Sunday, 27 January 2013

.: melakar dunia milik Tuhan :.



dunia. rupanya yang sfera cukup unik. satu-satunya alam yang boleh dihuni oleh makhluk bernyawa. indah jika dilihat dari luar angkasa. gambar satelit cukup mengujakan. namun, ketahuilah umur dunia sudah lama, dunia sudah tua. dan semakin menuju ke penghujung hayatnya. manusia pula giat men'cantik'kan dunia dengan 'perhiasan-perhiasan' yang sementara. mereka anggap dunia adalah alam yang kekal abadi. terus menafikan hak alam akhirat disana. manusia bercita-cita untuk mencipta dunia mereka sendiri, tetapi di dunia ciptaan Tuhan. mereka cuba untuk mengubah struktur fatamorgana bumi mengikut acuan rasa hati mereka. sesuka hati, tanpa berbelas. rakusnya mereka, apabila al-Wahn menguasai diri. Allah..

terdahulu,orientalis dan sarjana barat menafikan hak dan zat Allah dengan mengatakan dunia ini terjadi secara kebetulan. tiada pencipta dan tiada yang menciptakannya. makhluk-makhluk pula berevolusi dari spesies yang lain kepada spesies yang lain. aneh benar tanggapan mereka. atheis kepercayaan mereka. bagi mereka, siapa Tuhan? wujudkah Tuhan? jika wujud, dimana Tuhan? soalan-soalan dari iman yang salah. iman yang jauh mengkufuri nikmat Tuhan.berlaku zalim terhadap jiwa dan hati mereka. ilmu yang dicapai pula, tidak nampak akar umbinya. terus menerus menafikan milikan Tuhan, dengan mengatakan 'semua adalah atas usaha aku', tanpa kuwujudan Tuhan Agung, Allah Azza Wajalla.

orang beriman nampak Tuhan. apa-apa yang dilakukan akan terus kembali kepada Tuhan. tetapi lihat pula iman yang mana. iman dengan Islam, akan terus kepada Allah Yang Esa. iman dengan Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya, terus kepada tuhan-tuhan buatan mereka sendiri.  asas kepercayaan pada tuhan sudah betul, tetapi keimanan yang salah dan jauh menyimpang. agama yang benar disisi Allah adalah agama Islam. maka, seharusnya orang yang beriman dengan agama ini percaya dan yakin dunia ini kehidupan sementara. lakarlah seberapa banyak lakaran di dunia ini, pasti akan hancur luluh dan musnah akhirnya. bukti bahawa alam dunia bukanlah alam kekal abadi. dunia hanya destinasi singgah bagi umat manusia keseluruhannya. singgah itu bersifat sementara. tidak kekal, kerana kita akan bergerak ke destinasi seterusnya yang kekal abadi. dunia akhirat. destinasi perhitungan amal manusia. saatnya manusia dihisab melalui amalan mereka di dunia. 

Islam. nama yang indah, tetapi isi penghayatan yang lompong oleh umat Islam sendiri. penghayatan pada nilai-nilai agama kurang.kadang langsung tiada. lantas mereka terjebak dengan mehnah barat. terpengaruh dengan budaya mereka. terpengaruh dengan pakaian dan penampilan mereka. terpengaruh dengan kehidupan tidak beragama mereka.ditanya nama, muhammad XXXX, wah, nama cukup indah, nama Muhammad, nama Nabi mulia, tapi sayang, jasad tidak Islam. roh dan jiwa tidak Islam. hanya manis di titipan bibir. dimana Islam di zaman khulafa' ur rasyidin? dimana Islam di zaman Salahuddin al-Ayyubi, Sultan Muhammad Al-Fateh? dimana pemuda-pemuda di zaman as-Syahid Imam Hasan Al-Banna? yang mana dalam jiwa dan hati mereka penuh dengan roh perjuangan Islam. roh Islam.  ditanya apakah roh Islam itu? roh Islam adalah ISLAM itu sendiri. ISLAM dari segi nama dan penghayatan nilai-nilai yang ada didalamnya berlandaskan Al-Quran As-Sunnah. Allah...

dunia ini sementara. tidak kekal. jangan kalian tertipu dengan muslihat dunia. nampak luaran cantik, tetapi dalaman yang poros dan rapuh. percayalah pada kedatangan hari kiamat, hari akhirat yang kekal. burulah syurga Allah, dapatkan tempias bauan syurga ketika di dunia lagi. jangan takuti mati, tetapi takutilah andai kalian termasuk dikalangan golongan awal yang memasuki neraka Allah. jangan cintai dunia, tetapi cintailah alam akhirat yang lebih abadi. Allah Allah. semoga Allah mengampuni segala dosa-dosaku. amin.

:: Laa haulawala quwwata illah billahil 'aliyyil 'aziim::
~be a professional for ad-deen : ibnkhayr~

.: selangkah ke universiti buat adik-adik :.


assalamualaikum buat adek2 lepasan SPM,STPM,STAM ^_^

akhi.uby tahu adek2 mesti tengah cuak,risau,terkesima,teruja bila tunggu result keluar kan? result tak keluar pun takpe kan adek2? hehe. pengalaman yang pernah dirasai masa akhi.uby lepas SPM dulu. perasaan yang sama macam adek2 rasa sekarang. jadi,pohonlah doa dan solat hajat kepada Allah s.w.t,istiqamahlah,semoga result yang bakal keluar nanti gempak dan mantap2! jangan jadi macam akhi.uby dulu, menyesal tak sudah.ok,fokus notes akhi.uby ini bukanlah pada result adek2 nanti,tapi akhi.uby nak kongsi tips2 bagi mengelakkan adek2 mengalami kejutan budaya or culture shock masa masuk matrikulasi atau universiti nanti.

1. sebelum masuk u / matrik, pastikan adek2 buat research sedikit tentang u/matrik yang adek2 nak masuk tu. terutamanya lihat dari segi kos/bidang yang ditawarkan disana. kos/bidang ini lihat pula pada kecenderungan atau minat adek2.dan seterusnya buat pilihan yang terbaik dalam UPU nanti berkat petunjuk istikharah adek2. ^_^. jangan menyesal dikemudian hari!

