Saturday, 10 December 2011

Friday, 9 December 2011

.: seraut wajah ibu :.

saat itu, kedengaran tangis esak seorang bayi yang baru sahaja menjenguk dunia luar. ya, pertama kali melihat dunia namun tidak mengerti apa2. esakan bayi tersebut disambut girang oleh ayah yang tabah menanti disisi saat si ibu bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat pertama mereka . azan dibisikkan di halwa telinga anak kecil itu. tanggal 18 Januari 1991, jam 6.30 pagi, telah lahir seorang anak yang kini telah menjadi seorang pelajar sebuah IPT. 20 tahun telah berlalu namun peristiwa itu seringkali bermain difikiran, betapa ibu ketika itu bertarung nyawa  , 50-50 antara hidup dan mati. jerih peritnya ibu saat melahirkan anak tidak dapat diselami sepenuhnya oleh anak itu.terlalu perit namun tidak akan dapat dirasa. never. tika ibu bercerita kembali peristiwa itu, sekadar bayangan fikiran melakonkan semula saat getir itu.

alhamdulillah, menurut ibu, ketika melahirkannya begitu mudah dan dipermudahkan segala urusan kelahiran. anak pertama menjadi saat paling menggembirakan buat pasangan suami isteri yang baru sahaja diijabkabulkan, ya, anak itu dilahirkan setahun selepas ibu dan ayah bernikah. pakcik saudara yang ada menemani ayah ketika itu begitu berminat melihat bayi tersebut, katanya ," ..anak ini bakal menjadi seorang yang pandai..".. flashback story oleh ibu membuatkan anak itu yang kini sudah berusia 20 tahun tertanya2 dan kehairanan, mengapa pakcik saudara berkata sedemikian. namun, ibu hanya mendiam seribu bahasa dan dari anak mata ibu seolah2 memberitahu anak itu supaya senantiasa mencari jawapan untuk soalan yang telah diluahkan tadi.

kini, anak itu masih mencari jawapan walaupun melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka di negara ini. senantiasa mencari jawapan, tidak siapa tahu sampai bila termasuk anak itu. dia tahu ibunya sentiasa mengharapkan yang terbaik dari anak itu. jadi contoh buat adik2 yang masih kecil dirumah. amanah itu sungguh berat saat terpikul dibahu pertama kali menjejak kaki ke sekolah rendah. misi menjadi role-model untuk adik2 telah bermula saat itu. walaupun baru berusia 7 tahun. menggalas tugas sebagai anak sulung tidak mudah biarpun pernah menjadi anak yang paling diraikan 20 tahun dahulu. titik tolak perubahan adik2 bergantung sepenuhnya kepada anak sulung, iaitu anak itu. jika baik dicontohkan kepada mereka, maka baiklah jua kehidupan mereka seluruhnya. 

anak itu jarang pulang ke rumah, katanya sibuk dengan pelbagai program dan aktiviti. ibu selalu call sekali setiap minggu bertanya khabar. saat terdengar suara ibu cukup membuatkan hati kecil anak itu terdetik rasa rindu membuak2. rindu untuk balik dan bertemu ibu dan ayah dirumah. rindu untuk mencium tangan dan dahi ibu. ibu yang pernah menjaga anak itu penuh prihatin, mengajar erti hidup sebagai seorang Muslim, benih2 agama telah banyak disemai oleh ibu dan ayah, mengharapkan anak itu serta adik2 yang lain dapat membawa agama sentiasa dihadapan. .pernah ibu dan ayah berpesan,".. jangan sesekali tinggal dakwah..". mesej penting ini digarap erat dan disemat dihati anak itu sentiasa. perjalanan dakwah anak itu masih jauh, perlu mujahadah yang cukup tinggi. mehnah dunia semakin garang mengancam diri,tersilap jerat buruk padahnya. sebelum masuk sekolah rendah lagi ibu dan ayah menekankan supaya anak2 mereka mengkhatamkan dahulu membaca 30 juzuk Al-Quran, alhamdulillah, 6 adik kepada anak itu berjaya mengkhatamkan dengan baik dan lancar. 

