Showing posts with label Coretan Hati. Show all posts
Showing posts with label Coretan Hati. Show all posts

Sunday, 27 January 2013

.:mencari sinar hati, menuju bahagia abadi:.

mungkin dari tajuk entri ana kali ini, orang yang membaca sepintas lalu akan fikir macam-macam. bila disebut hati dan bahagia, nampak satu entiti yang cukup sinonim bagi sesetengah orang atau lebih spesifik, orang-orang berdarah muda iaitu entiti cinta. ya, apa yang bakal ana nukilkan kali ini adalah tentang hakikat hati yang lebih cenderung untuk memberi dan mudah menerima. hati yang diberi ruh oleh Allah s.w.t  untuk membelai perasaan manusia seterusnya tanpa sedar,andai tidak terkawal, hati jua yang membawa manusia ke lembah kehinaan.  inilah hakikat hati yang rosak dan tidak terjaga. ana akan merungkaikan sedikit perihal hati,tetapi berdasarkan pandangan peribadi ana sahaja. dimana hatilah yang mendorong manusia melakukan sesuatu tindakan, dengan kecenderungan nafsu yang selalu mengiringi kehendak hati. 

    tafsiran hati dalam entri ana ini lebih berkisarkan pada cinta manusia. hah, kalau bab cintan-cintun, suka sangatlah orang-orang muda. pantang dibuat program-program berkaitan cinta, ana jamin audiens yang hadir pasti melebihi kerusi yang disediakan, lagi2 audiens muslimat. itu pasti. sebab ini pun termasuk dalam pengalaman ana sendiri. maaflah, andai coretan ana kali ini berbentuk peribadi, namun ana luncurkan buat perkongsian sahabat-sahabat yang ana sayangi dan semoga dirahmati oleh Allah s.w.t sekalian.

     apakah hati? ya, kalau dijawab secara saintifik, hati adalah satu ketulan daging yang wujud didalam jasad pejal manusia. dan juga jasad haiwan-haiwan ciptaan Allah s.w.t. namun, andai ditanya soal hati mengikut definisi falsafah, macam-macam tafsiran tentang hati akan keluar. setiap orang punyai pandangan berbeza-beza tentang hati. hati ada kehendak yang kuat, kehendak yang kadang sukar ditolak diri kita sendiri. kadang kita kata taknak, tapi hati mahu. lantas, kita tewas dengan kehendak hati, apatah lagi jika hati itu juga berlandaskan nafsu yang kuat membelenggu fikiran dan jiwa manusia.

      mata manusia suka melihat akan kecantikan, kekemasan, kerana itulah fitrah yang Allah s.w.t ciptakan keatas setiap makhluk-makhluknya.Allah s.w.t suka akan kecantikan dan Allah s.w.t itu juga Maha Cantik. analogi yang dinisbahkan pada manusia, kecantikan seorang wanita boleh menggugat jiwa seorang lelaki. begitu jua sebaliknya, kekacakan seorang lelaki boleh menggugat jiwa seorang wanita. nah, lihatlah sendiri fenomena korea yang melarat-larat dikalangan wanita, suka pada cerita-cerita korea dan aktor lelaki korea, kata mereka, kacak, comel, kiut dan sebagainya. ini buktinya mata manusia yang sukakan kecantikan. tapi hati mereka yang mahu, tetap gagal dicapai. hanya sekadar angan-angan dan mimpi untuk memiliki aktor-aktor itu. kadang, sampai buat koleksi album, semua gambar lelaki korea! 


saya cerita begini kerana inilah hakikat hati. hati yang mudah menerima sebarang bentuk halusinasi halus dan angan-angan. tetapi tidak mudah digapai. dan hati yang cenderung untuk memberi sebarang perasaan,seperti cinta, rindu, marah, kecewa dan sebagainya. hati yang tenang adalah hati yang mampu mengawal semua keadaan ini. tidak ekstrem dan tidak juga terlalu pasif.