2. kat u/matrik, jujurnya pergaulan dan peraturan tidaklah ketat seperti di sekolah. ini bermakna adek2 bebas. tidak ada peraturan yang mengongkong sgt. tapi, beringatlah, jaga batas2 pergaulan atau ikhtilat adek2 antara lelaki dan perempuan. sayanglah kalau disekolah dahulu,semua ini dapat dijaga tapi bila masuk u/matrik, segala2nya lesap. ilmu2 agama yang belajar kat sekolah terus lenyap. jadi, berhati2 ya adek2. ingat, bataskan pergaulan.

3. kat u/matrik, pakaian bebas sangat. takde dah uniform2 seragam macam kat sekolah. jadi, jangan jadikan kebebasan itu satu pelepasan untuk tidak menjaga aurat. jaga aurat adek2 sebaiknya. yang muslimat,pakai tudung elok2,cantik2. pastikan tudung melepasi paras dada. tak pakai tudung bulat pun takpa,janji tudung yang menutup dan melepasi paras dada.dan baju pulak tidak ketat yang menampakkan susuk tubuh. lagi nampak cantik!  serius! dan elakkan free hair, pliz. tidak manis langsung muslimat tanpa penutup kepala. kalu tak percaya buat perbandingan antara pkai tudung dengan tak pakai tudung, mana satu nampak lagi comel? mesti terdetik dihati kecil adek2 muslimat,' comelnya aku kalu pakai tudung..'. dan cuba tnya kawan2 lain, mesti jawapan mereka sama mcm hati kecil adek2. yang muslimin pun sama, jaga aurat adek2 biarpun aurat yang muslimin tidak seluas batas aurat muslimat. dari pusat hingga ke lutut. kalu pegi main, kalu nak pakai seluar pendek paras lutut, cantikkan ia dengan memakai tight. adek2 kan bakal pemimpin masa depan, jadi tunjukkan akhlak dan sahsiah yang baik.

4. kat u/matrik, tidak ada siapa yang menghalang adek2 dating,couple, duduk berdua2an. adek2 bebas untuk lakukan semua tu. tapi, jangan lakukannya! ingat! walaupun tidak ada siapa yang menghalang atau menegur, tapi Allah Yang Satu sentiasa melihat. jika terbit perasaan suka/sayang/cinta, itu tidak salah. cuma rawati ia dengan doa. dan tidak perlu luahkan perasaan itu pada sesiapa. luahkan saja pada Allah s.w.t yang lebih memahami gerak hati kita kerana perasaan yang hadir itu datangnya dari Allah s.w.t ^_^ cinta tidak salah tapi couple itu yang salah.

5. kalu adek2 ada abg/kakak yang lebih dahulu masuk u/matrik, jadikan mereka sebagai 'sumber rujukan utama'. tapi,awas! kerana kadang2 'sumber rujukan utama' ini juga tersilap langkah. khuatir kalu adek2 terus mendapatkan sumber dari mereka, adek2 pula akan terjebak dengan macam2 masalah dan juga ikut sama tersilap langkah. pandailah adek2 melihat sesuatu perkara itu samada baik atau tidak. yang negatif tidak perlu diikut, yang positif terus amalkan.insyaallah, mumtaz jaiyyid jiddan dalam hidup adek2 ! ^_^ jadikan abg/kakak yang cemerlang sahaja sebagai rujukan utama. 

5. yang penting, jaga solat n jaga amalan. solat itu tiang agama, pembenteng dari segala macam kejahatan dan kemungkaran. 5 waktu mesti cukup, pastu topup pula dengan solat sunat rawatib. ok? lebih bagus kalu dapat bangun tahajud,minta dimudahkan segala urusan bila dapat masuk u/matrik nanti. ^_^ keberkatan Allah s.w.t itu sangat penting. keredhaan ibubapa juga apatah lagi. berdoalah dan sentiasa berdoa, insyaallah, Allah s.w.t itu Maha Pemurah,minta apa sahaja yang baik2,insyaallah Allah mudahkan.

ini adalah serba sedikit tips2 utama menjelang masuk u/matrik nanti. perkongsian ini bukanlah bermakna akhi.uby adalah yang terbaik, tapi sama2 berkongsi pengalaman yang pernah akhi.uby lalui dan lihat dengan mata sendiri. sayanglah kalu permata2 fresh ini rosak bila masuk u/matrik nanti. jadi, sentiasa persiapkan diri adek2 ya! jika adek2 masih ada persoalan yang membelenggu fikiran, teruskan bertanya pada 'sumber rujukan utama' yang bagus2. sebarang persoalan boleh juga terus bertanya akhi.uby, insyaallah dengan pengalaman yg akhi.uby ada,akhi.uby tolong ye.

oleh : akhi.uby ^_^

:: Laa haulawala quwwata illah billahil 'aliyyil 'aziim:: 
~be a professional for ad-deen : ibnkhayr~


Sunday, 29 January 2012

.: biah USIM :.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia dipermulaan abad ke-21. ia merupakan institusi pengajian tinggi awam yang ke-12 di negara ini dan didaftarkan dengan nama Universiti Sains Islam Malaysia (sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia). USIM merupakan sebuah IPTA yang pengajiannya berteraskan pengajian agama Islam disamping pengajian bidang2 pasaran semasa yang lain. setakat ini, hanya 8 buah fakulti yang ada di USIM ; Fakulti Perubatan & Sains kesihatan (FPSK), Fakulti Pergigian (FPg), Fakulti Sains & Teknologi (FST), Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS), Fakulti Kepimpinan & Pengurusan (FKP), Fakulti Syariah & Undang2 (FSU), Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dan Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM).

kesemua 8 buah fakulti ini menyediakan pelajar dengan pelbagai ilmu dibidang masing2 ,disulami pula dengan ilmu2 agama dan pengajian dalam bahasa arab. bahasa arab menjadi kriteria penting bagi kemasukan ke USIM dan rata2 pelajar yang mandaftar masuk ke USIM adalah dari kalangan pelajar lepasan sekolah agama, dan pelajar yang mengambil aliran agama disekolah mereka. namun, persepsi pelajar yang 'terpilih' masuk ke USIM menjadi satu perkara yang amat mendukacitakan. jika ditanya golongan2 ini, mereka lebih cenderung untuk mengatakan,' USIM tidak ada dihatiku',' USIM bukanlah pilihan pertamaku',' aku bukan baik sangat nak masuk USIM..'. segala kata2 ini tidak enak ditutur oleh pelajar2 yang belajar ilmu agama. percayalah, ketentuan masuk ke USIM ini adalah pilihan terbaik oleh Allah s.w.t kepada kita semua. jangan sesekali menyesal kerana USIM adalah universiti yang paling istimewa , dan bersyukurlah kerana sekurang2nya kita dapat masuk universiti berbanding pelajar2 lain yang tidak ada rezeki mendapat tempat belajar disini.