kisah ini masih panjang untuk dikisahkan semuanya disini. cukuplah sekadar tinta ini terhenti. kisah ini merupakan rentetan kisah benar penulis berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui sebelum ini.'ibu' dan 'ayah' yang diceritakan diatas dipanggil abi dan umi dirumah yang sebenar. liku2 hidup selama 20 tahun yang telah ditempuhi sebelum ini sebenarnya baru menjadi fasa awal kehidupan. fasa awal bermakna masih jauh perjalanan yang perlu diterobosi. selagi detik ajal belum menjemput diri.wallahu'alam~


:: Laa haulawala quuwataillah billahil 'aliyyil 'aziim ::
~ be a professional for ad-deen~

Thursday, 8 December 2011

.: lelaki dan ego :.

assalamualaikum sahabat2 ana yang dirahmati Allah s.w.t =) insyaallah, entri ana kali ini berkisar perihal lelaki dan ego, sinonimnya dua kata ini seumpama aur dan tebing. sahabat2 muslimin dan muslimat boleh baca untuk mengetahui serba sedikit siapa lelaki sebenarnya dan perkaitan sikap egois dengan lelaki. ana sebagai mewakili seluruh lelaki sedunia akan memecahkan rahsia kaum kami di wadah blog ini. semoga dengan perkongsian ilmu ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya dan peringatan serta pengajaran yang ditulis disini adalah buat pedoman bersama,insyaallah =)

lelaki dan ego. dua perkataan ini cukup2 ber'kawan rapat' sejak azali lagi. dikurniakan sifat ego ini untuk menunjukkan kekuasaan lelaki dan autoritinya dalam apa2 perkara berbanding wanita. Allah s.w.t didalam firmannya ada menyebut tentang keutamaan dan kelebihan yang telah dikurniakanNya kepada kaum lelaki. bercakap tentang lelaki dan ego secara jujurnya, sifat ego ini cenderung untuk berubah menjadi sombong, bongkak, takabbur, hairan diri dan sebagainya, semoga dijauhkan dari sifat2 yang dicela Allah s.w.t itu.aminn. lelaki, fitrahnya cukup berbeza dengan perempuan. lelaki dijadikan oleh Allah s.w.t sebagai pemimpin sebuah institusi kekeluargaan, contohnya suami ketua kepada isteri, bapa ketua kepada keluarga, juga jika kita lihat dimana2 sektor pekerjaan pun pastinya lelaki mengetuai sesebuah organisasi. autoriti seorang lelaki terlalu diutamakan dalam setiap aspek, namun dewasa ini kaum hawa mula mengorak langkah untuk menjadi setaraf lelaki. jika lelaki mampu bersaing dalam cabaran bergelar Imam Muda dalam program realiti TV, perempuan juga mengikut jejak yang seakan serupa, nak juga jadi imamah muda dalam program realiti TV Ustazah Pilihan. tengoklah, perlaksanaan program khas pencarian imamah muda ini dikecam hebat oleh kebanyakan pihak yang merasakan ketidakwajaran perlaksanaan program seumpama ini terutama buat golongan wanita bergelar Muslimah.

pantang dicabar! ya, lelaki tidak mudah dicabar. pantang dicabar,pasti menyahut. pantang dikalahkan, pasti melenting. jarang ada yang mudah menyerah kalah atau pasrah begitu sahaja. itu lelaki. semakin dicabar, semakin tinggi egonya. kadang egonya meninggi menjulang langit tinggi, namun mereka tidak sedar sampai bila ego itu akan melangit, kerana suatu masa dari langit menjunam jatuh ke bumi jua akhirnya. pernah ana bertanya pada beberapa orang muslimat sebelum ini tentang lelaki dan ego, tujuan ingin mendapatkan jawapan yang mewakili seluruh kaum hawa seluruh dunia, dan tahukah sahabat2 apakah jawapan mereka? tanyalah sendiri sahabat2 muslimat kalian, kerana itulah jua jawapan yang telah dilontarkan mereka pada ana. =)