    terus pada topik,iaitu cinta. cinta antara dua insan melibatkan dua hati. dan dari dua hati itu menjadi satu hati yang bersemi, maka keluarlah perkataan,' kita sehidup semati '. ' kita sehati sejiwa'. bermula dari sebuah perkenalan, kemudian persahabatan. lama menjalin persahabatan, ah, alangkah indah andai dilanjutkan lagi ke peringkat seterusnya iaitu cinta dan couple, namun gagal untuk ke peringkat seterusnya iaitu pernikahanini proses biasa bagi pasangan bercinta hari ini. percayalah kalau ana katakan, ini cinta murahan. cinta yang mudah digadai begitu sahaja. cinta yang sia-sia, tidak berhasil apa-apa.cinta sekerat jalan, fahamlah kita jalan yang sekerat bukanlah jalan yang sempurna. maka, adakah kita benar-benar sudah menggunakan hati dengan baik? salahguna cinta, maka automatik hati juga tidak digunakan sebaiknya. terus terang ana katakan, bukan salah untuk bercinta, tetapi cinta yang disalahguna itu membuatkan orang merasakan cinta itu bersalah.

    maka, bagaimana mahu merawat dan top-up hati yang salah digunakan? maka, tuntutan syariat Islamlah kunci segalanya. Islam menganjurkan umatnya menjaga hati dari segenap aspek kehidupan termasuk juga dalam bercinta. bagi orang lelaki, jika sudah jatuh hati pada seseorang wanita, elakkan dari terus approachwanita tersebut, bahkan seharusnya lelaki itu merisik khabar melalui teman-teman dan sahabat-sahabat terdekat wanita itu. ya, Islam menganjurkan menggunakan perantaraan bagi tujuan taaruf antara lelaki dan wanita. hikmahnya, hati antara dua insan akan lebih menjaga, tidaklah masing-masing saling meluahkan, lantas melayan kehendak hati, cenderung  memberi perasaan dan harapan pada pasangan, dan mudah menerima layanan nafsu. maka cinta Islamik yang diidamkan menjadi cinta yang kronik. tanpa perantara, pabila dua insan saling berhubung walaupun tidak berjumpa, tetapi hati mereka sedikit demi sedikit terhakis dengan dosa sendiri. sukar sebenarnya untuk menjaga hati. cukup sukar, tidak semudah bicara di bibir. dua insan yang berhubung ini kemudian akan melayani perasaan, maka rebahlah masing-masing dipangkuan manja syaitan yang senantiasa menanti peluang untuk merosakkan hati manusia. maka, tidak hairanlah, ada kisah hafiz hafizah yang terlanjur. hati yang dipahat dengan Al-Quran yang mulia pun mampu terhakis dek madu-madu syaitan yang dicalit pada hati mereka, seterusnya mendorong mereka melakukan kehinaan. apatah lagi hati kita yang ampuh dan poros ini. nauzubilllahimin zaalik. semoga Allah s.w.t mengampuni dosa kita semua.

       lembah cinta memang indah. masing-masing seolah berada di syurga abadi, tetapi sebenarnya sedang menempah tiket ke neraka.maka, sahabat-sahabat, usahlah bercinta andai tidak ada maksud untuk menikahi pasangan kalian. usahlah mula menitip kata cinta andai tidak terniat dihati untuk melanjutkannya dengan pernikahan yang suci, yang lebih diredhai Allah s.w.t. usahlah menguis kata manis pada pasangan andai tidak sedia untuk menerima pasangan itu sebagai pasangan abadi  yang kekal ke syurga kelak. ini tips yang mudah. tetapi,gagal difahami segelintir masyarakat. ana pernah hanyut dalam bercinta, tetapi senantiasa ada niat untuk menamatkan dengan pernikahan. tetapi tidak kesampaian kerana hati yang sudah terhakis dengan semaian dosa dan noda, setiap hari setiap detik setiap saat melayani perasaan masing-masing. ini pengajaran bagi ana dan sebagai perkongsian buat sahabat-sahabat. ana ada beberapa pengalaman, dan ana boleh kongsikan andai ada persoalan dari sahabat-sahabat, ana akan memberi solusi terbaik buat mereka yang mengalami permasalah seumpama ini. insyaallah.