jika dilihat rata2 pelajar yang mendaftar masuk sebagai mahasiswa/i USIM di tahun satu, kebanyakan dari mereka adalah lepasan STAM, STPM, matrikulasi/tamhidi, dan juga diploma. yang lepasan STAM n STPM biasanya akan cenderung untuk meneruskan perjuangan mencari ilmu didalam bidang2 agama. dan lazimnya lepasan matrik/tamhidi dan juga diploma cenderung untuk melanjutkan pengajian yang bukan bidang agama. tetapi subjek wajib universiti seperti bahasa arab menjadi salah satu kelainan dan keistimewaan USIM  berbanding universiti2 yang lain. jadi berbanggalah kerana kita mempunyai kelebihan ini! ^_^


moto USIM iaitu 'berilmu, berdisiplin dan bertakwa' menjadi nadi perjuangan mahasiswa/i USIM untuk terus kehadapan menjadi subjek perhatian dunia luar dan menjadi janaan pengeluaran ilmuwan2 dan cendekiawan2 Islam terkemuka dunia yang mahir dari segala aspek. falsafah USIM yang menjadi pegangan lecturer dan mahasiswa/i USIM iaitu ,' paduan antara ilmu Naqli dan Aqli serta budi pekerti yang mulia adalah teras utama membentuk generasi cemerlang dan masyarakat berilmu'. falsafah ini sudahpun menghuraikan maksud tersurat disebalik moto USIM yang telah disebutkan diatas. USIM menggesa pelajar2nya agar dengan ilmu2 yang mereka perolehi disini dijadikan sebagai benteng dari dilihat dunia luar sebagai satu kelemahan, dan seterusnya dengan ilmu2 itu juga membuatkan para pelajar gagah untuk menggapai puncak jaya sebagai salah seorang pelajar universiti Islam.

1. biah Solehah
nama 'Islam' pada USIM menjelaskan tatacara pelajar2nya menjalani pembelajaran disini. mereka dikelilingi suasana keilmuwan dan keagamaan yang menjadi teras utama kecemerlangan mahasiswa/i USIM.  biah yang
dibina disini membuatkan para pelajarnya merasa selamat dan tidak terancam oleh anasir2 luar yang boleh merosakkan pemikiran mahasiswa/i . tambahan,'biah solehah' yang bertapak disini akan menjamin kemakmuran hidup di kampus yang jauh suasananya dengan universiti-universiti yang lain . mahasiswa/i keluaran USIM seharusnya menjadi nadi penggerak untuk menyemai nilai-nilai dan prinsip Islam dalam kehidupan mereka.

2. sesalan sia-sia
usah merasa sedih, terkilan dan menyesal dapat masuk USIM. kerana anda adalah insan pilihan Allah s.w.t disini. tujuan kita ditempatkan di USIM bukanlah semata2 untuk menuntut ilmu sepertimana universiti2 yang lain tetapi kita membawa misi besar untuk menterjemahkan misi dan visi USIM menjadi sebuah realiti yang kelak akan disanjung tinggi dunia luar. pengaplikasian ilmu Naqli dan Aqli dalam diri menjadi pemampan untuk lebih menjaga diri, mendisiplinkan diri serta menjadikan diri insan yang bertakwa disisi Allah s.w.t.
kita diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk membawa agamanya senantiasa dihadapan disamping menguasai ilmu2 bidang pasaran kini. penyatuan dua jenis ilmu ini memantapkan pegangan dan akidah pelajar USIM langsung menjadikan diri mereka sebagai 'sumber rujukan utama' dan 'contoh teladan' masyarakat luar apabila mereka sudah bergraduasi nanti.



3. harapan dunia Islam
jika dilihat proksi USIM sebagai universiti Islam di Malaysia, sepatutnya peranan yang dimainkan oleh universiti ini lebih besar berbanding universiti2 yang lain. andai keluaran USIM mampu kedepan kelak, mereka2 akan lebih cenderung untuk menukar polisi pentadbiran negara dan merubahnya kepada pentadbiran Islam yang lebih harmoni. perkara ini akan dapat dikecapi sepenuhnya sekiranya mahasiswa/i USIM mengambil cakna melalui ibrah zaman kegemilangan dan kebangkitan Islam suatu ketika dahulu. bagaimana zaman khulafa' rasyidin mengekalkan prestasi dan tahap pencapaian Islam di seantero dunia selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
sejurus zaman khulafa' rasyidin tamat, era pemerintahan Islam sistem khilafah menjadi sumber kekuatan umat Islam pada masa itu. kejayaan demi kejayaan yang dikecapi kerajaan Islam ketika itu hasil pemerintahan khalifah2 yang begitu mengambil berat urusan agama, dan senantiasa meletakkan urusan Allah s.w.t dihadapan. jika di medan perang pula, siang hari mereka seumpama singa2 kelaparan, manakala dimalam hari mereka mempertingkat serta memperhebat amal ibadat kepada Allah s.w.t. Allahu Allah.