jika disoal bab cinta dan kekeluargaan, lelaki cenderung untuk tidak serius dalam melayari bahtera cinta itu. hanya sebilangan kecil sahaja yang cukup prihatin dan mengambil berat perihal membina 'masjid' idaman hati. sebilangan besar lagi lebih suka bermain2, berfoya2 dan langsung tidak mengambil kisah jika mereka sudah melakukan sesuatu kepada seseorang perempuan. maka hasilnya,lahirlah beribu2 anak luar nikah setiap minit seluruh dunia hasil percintaan palsu lagi memalsukan sang lelaki kepada si perempuan itu. hilang rasa tanggungjawab si lelaki saat itu sedangkan ketika enak bercintan-cintun bukan main manis bicara yang dituturkan. si perempuan pula tertarik dan merasakan lelaki dayus itu lelaki sejati, pijak semut pun tak mati. begitulah hakikatnya. lain pula dengan golongan lelaki yang benar2 sejati, mereka cenderung untuk mendirikan rumahtangga sesegera mungkin bagi mengelakkan fitnah dan maksiat berpanjangan saat mereka bercinta. namun cuping telinga ini pernah mendengar keluhan seorang perempuan," ..hmm..susah dah nak cari lelaki baik sekarang..". ana cuma dapat mengiyakan secara senyap dalam hati. benar katanya, ana sebagai lelaki lebih memahami apa yang diperkatakannya, lelaki baik yang betul2 baik sukar dicari zaman ini.

lelaki juga dikaitkan dengan sikap pemarah dan  tegas yang tinggi. bagi lelaki pemarah atau jenis yang panas baran, ini akan merumitkan institusi kekeluargaan setelah berkahwin kelak. tiap2 hari akan terdengar jerit laung suami isteri bertelingkah sesama sendiri, sehingga ditahap paling ditakuti serta dibenci Allah s.w.t," ..aku ceraikan kau dengan talak tiga!",. nauzubillah. biasanya kata cerai sangat mudah terungkap dibibir sang lelaki. kerana sikap dan tindakan seorang lelaki banyak dipengaruhi oleh emosi. jika perempuan bermain dengan emosi terutamanya ketika menonton filem hindustan dan korea, lebih2 emosi adalah golongan lelaki. mereka lebih mudah mengikut emosi, maka tidak hairanlah berlaku cerai antara suami isteri, lahir anak luar nikah, rogol, bunuh dan sebagainya. lazim sangat kita dengar kes2 jenayah yang melibatkan kaum lelaki kan? maka, benarlah lelaki lebih beremosi berbanding perempuan. sikap tegas yang tinggi bagi ana sangat bagus ada pada diri seorang lelaki, paling tidak lelaki yang tegas boleh menghindarkan dirinya dari kancah kemaksiatan dan dosa. tegas dalam mendidik anak2 supaya anak2 menjadi manusia. ini sikap yang perlu ada pada setiap lelaki., berbanding lelaki yang dayus, mendidik anak pun tak mampu maka tengoklah hasilnya, anak2 merempit dan jadi penjenayah.