  kini, hati ana tekad untuk menjadi satu hati yang hanya mendamba cinta suci insan yang di'reserve'kan oleh Allah s.w.t pada ana. yang lama sudah termaktub di Luh Mahfuz, itupun andai ada suratan itu, kerana kematian itu kita tidak jangka bila. Maha Suci Allah s.w.t Yang Maha Mengetahui akan segala perihal makhluk-makhlukNya. insan yang mungkin kini sedang berdoa setiap kali selepas solatnya untuk ditemukan dengan ana. yang giat berqiammulail mendoakan kesejahteraan ana. yang menangis dalam doanya untuk melayakkan ana menjadi imam sepenuh masanya.subhanallah, sahabat-sahabat jangan cemburu pula ya. ^_^ dan yang penting, andai saatnya tiba nanti, ana akan lebih berhati-hati dalam menitip sinar hati dan memburu bahagia abadi, menurut tuntutan Islam, agama yang syumul, agama yang benar disisi Allah s.w.t, agar impian membina bayt al-muslim tercapai dalam redhaNya. dan agar ana dan bakal zaujah senantiasa thabat di jalan dakwah, insyaallah aminn. wallahu'alam.

p/s : coretan ini merupakan pandangan peribadi ana sahaja. sebarang komentar dan kritikan membina amat-amat diperlukan. ^_^. diskusi yang sihat amat digalakkan.

:: Laa haulawala quwwata illah billahil 'aliyyil 'aziim::
~be a professional for ad-deen : ibnkhayr~


.: warkah cinta buat adik-adik abang:.


salam sejahtera buat adik-adik yang amat abang sayangi,

terlebih dahulu, abang memohon sejuta kemaafan andai warkah ini membuatkan adik-adik abang resah gelisah. mungkin tersinggung, terkesima atau sebaliknya. abang menitip warkah ini kerana ingatan abang pada adik-adik, kerana sayang abang pada adik-adik terlalu tinggi. kerana abang ingin sekali melihat adik-adik abang berjaya dalam hidup, membanggakan kedua ibubapa seterusnya menggapai redha yang tiada bandingannya di dunia ini iaitu redha Allah. redha yang diburu orang-orang beriman, adik-adik.

wahai adik-adikku,
ingatlah, usia mudamu bukan masa untuk kalian bergurau senda, bukan jua masa untuk kalian mengejar dunia. ketahuilah adik-adik, kehidupan dunia hanya sementara, sebentar sahaja persinggahan kita didunia ini. Allah pernah berfirman dalam ayatNya, tiadalah kehidupan didunia ini melainkan hanya senda gurau dan tipu muslihat sahaja. abang tak ingat ayat yang mana, nanti adik-adik cuba buka tafsir Quran dan cari balik ayat ini. kalau abang tersilap, maafkan abang. abang hanya manusia biasa yang bila-bila masa sahaja akan melakukan kesilapan.

adik-adik, saban hari saban waktu, kalian semakin menginjak dewasa. dulu, ketika adik-adik dilahirkan, ketahuilah bahawa wajah ibu dan ayah adik-adiklah yang paling bersinar. ceria. tidak terkata. mereka bangga memiliki adik-adik sebagai anak mereka. ayah dan ibu berbincang untuk meletakkan nama untuk adik-adik. semestinya, nama yang baik-baik. kenapa? sebab ibu dan ayah adik-adik ingin melihat adik-adik membesar dengan baik. membesar dihadapan mata mereka dengan didikan dan asuhan yang teliti. supaya suatu  masa nanti, adik-adik menjadi kebanggaan mereka. adik-adik, sungguh pengorbanan ibu dan ayah tiada galang gantinya. dan ibu dan ayah tidak pernah meminta untuk dibalas segalanya. apa yang mereka mahukan hanyalah sebuah kejayaan dari adik-adik. 

wahai adik-adikku,
abang sangat sedih. abang lihat remaja yang sebaya adik-adik kini semakin rosak. ada yang hisap rokok, yang jadi mat rempit, yang hisap dadah, yang bergaul secara bebas. baru belasan tahun, seusia adik-adik sahaja, tetapi akhlak mereka cukup-cukup mendukacitakan. abang yakin, ibubapa mereka tidak mengharap mereka jadi seperti yang abang sebutkan tadi. adik-adik tahu apa punca mereka jadi begitu?

pengaruh kawan,adik-adik. abang nasihatkan adik-adik, carilah kawan yang baik-baik sahaja. supaya adik-adik ikut akhlak yang baik. yang jahat dan nakal itu, tetap kawan adik-adik tetapi mereka akan bawa adik-adik buat kerja jahat. kalau buat kerja jahat, maka mana tempatnya adik-adik? ya, adik-adik,neraka Allah. kalau adik-adik buat kerja jahat, maka automatik adik-adik dah jadi sahabat sepermainan syaitan. nauzubillahimin zaalik.