4. belajar dan amalkanlah.
mahasiswa/i USIM telah diterapkan pelbagai ilmu sepanjang pengajian mereka disini. besar harapan untuk melihat mereka mengaplikasikan segala ilmu2 yang dipelajari seusai mereka menamatkan pengajian disini. tempoh 4 -5 tahun merupakan tempoh yang amat singkat. selagi mana mutiara2 ilmu itu masih wujud di bumi USIM, kutiplah ia buat pegangan diri. pelajar2 yang mengambil kos agama terutamanya,sewajarnya memperlihatkan diri mereka sebagai satu subjek penting kerana membawa ilmu agama yang senantiasa menjadi buruan para pencinta ilmu. dengan penyelarasan tahap pencapaian ilmu serta penampilan imej yang baik menjadikan diri mereka sebagai contoh terbaik buat masyarakat luar. mereka akan menjadi sumber rujukan ilmu bagi dunia luar, maka tidak hairanlah suatu masa nanti, muncul cendekiawan2 serta ilmuwan2 agama terkemuka yang jika ditanya lepasan universiti mana, dengan merendah diri serta penuh kerendahan hati menjawab,' saya lepasan Universiti Sains Islam Malaysia..' lain pula dengan pelajar2 yang mengambil kos selain kos agama, kutiplah sebanyak2nya ilmu ini dan seiringkan dengan ilmu2 agama hasil inisiatif sendiri untuk membangunkan ummah kelak. gabungan agama dan sains contohnya, lebih memberi kesan dan kekuatan bagi membangunkan diri kearah memartabatkan nilai agama itu sendiri. dengan agama, sains Islam dapat dikecapi dan diperluaskan cakupan bidangnya. dengan sains pula, agama akan dilihat dengan kacamata yang lebih luas dan lebih bermakna. subhanallah. indahnya andai kedua2 ini digabungkan, sekali2 tidak untuk memisahkan elemen agama dari setiap aspek kehidupan kita kerana hidup beragama dan beramal dengan amal Islami dapat menjamin penghidupan yang lebih diredhai dan diberkati oleh Allah s.w.t

jadi, mengapa perlu menyesal? kita ada macam2 kelebihan berada di USIM ini. cuba bayangkan suatu masa nanti, kita berjaya menjadi seorang doktor di hospital. pesakit datang untuk membuat pemeriksaan kesihatan dengan kita. usai memeriksa, kita akan memberi tips penjagaan kesihatan kepada pesakit kita. tetapi kita ada kelebihan lain iaitu, kita pernah belajar ilmu agama di USIM. sambil memberi tips, kita selitkan unsur2 dakwah yang membawa kepada mengingati Allah s.w.t. seterusnya kita ajar cara bagaimana menjaga kesihatan dari aspek Islam bukan sekadar dari aspek sains semata. lihat! tidakkah graduasi USIM begitu istimewa? ^_^ berbanggalah kerana anda terpilih untuk belajar di USIM. jangan jadikan setiap kesulitan yang berlaku di USIM sebagai satu titik kelemahan dan alasan untuk memperlekeh kemampuan graduasi dari USIM. biarpun USIM tidak semegah nama2 universiti seperti UKM, UPM, UM, UiTM dan sebagainya namun lihat pada ekstraksi ilmunya, itu yang lebih penting. kita belajar kos2 bidang pasaran ditambah pula dengan pengajian Islam. ^_^ berfikir dan berfikirlah, dan anda akan temui jawapannya suatu masa nanti. wallahu'alam.

:: Laa haulawala quwwata illah billahil 'aliyyil 'aziim ::
~ be a professional for ad-deen ~

Friday, 20 January 2012

.: interpretasi cinta :.

' saya cintakan awak'. 'uhibbuki jiddan'. 'aishiteru'. ' sarangheyo'. kata2 keramat pelbagai bahasa tapi punyai maksud yang sama, yang biasa terlontar dibibir sang kekasih yang sedang hanyut dibawa arus cinta. sungguh deras arus cinta itu sehingga pasangan itu tidak dapat menyelamatkan diri mereka dari terjunam ke lembah kemaksiatan dan dosa. bila 'bukti kecintaan' terlahir, mula menyalahkan cinta. sebab CINTA lah aku jadi begini! sebab CINTA lah hidup aku tidak terurus! sebab CINTA lah aku mula lupa asal-usulku! sebab CINTA lah cintaku pada yang berhak tergadai!. hentikan! kejap2, kenapa salahkan cinta ya? adakah cinta itu benar2 bersalah? adakah anugerah cinta kurniaan Allah s.w.t ini sangat rapuh dan poros bentuknya, sehingga mudah sangat kita menyalahkan cinta bila sesuatu yang buruk terjadi pada kita? sebenarnya cinta itu tidak pernah bersalah. kasihan cinta, sungguh sedih cinta bila kita menyalahkannya, sedangkan cinta tidak minta untuk hadir dalam diri manusia. tetapi cinta itu hadir atas dorongan dan kun fayakun Allah Rabbul 'Alamin. ^_^


'..kenapa kamu kata cinta itu tidak pernah bersalah? kan mereka sudah pun melahirkan 'bukti kecintaan' mereka? sah2 lah sebab CINTA, mereka jadi begitu! sudahlah! aku benci cinta! cinta membawa kerosakan!'. ups, sila hentikan kata2 berbaur hinaan ini ya. kamu tahu cinta itu datang dari siapa? kamu tahu apa maksud cinta yang sebenar2nya?

kita adalah manusia. manusia adalah makhluk Allah s.w.t  sebaik2 ciptaan. khalifatullah diatas muka bumi ini. taklifan mulia Allah s.w.t kepada kita semua. dan kemudian Allah s.w.t campakkan pula hati dan perasaan dalam diri setiap manusia. Allah s.w.t beri akal untuk manusia berfikir hikmah kejadian ciptaanNya. maka apabila telah diberi akal, berfikirlah dan gunakan sebaiknya fungsi akal ini. begitu juga perasaan. perasaan marah,suka, benci ,sayang ,semuanya dari Allah s.w.t. 
perasaan ingin disayangi dan menyayangi juga kurniaan Allah s.w.t. sanggupkah kita mencerca kurniaan Allah s.w.t ini? buka mata,buka minda, lapangkan hati! kita ini makhluk ciptaan Allah s.w.t, tiada hak untuk kita mempersoal dan menghina segala ciptaan dan anugerah Allah s.w.t, Khaliq Maha Mulia kita. 

begitu juga dalam mentafsir cinta. apakah maksud cinta? cinta adalah suatu perasaan yang hadir dari hati yang tulus dan luhur, yang inginkan sebuah kasih sayang yang utuh, suci dan murni. cinta ibarat kain putih bersih yang berbau harum. dihadiahkan Allah s.w.t kepada kita untuk kita hargai cinta itu. untuk kita lakar sebuah lukisan kemudian kita ceriakan dengan warna2 cinta agar ia nampak cantik dan berseri. kita pun pasti suka dan Allah s.w.t juga suka dan gembira kerana kita menghargai dan mensyukuri nikmat cinta ini. alangkah indahnya cinta itu jika didamba hanya pada Yang Satu ^_^ . lihat kembali, kalau kita benci cinta, bagaimana kita nak mencintai Allah s.w.t dan RasulNya? haa. fikir2kan ya. firman Allah s.w.t :