maka dimana pula timbulnya ego ini? ya, ego tetap ada dalam diri seorang lelaki. seupaya mana dia cuba untuk membuang sifat egonya, tetap tidak akan berjaya melakukannya. biarlah ego itu menjadi rendah serendahnya, maka dengan itu terhindarlah diri dari sifat2 yang mengundang kemurkaan Allah s.w.t yang telah ana sebutkan diperenggan pertama entri ini. lelaki yang berdaya merendahkan egonya adalah seorang lelaki yang hebat. jiwanya cukup kental. lelaki yang mampu mengawal frekuensi egonya disaat martabatnya sedang goyah adalah seorang lelaki yang penyabar dan tabah, tidak hairanlah jika ramai orang sekeliling sangat menyenanginya. ada dia, orang senang. tiada dia, orang akan tertanya2 keresahan. lelaki dan ego tetap akan ber'sahabat baik' buat selama2nya. jika ingin diceritakan keperihalan lelaki cukup banyak dan meluas, namun biarlah setakat itu sahaja tinta ini menitip kata. insyaallah, ana akan membongkar lagi rahsia seorang lelaki dilain masa. wallahu'alam~akhir kalam,sama2lah kita renungi firman Allah s.w.t ini :

 "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka. (Surah an-Nisa': 34)

:: Laa haulawala quuwataillah billahil 'aliyyil 'aziim ::
~ be a professional for ad-deen~

Wednesday, 7 December 2011

...aktifkan dirimu...

assalamualaikum buat sahabat2 ana yang dirahmati Allah s.w.t sekalian =) alhamdulillah, setelah hampir beberapa bulan blog ini menyepi dari pengarangnya, kini ana kembali untuk meneruskan legasi dakwah di medan IT ini. atas kekangan masa yang merantai diri sebelum ini membuatkan ana sukar untuk mencari detik dan waktu yang sesuai untuk menguis tinta. biasalah, tanggungjawab hakiki sebagai student IPT memang tidak boleh lari dari lambakan assignments yang sememangnya jadi rutin dan 'santapan' student IPT, ditambah pula dengan tugas2 sampingan sebagai exco beberapa persatuan pelajar disini. ramai sahabat2 bertanya pada ana, bagaimana ana menguruskan masa belajar ana dan membahagikan masa belajar dengan masa berpersatuan?. jujurnya, ana bukanlah dari golongan yang arif menguruskan masa dengan baik, dan bukan jua dari golongan 'cerdik pandai' seperti sahabat2 yang sedang membaca blog ana ini =) sekadarnya ana boleh memberi tips2 pengurusan masa yang ana sendiri amalkan. 

pengurusan masa sememangnya amat2 penting buat pelajar terutamanya yang bergelar pelajar universiti. memang ana cukup aktif berpersatuan,tapi ini bukanlah fokus utama berada di universiti ini. untuk pembahagian masa yang efektif, pertamanya perlu dikenalpasti yang mana satu keperluan dan mana satu kehendak. keperluan pula terbahagi kepada dua ; keperluan utama atau keperluan sampingan. manakala kehendak pula bergantung kepada situasi kita disaat itu. keperluan utama merujuk kepada objektif atau fokus utama kita berada di universiti iaitu amanat kedua ibubapa kita sebelum kita mendaftar sesi pengajian iaitu, " ...belajar sungguh2 nak, make us proud of you yaa~...".  perkara ini perlu dikenalpasti sebagai keperluan utama berbanding dengan perkara2 lain. keperluan sampingan pula seperti melibatkan diri dengan aktiviti berpersatuan, aktiviti2 anjuran fakulti serta universiti dan sebagainya. ini kerana, dengan penglibatan secara aktif dalam aktiviti2 seperti ini sebenarnya sangat2 membantu kita meluaskan empayar skill halus kita (soft skills)  dalam menghadapi mehnah saat kita sudah berkerjaya kelak. tambahan, usai kita menamatkan tempoh pengajian nanti, salah satu transkrip yang akan kita terima adalah transkrip penglibatan kita dengan aktiviti2 universiti sepanjang pengajian di universiti ini ,selain transkrip akademik dan koko.