abang selalu nampak, remaja yang sebaya adik-adik kini lebih teruk berbanding generasi sebelumnya. mereka seumpama tidak diasuh dengan baik oleh ayah dan ibu, padahal ayah dan ibu dah bagi 'hadiah' terbaik untuk adik-adik sejak dari kecil lagi iaitu cinta dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. maka, apakah balasan yang adik-adik beri pada ayah dan ibu? adakah dengan noda dan dosa adik-adik? sanggupkah?

wahai adik-adikku,
abang tak kisah kalau adik-adik tidak menghormati abang sebagai 'abang' adik-adik. tetapi, hormatilah ayah dan ibu sungguh-sungguh.itu yang paling utama. sebab keberkatan hidup datangnya dari rasa hormat dan restu ayah dan ibu. hargai mereka selagimana mereka masih hidup. balas segala jasa mereka walaupun mereka tidak mengharap dibalas.juga, hormati cikgu-cikgu, kawan-kawan, orang yang lebih tua daripada kita. sebab ini contoh akhlak Nabi kita, adik-adik. Nabi kita, akhlak baginda sangat cantik. indah. suci. semua manusia suka akhlak Nabi. sebab itu dulu Islam,agama kita pernah naik. kita pernah menakluk dunia dengan Islam. tetapi kini, umat Islam semakin lemah dan lalai. siapa lagi yang boleh bangkitkan semangat Islam macam dulu? siapa lagi yang akan menjiwai semangat Sultan Salahuddin Al-Ayyubi? Sultan Muhammad Al-Fateh?

maka, abang yakinkan bahawa, generasi adik-adiklah yang bakal menggegarkan dunia dengan Islam semula. kalau adik-adik main-main, maka mudahlah musuh-musuh Islam takluk hati-hati kita, adik-adik. tinta ini walaupun ringkas sangat, tetapi abang amat berharap adik-adik lebih cakna akan perihal masa depan adik-adik. zaman dulu dan zaman adik-adik tidak akan sama. mehnah dunia di zaman adik-adik lebih kuat dan mencabar. tapi abang yakin, andai adik-adik ambil kata-kata abang di warkah ini, adik-adik akan mempunyai jiwa dan semangat umpama singa kelaparan. yang mahu membaham musuh-musuh Islam sampai lumat. subhanallah, tatkala itu yang berlaku, adik-adik, abang yakin generasi adik-adiklah yang layak digelar generasi yang terasing (Ghuraba'), generasi yang ditunggu seluruh umat Islam.

wahai adik-adikku, 
abang rasa cukuplah sampai disini tinta abang untuk warkah ini. bukah warkah sia-sia tetapi warkah penuh makna. abang luncurkan tulisan abang ini kepada semua adik-adik , tak kira yang abang pernah kenal atau abang tak kenal. adik-adik baca, adik-adik bagi kawan adik-adik baca pula. semoga apa yang abang cuba sampaikan, tersemat dalam jiwa adik-adik ya. salam mahabbah buat adik-adik.

ikhlas dari abangmu,
Muhammad Ubaydullah Khairuddin.

:: Laa haulawala quwwata illah billahil 'aliyyil 'aziim::
~be a professional for ad-deen : ibnkhayr~

Friday, 20 January 2012

.: interpretasi cinta :.

' saya cintakan awak'. 'uhibbuki jiddan'. 'aishiteru'. ' sarangheyo'. kata2 keramat pelbagai bahasa tapi punyai maksud yang sama, yang biasa terlontar dibibir sang kekasih yang sedang hanyut dibawa arus cinta. sungguh deras arus cinta itu sehingga pasangan itu tidak dapat menyelamatkan diri mereka dari terjunam ke lembah kemaksiatan dan dosa. bila 'bukti kecintaan' terlahir, mula menyalahkan cinta. sebab CINTA lah aku jadi begini! sebab CINTA lah hidup aku tidak terurus! sebab CINTA lah aku mula lupa asal-usulku! sebab CINTA lah cintaku pada yang berhak tergadai!. hentikan! kejap2, kenapa salahkan cinta ya? adakah cinta itu benar2 bersalah? adakah anugerah cinta kurniaan Allah s.w.t ini sangat rapuh dan poros bentuknya, sehingga mudah sangat kita menyalahkan cinta bila sesuatu yang buruk terjadi pada kita? sebenarnya cinta itu tidak pernah bersalah. kasihan cinta, sungguh sedih cinta bila kita menyalahkannya, sedangkan cinta tidak minta untuk hadir dalam diri manusia. tetapi cinta itu hadir atas dorongan dan kun fayakun Allah Rabbul 'Alamin. ^_^


