Daripada;
    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
    Kuala Lumpur
    Malaysia.

    ReplyDelete