Thursday 19 January 2012

.: umurku semakin pendek :.

18 januari 2012. maka, genaplah usiaku 21 tahun. sudah hampir 20 tahun telah diberikan peluang oleh Allah s.w.t  untuk menghirup udara dunia , namun masih berbaki berapa tahun lagikah kita akan kekal di sini? Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu. alhamdulillah, atas ruang dan waktu yang agak 'senggang' sementara menanti paper terakhir final exam semester 3 jumaat ini, ingin sekali ana mencoret kata disini biarpun masih didalam fatrah 'memerah keringat'. 

terlebih dahulu, diucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat2 yang telah menghadiahkan ucapan hari lahir buat ana tidak kira di facebook, mahupun di handphone. jazakumullahu khairan kasiira. ^_^  semoga entum semua beroleh rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t seiring dengan istiqamahnya amalan 'pujuk rayu' entum untuk mendamba kasih dan sayang Allah s.w.t. Insyaallah.
sebelum coretan ini mula berjalan menembusi buah fikiran kita semua, ana lampirkan beberapa gambar ketika ana masih di alam 'kanak2 ribena' .


bersama ayahanda tercinta

abi dinikahkan oleh Tuan Guru Nik Aziz setahun sebelum beliau menjadi MB Kelantan.

bersama umi dan adik2







lincahnya anak kecil ini bersama bonda tercinta.

gambar kini : bersama adik, Fatin Athirah.
anak sulung abi wa ummi ^_^



sengaja ana lampirkan gambar2 diatas sebagai tatapan umum sahabat2 dan mengenali wajah ana ketika masih  kecil.  pastinya saat dan detik dizaman kanak2 menjadi sebuah nostalgia indah buat diri kita semua. dan ana tidak akan nafikan sebilangan besar dikalangan sahabat2, ada yang ingin kembali ke zaman kanak2!  ^_^

saban tahun seluruh manusia akan mengalami fenomena pertambahan umur. bertambahnya umur membuktikan masa itu senantiasa berjalan menitip kitaran kehidupan manusia sejagat. jika 18 januari 2011, ana berumur 20 tahun. setahun selepas itu pada tarikh yang sama, 18 januari 2012, ana menjangkau usia 21 tahun. sebahagian daripada kita berpendapat, semakin bertambah umur semakin lama lagilah tempoh kehidupan didunia ini. apatah lagi, apabila sahabat2 mereka mendoakan pula,'..selamat panjang umur..' hipotesis rambang ini tidak boleh dipakai sama sekali kerana iktikad seperti itu seumpama menafikan hak kehidupan kekal diakhirat sana . panjang mana sangatlah umur kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w? purata umur kita hanyalah sekitar 60 hingga 70 tahun. mungkin Allah bagi bonus, tidak mustahil boleh mencapai umur 101 tahun! namun, beringatlah bahawa umur kita bukan jaminan kehidupan kekal didunia. suatu masa, suatu saat, atas perintah Allah Rabbul 'Izzati, Izrail a.s dengan taat menerima command dan melaksanakan amanahnya sebagai penutup nyawa manusia. saat itu, umur bukan kayu pengukur sebuah 'kenikmatan' bernama kematian. sesuailah dengan firman Allah s.w.t :

" Dan bagi tiap2 umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya,tidak dapat mereka kemudiankan walau sesaat, dan tidak dapat mereka dahulukan.." (Al-'Araf: ayat 34)

" Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.." (Al-Munafiqun : ayat 11).

ya, mati bila2 masa sahaja. ana lebih suka untuk memperkatakan bahawa, semakin bertambah umur, semakin pendek masa hidupnya maka semakin dekatlah dengan kematian. kata2 ini lebih wajar ditutur dibibir2 manusia yang mengakui sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w supaya kita tidak sesekali lupa akan hakikat dunia yang bukanlah kekal dan dunia bukanlah tempat sebenar buat kita semua. jadi, dimana tempat sebenar buat kita? yang hakiki tiada taranya? sahabat2 sendiri mengetahui jawapannya, dan orang2 non-muslim juga mengakui perkara yang sama biarpun destinasi kekal mereka tidak sama bayangannya seperti destinasi kekal umat Islam.