'..kenapa kamu kata cinta itu tidak pernah bersalah? kan mereka sudah pun melahirkan 'bukti kecintaan' mereka? sah2 lah sebab CINTA, mereka jadi begitu! sudahlah! aku benci cinta! cinta membawa kerosakan!'. ups, sila hentikan kata2 berbaur hinaan ini ya. kamu tahu cinta itu datang dari siapa? kamu tahu apa maksud cinta yang sebenar2nya?

kita adalah manusia. manusia adalah makhluk Allah s.w.t  sebaik2 ciptaan. khalifatullah diatas muka bumi ini. taklifan mulia Allah s.w.t kepada kita semua. dan kemudian Allah s.w.t campakkan pula hati dan perasaan dalam diri setiap manusia. Allah s.w.t beri akal untuk manusia berfikir hikmah kejadian ciptaanNya. maka apabila telah diberi akal, berfikirlah dan gunakan sebaiknya fungsi akal ini. begitu juga perasaan. perasaan marah,suka, benci ,sayang ,semuanya dari Allah s.w.t. 
perasaan ingin disayangi dan menyayangi juga kurniaan Allah s.w.t. sanggupkah kita mencerca kurniaan Allah s.w.t ini? buka mata,buka minda, lapangkan hati! kita ini makhluk ciptaan Allah s.w.t, tiada hak untuk kita mempersoal dan menghina segala ciptaan dan anugerah Allah s.w.t, Khaliq Maha Mulia kita. 

begitu juga dalam mentafsir cinta. apakah maksud cinta? cinta adalah suatu perasaan yang hadir dari hati yang tulus dan luhur, yang inginkan sebuah kasih sayang yang utuh, suci dan murni. cinta ibarat kain putih bersih yang berbau harum. dihadiahkan Allah s.w.t kepada kita untuk kita hargai cinta itu. untuk kita lakar sebuah lukisan kemudian kita ceriakan dengan warna2 cinta agar ia nampak cantik dan berseri. kita pun pasti suka dan Allah s.w.t juga suka dan gembira kerana kita menghargai dan mensyukuri nikmat cinta ini. alangkah indahnya cinta itu jika didamba hanya pada Yang Satu ^_^ . lihat kembali, kalau kita benci cinta, bagaimana kita nak mencintai Allah s.w.t dan RasulNya? haa. fikir2kan ya. firman Allah s.w.t :

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa2 yang diingini, yaitu : wanita2, anak2, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang2 ternak dan sawah ladang. itulah kesenangan hidup didunia dan disisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga)" (3:14)

salahkah bercinta? adakah cinta itu haram? sebenarnya Allah s.w.t tidak melarang manusia untuk bercinta sekalipun melayani perasaan cinta itu. jika Allah s.w.t melarang bercinta, tidak wujud cinta Adam a.s pada Hawa sejak awal2 penciptaan mereka lagi. tidak wujud kasih sayang Allah s.w.t pada kita. tanpa cinta Allah s.w.t pada makhluk2Nya, hidup kita pasti didalam kemusnahan yang sangat dahsyat. nauzubillah..

namun interpretasi cinta yang sebenar adalah cinta itu boleh dilayani dengan syarat ianya berpaksikan semata2 kerana Allah s.w.t. jika berlaku cinta antara dua insan, jangan menyesal dengan perasaan yang hadir itu malah taburkan rasa syukur dengan anugerah itu. semaikan benih2 cinta itu diatas batas2 syariat yang perlu dijaga dari setiap aspek kendiri. melayari bahtera cinta cukup indah, namun layarkan bahtera itu mengikut haluannya yang sebenar, kerana andai terpesong, maka tenggelamlah bahtera itu. karamlah ia untuk selama2nya. 