ana pernah bertanya kepada seorang junior tahun satu ketika dia baru mendaftar ke USIM, pendapatnya mengenai penglibatan dengan aktiviti berpersatuan dan akademik. beliau menyatakan rasa takutnya untuk melibatkan diri dengan aktiviti2 berpersatuan disamping belajar, khuatir pelajaran merosot kalau libatkan diri. ana tidak menafikan perkara ini kerana berdasarkan dari pengamatan ana sebelum ini memang terdapat ketidakseimbangan prestasi diantara kedua2 nya. ada pelajar yang cukup pandai, selalu dapat DL (Dean List) tiap semester tapi kurang diserap dengan elemen2 kemahiran insaniah. saat diminta bercakap dihadapan khalayak untuk berkongsi tips belajar efektif, dia kekok mengemudi bicara lantas menjatuhkan reputasinya sebagai 'educated student'. ada pula pelajar yang cukup aktif berpersatuan tapi kurang dari segi prestasi akademiknya. perkara ini sangat biasa terjadi kepada pelajar2 yang tidak dapat menyeimbangkan akademik dan persatuan. tapi ini bukanlah faktor penghalang untuk melibatkan diri secara aktif dalam kedua2nya sebaliknya menjadi cabaran dan daya penolak buat diri untuk terus memajukan diri kehadapan.

buat pelajar yang pandai mengurus masa dengan baik dan berjaya menyeimbangkan kedua2nya, purata pencapaian kedua2 biasanya cukup seimbang. dari segi akademik, pointer paling kurang 3.0 keatas,  dan dari segi persatuan pula konsisten dengan prestasi berpersatuan. buat masa sekarang, inilah target ana ; ingin menjadi pelajar yang seimbang serta wasatiyyah dari setiap aspek. semoga Allah s.w.t mempermudahkan segala urusan ana juga sahabat2 dalam merancang plan masa depan. buat pelajar2 yang seimbang biasanya mereka tidak akan mencampur adukkan hal pelajaran dan berpersatuan. ini salah satu tips yang ana ingin kongsi =) ketika berpersatuan, tinggal sebentar hal pelajaran. maksud 'sebentar' jelas menunjukkan masa dan waktu yang tidak lama,sekadarnya untuk memberi laluan kepada aktiviti berpersatuan. ketika pelajaran pula, lazimnya waktu kuliah seeloknya jangan diganggu kerana ini adalah masa kita belajar. kadang ana cukup pantang jika ada aktiviti2 yang dijalankan ketika waktu kuliah, tambah2 jika aktiviti itu cukup menarik dan kadang membuatkan diri ini tidak tenteram dalam kelas. jika kita terlibat menjadi urusetia mana2 program yang mana programnya dijalankan ketika waktu kuliah, itu adalah atas sukarela sahabat2 dan perlulah disertakan surat pengecualian bagi membuktikan penglibatan kita berbanding meninggalkan kuliah tanpa khabar, silap haribulan lecturer akan mengandaikan kita sengaja ponteng kuliah! nauzubillah~

jadi,aktifkan diri sahabat2 sementara masih terbuka peluang ini. tempoh pengajian di universiti ini tidaklah begitu lama sekitar 4-5 tahun atau sahabat2 sanggup memanjangkan tempoh pengajian sehingga 10 tahun?silakan~ =) cuma, ana ingin menyatakan bahawa pelajar yang aktif berpersatuan dan mempunyai prestasi akademik yang baik lebih diperlukan dalam pemasaran kerjaya kelak berbanding pelajar2 yang hanya aktif salah satu daripadanya. jika baik akademik, kurang dari berpersatuan, hantar ke kemana2 pun kita tidak boleh maju kerana soft skillls kita tidak diperluaskan dengan baik. manakala bagi yang baik berpersatuan, kurang akademik pula masih ada peluang  untuk dia memajukan diri dengan melibatkan diri dengan bidang2 yang tidak menekankan sangat unsur akademik tinggi seperti mekanikal, teknikal, bisnes burger, bisnes tauhu bakar dan sebagainya. sekadar itu sahaja tinta ana kali ini. wallahu'alam~


:: Laa haulawala quuwataillah billahil 'aliyyil 'aziim ::
~be a professional for ad-deen~

Tuesday, 29 November 2011

auratmu...seksaanmu,seksaanku jua...