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa2 yang diingini, yaitu : wanita2, anak2, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang2 ternak dan sawah ladang. itulah kesenangan hidup didunia dan disisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga)" (3:14)

salahkah bercinta? adakah cinta itu haram? sebenarnya Allah s.w.t tidak melarang manusia untuk bercinta sekalipun melayani perasaan cinta itu. jika Allah s.w.t melarang bercinta, tidak wujud cinta Adam a.s pada Hawa sejak awal2 penciptaan mereka lagi. tidak wujud kasih sayang Allah s.w.t pada kita. tanpa cinta Allah s.w.t pada makhluk2Nya, hidup kita pasti didalam kemusnahan yang sangat dahsyat. nauzubillah..

namun interpretasi cinta yang sebenar adalah cinta itu boleh dilayani dengan syarat ianya berpaksikan semata2 kerana Allah s.w.t. jika berlaku cinta antara dua insan, jangan menyesal dengan perasaan yang hadir itu malah taburkan rasa syukur dengan anugerah itu. semaikan benih2 cinta itu diatas batas2 syariat yang perlu dijaga dari setiap aspek kendiri. melayari bahtera cinta cukup indah, namun layarkan bahtera itu mengikut haluannya yang sebenar, kerana andai terpesong, maka tenggelamlah bahtera itu. karamlah ia untuk selama2nya. 


buat insan2 yang sedang bercinta, teruskan dengan cinta kalian kerana cinta tidak pernah bersalah. tetapi kita yang menyalahgunakan cinta.  cinta tidak pernah minta untuk hadir dalam diri manusia, tetapi cinta hadir untuk memberi manusia kepuasan berkasih sayang. lebarkan kasih sayang itu lurus dijalanNya, tanda kita mensyukuri nikmat indah ini. buat insan yang sedang bercinta, bataskan segala tindakan susulan kalian. andai benar kalian menyayangi pasangan kalian, pintalah doa kepada Allah s.w.t.
minta pada Allah s.w.t agar dikekalkan rasa cinta itu pada insan pilihan kita, minta pada Allah s.w.t agar kita dihindari dari tipu muslihat iblis dan syaitan yang senantiasa membisikkan,'..buktikan kecintaan kau padanya, serahkan tubuh kau padanya, serahkan segala2nya. apa yang dia pinta buat saja...'. nauzubillah..

jika kita rindu pada insan yang kita suka dan sayang, jangan lepaskan kata2 itu padanya, tetapi luahkan pada Allah s.w.t. didalam doa dan solat kita.
jika kita tidak boleh melupakan dia, doa pada Allah s.w.t agar disatukan hati kita dan dia disuatu masa yang dijanjikan Allah s.w.t. semoga kalian bisa meraih cinta yang suci dan murni menuju bayt al-muslim yang diidamkan.  beruntunglah bagi mereka2 yang menyucikan cinta dan memberi wangian harum padanya, semata2 kerana Allah s.w.t Yang Maha Mencintai. Allahu Akbar, sayangnya Allah s.w.t pada kita ya..

Katakanlah : " jika kamu (benar2) mencintai Allah,ikutilah aku,niscaya Allah mengasihi dan mengampunkan dosa2mu " Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (3:31)


buat insan2 yang belum mengecapi nikmat cinta, jangan khuatir dan jangan merasa diri kalian ketinggalan zaman. '..kau bila nak ada pakwe? alaa..down-to-date la kau..'. bila cercaan ini dilontarkan, pasti timbul rasa ingin mempunyai seseorang dalam hati kan? jangan khuatir bagi yang belum sampai cinta padanya, kerana janji Allah s.w.t itu pasti. telah tertulis di Luh Mahfuz lagi nama pasangan kita. jadi, jangan risau jika tiada yang sudi menjadi teman kalian disaat dan waktu ini. khuatir nanti, jika kalian bercinta, kalian akan mengalami culture-shock dan mula bercinta sakan sehingga tidak ingat siapa yang memberi cinta pada kalian saat kalian memerlukannya. dan bagi yang sudah bercinta, tidak semestinya orang yang dicintainya itu adalah teman kekal hingga kesyurga nanti. sebab itulah disarankan agar kita mendoakan hubungan kita supaya benar2 seperti yang telah termaktub di Luh Mahfuz. Allahu Robbi..

bagi yang bercinta, ingatlah. cinta itu tidak salah. tetapi hindarilah dari menyalahgunakan cinta. ya, cinta disalahguna sebab kita couple. kita declare dan kemudian kita war2kan pada rakan2 kita. dan semua rakan2 kita tahu mengenai percintaan kita. ya, itu yang salah dan tidak boleh. couple tidak sama dengan cinta. cinta adalah perasaan, anugerah Allah s.w.t, tetapi couple itu perbuatan berdua2an yang menyalahi batas2 syara'. jadi, semaikanlah benih2 cinta itu diatas batas yang penuh dengan mineral2 Iman, kemudian siramkan ia dengan titisan doa agar cinta yang tersemai itu menjadi hasil yang cantik disisi Allah Rabbul 'Alamin. inilah interpretasi cinta yang sebenar. wallahu'alam.

p/s : tinta ini merupakan pandangan peribadi penulis berkenaan cinta. moga2 ada manfaatnya buat kita semua. sebarkan cinta pada yang mendamba kasih yang suci hanya keranaNya~ ^_^


:: Laa haulawala quwwata illah billahil 'aliyyil 'aziim ::
~be a professional for ad-deen~

Thursday, 19 January 2012

.: umurku semakin pendek :.