buat insan2 yang sedang bercinta, teruskan dengan cinta kalian kerana cinta tidak pernah bersalah. tetapi kita yang menyalahgunakan cinta.  cinta tidak pernah minta untuk hadir dalam diri manusia, tetapi cinta hadir untuk memberi manusia kepuasan berkasih sayang. lebarkan kasih sayang itu lurus dijalanNya, tanda kita mensyukuri nikmat indah ini. buat insan yang sedang bercinta, bataskan segala tindakan susulan kalian. andai benar kalian menyayangi pasangan kalian, pintalah doa kepada Allah s.w.t.
minta pada Allah s.w.t agar dikekalkan rasa cinta itu pada insan pilihan kita, minta pada Allah s.w.t agar kita dihindari dari tipu muslihat iblis dan syaitan yang senantiasa membisikkan,'..buktikan kecintaan kau padanya, serahkan tubuh kau padanya, serahkan segala2nya. apa yang dia pinta buat saja...'. nauzubillah..

jika kita rindu pada insan yang kita suka dan sayang, jangan lepaskan kata2 itu padanya, tetapi luahkan pada Allah s.w.t. didalam doa dan solat kita.
jika kita tidak boleh melupakan dia, doa pada Allah s.w.t agar disatukan hati kita dan dia disuatu masa yang dijanjikan Allah s.w.t. semoga kalian bisa meraih cinta yang suci dan murni menuju bayt al-muslim yang diidamkan.  beruntunglah bagi mereka2 yang menyucikan cinta dan memberi wangian harum padanya, semata2 kerana Allah s.w.t Yang Maha Mencintai. Allahu Akbar, sayangnya Allah s.w.t pada kita ya..

Katakanlah : " jika kamu (benar2) mencintai Allah,ikutilah aku,niscaya Allah mengasihi dan mengampunkan dosa2mu " Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (3:31)


buat insan2 yang belum mengecapi nikmat cinta, jangan khuatir dan jangan merasa diri kalian ketinggalan zaman. '..kau bila nak ada pakwe? alaa..down-to-date la kau..'. bila cercaan ini dilontarkan, pasti timbul rasa ingin mempunyai seseorang dalam hati kan? jangan khuatir bagi yang belum sampai cinta padanya, kerana janji Allah s.w.t itu pasti. telah tertulis di Luh Mahfuz lagi nama pasangan kita. jadi, jangan risau jika tiada yang sudi menjadi teman kalian disaat dan waktu ini. khuatir nanti, jika kalian bercinta, kalian akan mengalami culture-shock dan mula bercinta sakan sehingga tidak ingat siapa yang memberi cinta pada kalian saat kalian memerlukannya. dan bagi yang sudah bercinta, tidak semestinya orang yang dicintainya itu adalah teman kekal hingga kesyurga nanti. sebab itulah disarankan agar kita mendoakan hubungan kita supaya benar2 seperti yang telah termaktub di Luh Mahfuz. Allahu Robbi..

bagi yang bercinta, ingatlah. cinta itu tidak salah. tetapi hindarilah dari menyalahgunakan cinta. ya, cinta disalahguna sebab kita couple. kita declare dan kemudian kita war2kan pada rakan2 kita. dan semua rakan2 kita tahu mengenai percintaan kita. ya, itu yang salah dan tidak boleh. couple tidak sama dengan cinta. cinta adalah perasaan, anugerah Allah s.w.t, tetapi couple itu perbuatan berdua2an yang menyalahi batas2 syara'. jadi, semaikanlah benih2 cinta itu diatas batas yang penuh dengan mineral2 Iman, kemudian siramkan ia dengan titisan doa agar cinta yang tersemai itu menjadi hasil yang cantik disisi Allah Rabbul 'Alamin. inilah interpretasi cinta yang sebenar. wallahu'alam.

p/s : tinta ini merupakan pandangan peribadi penulis berkenaan cinta. moga2 ada manfaatnya buat kita semua. sebarkan cinta pada yang mendamba kasih yang suci hanya keranaNya~ ^_^


:: Laa haulawala quwwata illah billahil 'aliyyil 'aziim ::
~be a professional for ad-deen~

Tuesday, 17 January 2012

.: secebis kasih ibu :.

duhai ibu...
anakmu kini sedang berada jauh..
sedang berjuang di medan ilmu..
meninggalkan ibu bersendirian disana..
apa yang ibu sedang buat ya sekarang?
rindu rasa hati anakmu ini...
terbayang-bayang kelibat ibu didapur sedang mengerah tenaga..
memasak,membasuh, menyapu, menyidai...
itulah rutin harian ibu yang biasa anakmu ini lihat ketika dirumah..
kini, kelibat ibu tidak ada lagi didepan mata, apatah lagi bayang-bayang..