cuba kita tafsir dan melihat hikmah disebalik umur yang panjang. dimana setiap kali tiba hari ulangtahun kelahiran kita, pastinya sebilangan besar sahabat2 kita akan mendoakan 
,'..semoga panjang umur,murah rezeki..'. ya, doa yang baik dari sahabat2 kita.namun, cuba kita rungkai hikmah dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t. 
lazimnya apabila kita mendengar berita kematian seseorang, pasti ucapan ,'..Allah lebih sayangkan dia, sebab itu Allah jemput dia dulu..' akan terluncur keluar. maka, adakah kita2 yang masih bernyawa ini tidak disayangi oleh Allah s.w.t ? adakah mereka2 yang pergi dahulu meninggalkan kita mendapat kasih sayang Allah s.w.t yang berlipatganda? kalau yang berbuat dosa maksiat ditarik nyawanya saat melakukan kemaksiatan itu, juga disayangi oleh Allah s.w.t? inilah hikmah Allah s.w.t memanjangkan umur kita saban tahun. sengaja Allah tarik nyawa2 manusia yang melakukan maksiat dan dia mati dalam keadaan terhina untuk menunjukkan dan memberi iktibar kepada kita yang masih hidup ini supaya tidak mati menghadap Allah s.w.t dalam keadaan hina sebegitu. kita yang masih hidup, yang dianugerahkan umur yang panjang inilah perlu lebih mempertingkat amal ukhrawi sebagai bekalan untuk menghadap Tuhan Agung, Allah s.w.t . jika kita kagum dengan para ulama', wali2 Allah yang mati dalam keadaan mulia disisiNya, lihatlah bagaimana mereka2 ini menjaga amalan dan senantiasa mempertingkatkannya. biarpun kita mungkin sukar untuk mencapai taraf seperti mereka, paling kurang ada usaha penambahbaikan diri dan Iman dan insyaallah, kematian dalam husnul khotimah pasti menjadi 'hadiah' terbaik dari Allah s.w.t buat kita. Allah3.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda mengenai perkara ini, " Orang yang cerdik adalah orang yang menjalani kehidupan seiring dengan kehendak agama dan membuat persiapan untuk hari esok manakala orang2 yang bodoh adalah orang yang menuruti keinginan nafsunya dan berangan2 Allah akan mengampunkannya.." (Riwayat Tirmizi)

umur adalah anugerah Allah s.w.t buat seluruh manusia. anugerah yang juga diberikan kepada orang2 kafir. sama seperti kita, punyai umur namun bagaimana untuk membezakan hikmah umur ini? maka,gunakanlah umur kita sepenuhnya untuk Islam. bukan sekadar pada nama sahaja, tetapi pada kehidupan dan penghayatan keseluruhannya hasil tarbiyyah Rasulullah s.a.w dan perasaan ubudiyyah kepada Allah Rabbul 'Alamin. Allah s.w.t telah pun memberi peringatan keras kepada mereka2 yang mensia2kan umur tanpa melakukan amal soleh, firmanNya :

"..Dan mereka menjerit-jerit didalam Neraka itu (sambil merayu) : Wahai Tuhan kami,keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal2 yang soleh,yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan dahulu.( lalu Allah menempelak mereka) : Bukankah kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran, oleh itu rasalah (azab seksa), kerana orang2 yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberi pertolongan.." ( Al-Fathir : ayat 37)

mahukah kita menjadi golongan 'orang2 yang zalim' itu? sesungguhnya Allah s.w.t telah memberi amaran awal kepada kita sebelum tiba hari kematian supaya kita menggunakan sepenuhnya umur kita kearah amal Islami yang mana dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t.
umur kita semakin pendek. ana akan bagi analogi mudah supaya sahabat2 lebih faham hikmah dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t. 

kita seronok melihat arus sungai yang tenang, dan dalam. lalu kita pun masuk kedalam sungai dan mandi dengan girang.perasaan teruja itu tidak terhenti disitu, kita mahu lebih advance. kita jalan ketempat yang lebih dalam.baru seronok! sedang asyik menyelam, tiba2 kita kehilangan punca oksigen. kita kelemasan. dan akhirnya mati. kita tidak pernah sangka bahawa kita akan mati ketika mandi disungai kerana kita dah expert bab menyelam. begitu juga umur. kita seronok dan asyik dengan pertambahan umur kita. tak puas dengan itu, inilah masanya nak enjoy puas2, muda lagi kan. kita tidak akan sangka bila kita akan mati sebab kita dah mindset bahawa kita akan mati tua. namun saat sedang berseronok, terkinja2 menari, berkaraoke. zupp! terlantar sekujur tubuh dilitupi kain kafan, sedang dibacakan yaasin dan diselangi tangis esak ahli keluarga. hinanya kematian kita saat itu,sahabat2.

jadi, sama2lah kita memperbaiki diri sendiri. di usia muda inilah, kita kena jadi 'rakus' sedikit untuk menjelajah ilmu, berkongsi kepada sahabat2 supaya tidaklah ilmu itu terperap sahaja dalam batang tubuh kita. pertingkat amal, cantikkan akhlak. insyaallah, kita akan menjadi pemuda yang ditunggu2 umat. tertegaknya Islam atas syiar yang utuh, siapa pejuangnya? siapa lagi kalau bukan mujahid-mujahidah ini! raihlah hati2 muda kita untuk bangkit memartabatkan kembali daulah Islam.

:: Laa haulawala quwwata illah billahil 'aliyyil 'aziim ::
~ be a professional for ad-deen~

2 comments:

  1. insyallah,semoga kita sentiasa dirahmati..jum lah sma2 berbuat baik n pahala..kena tamakkan pahala!!

    ReplyDelete