18 januari 2012. maka, genaplah usiaku 21 tahun. sudah hampir 20 tahun telah diberikan peluang oleh Allah s.w.t  untuk menghirup udara dunia , namun masih berbaki berapa tahun lagikah kita akan kekal di sini? Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu. alhamdulillah, atas ruang dan waktu yang agak 'senggang' sementara menanti paper terakhir final exam semester 3 jumaat ini, ingin sekali ana mencoret kata disini biarpun masih didalam fatrah 'memerah keringat'. 

terlebih dahulu, diucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat2 yang telah menghadiahkan ucapan hari lahir buat ana tidak kira di facebook, mahupun di handphone. jazakumullahu khairan kasiira. ^_^  semoga entum semua beroleh rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t seiring dengan istiqamahnya amalan 'pujuk rayu' entum untuk mendamba kasih dan sayang Allah s.w.t. Insyaallah.
sebelum coretan ini mula berjalan menembusi buah fikiran kita semua, ana lampirkan beberapa gambar ketika ana masih di alam 'kanak2 ribena' .


bersama ayahanda tercinta

abi dinikahkan oleh Tuan Guru Nik Aziz setahun sebelum beliau menjadi MB Kelantan.

bersama umi dan adik2







lincahnya anak kecil ini bersama bonda tercinta.

gambar kini : bersama adik, Fatin Athirah.
anak sulung abi wa ummi ^_^



sengaja ana lampirkan gambar2 diatas sebagai tatapan umum sahabat2 dan mengenali wajah ana ketika masih  kecil.  pastinya saat dan detik dizaman kanak2 menjadi sebuah nostalgia indah buat diri kita semua. dan ana tidak akan nafikan sebilangan besar dikalangan sahabat2, ada yang ingin kembali ke zaman kanak2!  ^_^

saban tahun seluruh manusia akan mengalami fenomena pertambahan umur. bertambahnya umur membuktikan masa itu senantiasa berjalan menitip kitaran kehidupan manusia sejagat. jika 18 januari 2011, ana berumur 20 tahun. setahun selepas itu pada tarikh yang sama, 18 januari 2012, ana menjangkau usia 21 tahun. sebahagian daripada kita berpendapat, semakin bertambah umur semakin lama lagilah tempoh kehidupan didunia ini. apatah lagi, apabila sahabat2 mereka mendoakan pula,'..selamat panjang umur..' hipotesis rambang ini tidak boleh dipakai sama sekali kerana iktikad seperti itu seumpama menafikan hak kehidupan kekal diakhirat sana . panjang mana sangatlah umur kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w? purata umur kita hanyalah sekitar 60 hingga 70 tahun. mungkin Allah bagi bonus, tidak mustahil boleh mencapai umur 101 tahun! namun, beringatlah bahawa umur kita bukan jaminan kehidupan kekal didunia. suatu masa, suatu saat, atas perintah Allah Rabbul 'Izzati, Izrail a.s dengan taat menerima command dan melaksanakan amanahnya sebagai penutup nyawa manusia. saat itu, umur bukan kayu pengukur sebuah 'kenikmatan' bernama kematian. sesuailah dengan firman Allah s.w.t :

" Dan bagi tiap2 umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya,tidak dapat mereka kemudiankan walau sesaat, dan tidak dapat mereka dahulukan.." (Al-'Araf: ayat 34)

" Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.." (Al-Munafiqun : ayat 11).

ya, mati bila2 masa sahaja. ana lebih suka untuk memperkatakan bahawa, semakin bertambah umur, semakin pendek masa hidupnya maka semakin dekatlah dengan kematian. kata2 ini lebih wajar ditutur dibibir2 manusia yang mengakui sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w supaya kita tidak sesekali lupa akan hakikat dunia yang bukanlah kekal dan dunia bukanlah tempat sebenar buat kita semua. jadi, dimana tempat sebenar buat kita? yang hakiki tiada taranya? sahabat2 sendiri mengetahui jawapannya, dan orang2 non-muslim juga mengakui perkara yang sama biarpun destinasi kekal mereka tidak sama bayangannya seperti destinasi kekal umat Islam.

cuba kita tafsir dan melihat hikmah disebalik umur yang panjang. dimana setiap kali tiba hari ulangtahun kelahiran kita, pastinya sebilangan besar sahabat2 kita akan mendoakan 
,'..semoga panjang umur,murah rezeki..'. ya, doa yang baik dari sahabat2 kita.namun, cuba kita rungkai hikmah dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t. 
lazimnya apabila kita mendengar berita kematian seseorang, pasti ucapan ,'..Allah lebih sayangkan dia, sebab itu Allah jemput dia dulu..' akan terluncur keluar. maka, adakah kita2 yang masih bernyawa ini tidak disayangi oleh Allah s.w.t ? adakah mereka2 yang pergi dahulu meninggalkan kita mendapat kasih sayang Allah s.w.t yang berlipatganda? kalau yang berbuat dosa maksiat ditarik nyawanya saat melakukan kemaksiatan itu, juga disayangi oleh Allah s.w.t? inilah hikmah Allah s.w.t memanjangkan umur kita saban tahun. sengaja Allah tarik nyawa2 manusia yang melakukan maksiat dan dia mati dalam keadaan terhina untuk menunjukkan dan memberi iktibar kepada kita yang masih hidup ini supaya tidak mati menghadap Allah s.w.t dalam keadaan hina sebegitu. kita yang masih hidup, yang dianugerahkan umur yang panjang inilah perlu lebih mempertingkat amal ukhrawi sebagai bekalan untuk menghadap Tuhan Agung, Allah s.w.t . jika kita kagum dengan para ulama', wali2 Allah yang mati dalam keadaan mulia disisiNya, lihatlah bagaimana mereka2 ini menjaga amalan dan senantiasa mempertingkatkannya. biarpun kita mungkin sukar untuk mencapai taraf seperti mereka, paling kurang ada usaha penambahbaikan diri dan Iman dan insyaallah, kematian dalam husnul khotimah pasti menjadi 'hadiah' terbaik dari Allah s.w.t buat kita. Allah3.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda mengenai perkara ini, " Orang yang cerdik adalah orang yang menjalani kehidupan seiring dengan kehendak agama dan membuat persiapan untuk hari esok manakala orang2 yang bodoh adalah orang yang menuruti keinginan nafsunya dan berangan2 Allah akan mengampunkannya.." (Riwayat Tirmizi)

umur adalah anugerah Allah s.w.t buat seluruh manusia. anugerah yang juga diberikan kepada orang2 kafir. sama seperti kita, punyai umur namun bagaimana untuk membezakan hikmah umur ini? maka,gunakanlah umur kita sepenuhnya untuk Islam. bukan sekadar pada nama sahaja, tetapi pada kehidupan dan penghayatan keseluruhannya hasil tarbiyyah Rasulullah s.a.w dan perasaan ubudiyyah kepada Allah Rabbul 'Alamin. Allah s.w.t telah pun memberi peringatan keras kepada mereka2 yang mensia2kan umur tanpa melakukan amal soleh, firmanNya :