duhai ibu..
rindu rasa hati anakmu ini tidak terkira lagi..
sayu bila mendengar suara ibu di telefon bertanyakan khabar...
tenang bila mendengar ibu memberi kata-kata taujihat untuk anakmu meneruskan perjuangan disini..
saat ibu senyum dan tergelak membuat hati anakmu ini semakin rindu...
sempatkah anakmu ini pulang berjumpa ibu nanti? 
sempatkah anakmu ini pulang dan mencium tangan mulus ibu, mencium pipi dan dahi ibu?

duhai ibu..
teringat saat terakhir sebelum anakmu kesini..
pelukan dan ciuman terakhir dirumah..
sebelum anakmu berangkat dan menaiki bas..
dalam bas , terkenang ibu..
nasi yang ibu bekalkan saja sebagai pengubat rindu saat itu..
menangis dalam hati pun tidak akan merubah apa-apa,ibu..

duhai ibu..
acap kali anakmu ini melihat ibu bekerja..
siang malam masih membanting tulang..
kasihan melihat ibu..
adik-adik lain masih kecil..
tidak boleh lagi membantu ibu..
sedih apabila mengenangkan saat anakmu ini tiada dirumah nanti..
siapa yang akan membantu ibu?
siapa yang akan mendengar rintihan hati ibu?
ibu keseorangan disana..
kalau ibu sedih, ibu akan sedih berseorangan..
tiada siapa menemanimu ibu..
anakmu ini sedia apa sahaja untukmu,ibu..
anakmu ini anak yang taat segala kata-kata ibu..
anakmu ini ingin menjadi anak yang soleh solehah,ibu..
percayalah..
percayalah ibu..

duhai ibu..
perjuangan anakmu disini belum selesai..
anakmu tidak boleh pulang selagi harapan ibu tidak lagi terlaksana..
anakmu ini berjanji akan menggenggam teguh sebuah kejayaan..
anakmu ini berjanji akan membanggakan ibu suatu masa nanti..
doakan kejayaan untuk anakmu ini,ibu..
biarlah ibu menangis dengan kejayaan anakmu ini..
jangan ibu menangis dek dosa dan kesilapan anakmu..
kerana tangisan dosa bisa menghumban anakmu ini ke neraka Jahannam..

duhai ibu..
andai satu masa anakmu ini sudah berjaya menjadi manusia berguna..
akan anakmu balas segala titik peluh dan jasa ibu..
walaupun tidak akan pernah sama dengan getirnya saat ibu melahirkan anakmu ini dulu..
walaupun saat itu ibu sedang bertarung nyawa..
semata-mata untuk melahirkan anakmu ini..
jika ibu kejam, anakmu ini tidak akan wujud didunia..
namun, ibu sungguh mulia..
saat anakmu ini lahir merupakan saat paling menggembirakan ibu..
tidak seharusnya anakmu ini membalas kemuliaan ibu dengan kehinaan sikap dan akhlak anakmu..
tidak seharusnya anakmu ini membalas jasa-jasa ibu selama ini 
dengan hanya bersikap acuh tak acuh pada ibu..
hampir 20 tahun ibu menjaga dan mendidik..
anakmu ini berjanji akan membalas segalanya..
segalanya..ibu..


duhai ibu..
warkah ini sebagai penyejuk hati anakmu ini..
kadang anakmu ini nakal..
bila ibu minta buat sesuatu, mula bagi alasan..
minta maaf ibu..
bila ibu menasihati, mula buat muka dan mengeluh..
minta maaf ibu..
bila ibu marah, kata ibu benci dan tak sayang..
minta maaf ibu..minta maaf ibu..

ibuku sayang..
anakmu ini sayang akan ibu..
kerana ibu begitu mulia..
hingga saatnya nanti anakmu ini pulang..
terubat rindu pada ibu..
Ya Allah Ya Tuhanku..
ampunkanlah segala dosa-dosaku, dosa kedua ibubapaku, dan sayangi 
mereka sebagaimana mereka menyayangi aku sewaktu aku masih kecil..aminn..


tunggu ibu..
anakmu ini akan pulang nanti..
tunggu..


* dedikasi buat ibu tercinta.. ^_^

Nik Latifah binti Nik Wajis



:: Laa haulawala quwwata illah billahil 'aliyyil 'aziim ::
~ be a professional for ad-deen ~

Saturday, 10 December 2011

Labels