"..Dan mereka menjerit-jerit didalam Neraka itu (sambil merayu) : Wahai Tuhan kami,keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal2 yang soleh,yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan dahulu.( lalu Allah menempelak mereka) : Bukankah kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran, oleh itu rasalah (azab seksa), kerana orang2 yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberi pertolongan.." ( Al-Fathir : ayat 37)

mahukah kita menjadi golongan 'orang2 yang zalim' itu? sesungguhnya Allah s.w.t telah memberi amaran awal kepada kita sebelum tiba hari kematian supaya kita menggunakan sepenuhnya umur kita kearah amal Islami yang mana dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t.
umur kita semakin pendek. ana akan bagi analogi mudah supaya sahabat2 lebih faham hikmah dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t. 

kita seronok melihat arus sungai yang tenang, dan dalam. lalu kita pun masuk kedalam sungai dan mandi dengan girang.perasaan teruja itu tidak terhenti disitu, kita mahu lebih advance. kita jalan ketempat yang lebih dalam.baru seronok! sedang asyik menyelam, tiba2 kita kehilangan punca oksigen. kita kelemasan. dan akhirnya mati. kita tidak pernah sangka bahawa kita akan mati ketika mandi disungai kerana kita dah expert bab menyelam. begitu juga umur. kita seronok dan asyik dengan pertambahan umur kita. tak puas dengan itu, inilah masanya nak enjoy puas2, muda lagi kan. kita tidak akan sangka bila kita akan mati sebab kita dah mindset bahawa kita akan mati tua. namun saat sedang berseronok, terkinja2 menari, berkaraoke. zupp! terlantar sekujur tubuh dilitupi kain kafan, sedang dibacakan yaasin dan diselangi tangis esak ahli keluarga. hinanya kematian kita saat itu,sahabat2.

jadi, sama2lah kita memperbaiki diri sendiri. di usia muda inilah, kita kena jadi 'rakus' sedikit untuk menjelajah ilmu, berkongsi kepada sahabat2 supaya tidaklah ilmu itu terperap sahaja dalam batang tubuh kita. pertingkat amal, cantikkan akhlak. insyaallah, kita akan menjadi pemuda yang ditunggu2 umat. tertegaknya Islam atas syiar yang utuh, siapa pejuangnya? siapa lagi kalau bukan mujahid-mujahidah ini! raihlah hati2 muda kita untuk bangkit memartabatkan kembali daulah Islam.

:: Laa haulawala quwwata illah billahil 'aliyyil 'aziim ::
~ be a professional for ad-deen~

Tuesday, 17 January 2012

.: secebis kasih ibu :.

duhai ibu...
anakmu kini sedang berada jauh..
sedang berjuang di medan ilmu..
meninggalkan ibu bersendirian disana..
apa yang ibu sedang buat ya sekarang?
rindu rasa hati anakmu ini...
terbayang-bayang kelibat ibu didapur sedang mengerah tenaga..
memasak,membasuh, menyapu, menyidai...
itulah rutin harian ibu yang biasa anakmu ini lihat ketika dirumah..
kini, kelibat ibu tidak ada lagi didepan mata, apatah lagi bayang-bayang..

duhai ibu..
rindu rasa hati anakmu ini tidak terkira lagi..
sayu bila mendengar suara ibu di telefon bertanyakan khabar...
tenang bila mendengar ibu memberi kata-kata taujihat untuk anakmu meneruskan perjuangan disini..
saat ibu senyum dan tergelak membuat hati anakmu ini semakin rindu...
sempatkah anakmu ini pulang berjumpa ibu nanti? 
sempatkah anakmu ini pulang dan mencium tangan mulus ibu, mencium pipi dan dahi ibu?

duhai ibu..
teringat saat terakhir sebelum anakmu kesini..
pelukan dan ciuman terakhir dirumah..
sebelum anakmu berangkat dan menaiki bas..
dalam bas , terkenang ibu..
nasi yang ibu bekalkan saja sebagai pengubat rindu saat itu..
menangis dalam hati pun tidak akan merubah apa-apa,ibu..

duhai ibu..
acap kali anakmu ini melihat ibu bekerja..
siang malam masih membanting tulang..
kasihan melihat ibu..
adik-adik lain masih kecil..
tidak boleh lagi membantu ibu..
sedih apabila mengenangkan saat anakmu ini tiada dirumah nanti..
siapa yang akan membantu ibu?
siapa yang akan mendengar rintihan hati ibu?
ibu keseorangan disana..
kalau ibu sedih, ibu akan sedih berseorangan..
tiada siapa menemanimu ibu..
anakmu ini sedia apa sahaja untukmu,ibu..
anakmu ini anak yang taat segala kata-kata ibu..
anakmu ini ingin menjadi anak yang soleh solehah,ibu..
percayalah..
percayalah ibu..

duhai ibu..
perjuangan anakmu disini belum selesai..
anakmu tidak boleh pulang selagi harapan ibu tidak lagi terlaksana..
anakmu ini berjanji akan menggenggam teguh sebuah kejayaan..
anakmu ini berjanji akan membanggakan ibu suatu masa nanti..
doakan kejayaan untuk anakmu ini,ibu..
biarlah ibu menangis dengan kejayaan anakmu ini..
jangan ibu menangis dek dosa dan kesilapan anakmu..
kerana tangisan dosa bisa menghumban anakmu ini ke neraka Jahannam..

duhai ibu..
andai satu masa anakmu ini sudah berjaya menjadi manusia berguna..
akan anakmu balas segala titik peluh dan jasa ibu..
walaupun tidak akan pernah sama dengan getirnya saat ibu melahirkan anakmu ini dulu..
walaupun saat itu ibu sedang bertarung nyawa..
semata-mata untuk melahirkan anakmu ini..
jika ibu kejam, anakmu ini tidak akan wujud didunia..
namun, ibu sungguh mulia..
saat anakmu ini lahir merupakan saat paling menggembirakan ibu..
tidak seharusnya anakmu ini membalas kemuliaan ibu dengan kehinaan sikap dan akhlak anakmu..
tidak seharusnya anakmu ini membalas jasa-jasa ibu selama ini 
dengan hanya bersikap acuh tak acuh pada ibu..
hampir 20 tahun ibu menjaga dan mendidik..
anakmu ini berjanji akan membalas segalanya..
segalanya..ibu..


duhai ibu..
warkah ini sebagai penyejuk hati anakmu ini..
kadang anakmu ini nakal..
bila ibu minta buat sesuatu, mula bagi alasan..
minta maaf ibu..
bila ibu menasihati, mula buat muka dan mengeluh..
minta maaf ibu..
bila ibu marah, kata ibu benci dan tak sayang..
minta maaf ibu..minta maaf ibu..

ibuku sayang..
anakmu ini sayang akan ibu..
kerana ibu begitu mulia..
hingga saatnya nanti anakmu ini pulang..
terubat rindu pada ibu..
Ya Allah Ya Tuhanku..
ampunkanlah segala dosa-dosaku, dosa kedua ibubapaku, dan sayangi 
mereka sebagaimana mereka menyayangi aku sewaktu aku masih kecil..aminn..


tunggu ibu..
anakmu ini akan pulang nanti..
tunggu..


* dedikasi buat ibu tercinta.. ^_^

Nik Latifah binti Nik Wajis



:: Laa haulawala quwwata illah billahil 'aliyyil 'aziim ::
~ be a professional for ad-deen ~

Monday, 26 December 2011

.: ' study week ' versus ' final exam ' :.

hanya beberapa hari sahaja lagi peperiksaan akhir semester di USIM akan bermula. jadi, seminggu sebelum bermulanya final, para pelajar diberikan cuti selama seminggu yang dipanggil ‘study week’ . namun, peluang cuti ini digunakan sepenuhnya oleh pelajar2 untuk pulang ke rumah masing2 setelah sekian lama tidak pulang dan untuk melepaskan rindu buat yang tersayang. ana seperti biasa, jarang2 pulang ke rumah. mungkin selepas final, itupun sebentar sahaja kerana pelbagai program dan aktiviti sedang menanti. isu pulang ke rumah semasa ‘study week’ bukanlah isu lama, tetapi sudah menjadi kebiasaan bagi para pelajar universiti walaupun telah di’leteri‘ berulang2 oleh lecturer supaya tidak pulang ke rumah semasa cuti belajar ini. peluang yang diberikan oleh universiti kepada pelajar2 seharusnya digunakan sebaiknya bagi menelaah serta mengulangkaji pelajaran di kampus dan bersama rakan2 yang lain kerana suasana belajar itu wujud dan dirasai berbanding jika berada dirumah.

namun, bagi mereka2 yang pulang ke rumah, niat untuk pulang sebentar hanya untuk beberapa hari sahaja untuk berjumpa dan memohon ampun restu dari ayahbonda merupakan satu idea yang baik berbanding mereka2 yang merancang untuk pulang ke rumah ‘cukup2 makan’ selama seminggu hinggalah tiba hari pertama exam,baru mereka kembali ke kampus. pelajar2 seperti ini dianggap tidak menggunakan masa cuti belajar sebaiknya sedangkan masa cuti ini diperuntukkan sepenuhnya untuk pelajar2 berada di kampus dan mengulangkaji pelajaran demi mendapat kejayaan yang lebih cemerlang.

ana tidak mahu menyelar sesiapa didalam entri kali ini, sekadar melontarkan pandangan berkenaan  isu pulang ke rumah semasa cuti ‘study week’ ini. bagi ana, masa yang diperuntukkan seharusnya digunakan sebaiknya oleh para pelajar dan jika ditanya kepada mana2 lecturer sekalipun, pasti mereka sependapat dengan ana. fatrah ‘study week’ ini juga dikatakan sebagai  satu ruang masa untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t bagi memohon kepadaNya agar dipermudahkan segala urusan dan perjalanan ulangkaji serta peperiksaan yang akan bermula tidak lama lagi. jika dilihat, menjelang waktu peperiksaan pasti ramai pelajar yang akan menghadirkan diri ke surau2 dan masjid2 bagi mendapatkan keberkatan serta redha Rabbul ‘Alamin. pokoknya, keredhaan Allah s.w.t tidaklah terbatas sekadar hendak exam sahaja, tetap jauh sebelum exam lagi keredhaan dan keberkatan itu perlu dipinta. Kelaziman kata maaf juga selalu wujud menjelang exam, sedangkan jauh sebelum exam tidak langsung teringat untuk meminta maaf andai ada menyinggung perasaan sesiapa. Biasalah bila hendak exam ni, manusia ‘jahat’ boleh menjadi ‘baik’ =)

tiba fatrah peperiksaan nanti, pasti para pelajar akan jarang kelihatan di cafe2 mahupun di kedai2 makan kerana sibuk menelaah untuk paper2 seterusnya. rutin ini biasa dilihat hanya ketika minggu peperiksaan sahaja dan lihatlah perubahannya seusai peperiksaan berakhir. surau2 dan masjid2 akan mula kesepian kembali dari suara2 merdu bacaan ayat2 suci Al-Quran yang sebelum ini selalu kedengaran setiap kali selepas maghrib atau selepas solat2 fardhu yang lain. sifat istiqamah beribadat dan memohon keampunan Allah s.w.t perlulah diterapkan dalam diri dan jiwa setiap pelajar agar keberkatan yang diperoleh sentiasa berkekalan sepanjang pengajian di universiti. solat hajat ,zikir munajat serta bacaan yaasin beserta tahlil yang diamalkan sebelum peperiksaan bermula perlu diteruskan walaupun minggu peperiksaan sudah berakhir agar result yang akan keluar setanding dengan usaha dan amalan seharian kita sebelum peperiksaan.

sekadar disini sahaja titipan kasih ana kali ini kerana masa terlalu mencemburui ana, pantang terlepas sedetik waktu, pasti akan ada rasa penyesalan dalam diri. masa emas di minggu ‘study week’ ini perlu digunakan sebaiknya agar tidak se’sen’ pun masa itu terlepas kerana masa itu seolah pasir halus di genggaman buku lima. makin longgar genggaman , pasti pasir2 halus ini akan berterbangan dibawa angin. entri ini insyaallah merupakan entri terakhir ana sebelum menjelang peperiksaan. akhir kalam, selamat menghadapi peperiksaan  sahabat2 =) bittaufiq wannajah. doakan kejayaan kita semua. aminn. salam imtihan.



:: Laa haulawala quwwata illah billahil 'aliyyil 'aziim ::
~ be a professional for ad-deen ~