..seringkali aku terlihat aksi2 dan gaya2 'ngeri' muslimat di fb & di alam realiti. kadang kawan sendiri pun begitu. bagaimana harus aku tegur mereka sedangkan cakna mereka dialam maya tidak memberi kesan dihati, tidak memberi impak dijiwa mereka.biarpun ditayang video2 pengajaran. aku lebih mudah untuk tegur mereka berdepan,supaya mereka tertunduk & terkesan nurani mereka dengan teguran muslimin sepertiku.namun,aku khuatir akan ujian yang kan kutempuhi kelak. aku bimbang jika aku terlalu tegas dalam bab aurat kaum hawa, auratku pula tidak dapat terjaga dengan sempurna. biarpun batas auratku tidaklah seluas batas aurat kaum hawa. niatku murni, aku tidak ingin melihat srikandi2 Islam,bakal pesaing bidadari2 syurga ini rosak.aku tidak ingin melihat bunga2 yg sedang mekar dengan kuntuman yang indah ini lama kelamaan layu & terus me layu sehingga menyentuh bumi... 

..puteriku..kamu mengetahui akan hukum-hakam serta batas penjagaan auratmu, tetapi mengapa tidak kamu menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari? kamu mengetahui tapi tidak mengamalkannya..mengapa?

..puteriku..aku ingin sekali melihat kamu subur dengan benih2 Iman dihati, cakna kamu pada ajaran Islam agar hidup kamu lebih dirahmati Allah s.w.t...aku ingin sekali melihat kamu mampu tersenyum disebalik hijabmu & pakaianmu yang sempurna melitupi segenap ruang auratmu. jujur kukatakan, kamu lebih cantik, lebih indah begitu. aku akan bangga punyai kamu sebagai teman hidupku jika benar kamu untukku.

..puteriku..kamu kuibaratkan seperti bunga2 yang sedang mekar di sebuah taman yang indah. bunga2 yang cantik & mekar ini akan mengindahkan lagi fatamorgana ciptaan Allah s.w.t ini...kumbang2 perwira Islam pasti mengimpikan bunga2 seperti kamu..tetapi, andai kamu tidak dapat menjaga auratmu dengan sempurna, kamu kuibaratkan seperti bunga yang layu & busuk..tidak akan ada serangga mahupun kumbang yang akan sanggup mendekatimu...percayalah..

puteriku..kata2 ini ikhlas dari hati seorang yang bernama Adam. seorang Adam yang sangat menyayangi Hawanya. jika kamu sedar & cuba untuk berubah,teruskan niatmu puteriku..kamu menuju kebaikan,teruskan..tapi jangan kamu berjalan seorang diri, ajaklah rakan2 kamu yang lain yang masih terlupa, dan berjalanlah bersama menuju ke sebuah mahligai indah impian semua muslimah sejati di dunia ini..

ikhlas kukatakan, sebagai seorang Adam..aku tidak akan sesekali menjadikan bunga2 layu sebagai teman hidupku, aku tidak akan memilih Hawa yang tidak pandai menjaga aurat, tidak pandai menjaga batas pergaulan sebagai peneman hidup di syurga nanti, biarpun kamu cantik & bisa membuatkan hati kaum Adam merana.. sesekali tidak,puteriku..percayalah,ini kata2 dari seluruh kaum Adam..ikhlas dari tafsiran segumpal darah bernama hati..

ingatlah puteriku..auratmu..adalah seksaanmu di akhirat..namun,seksaanku jua kerna melihat...semoga diberikan kekuatan untuk kamu berubah..kudoakan agar kamu bisa menjadi seorang muslimah sejati, srikandi Islam yang suci, & ketua bidadari di syurga nanti.. =) aku sayang padamu..

tinta ini khas buat semua yang bergelar wanita....    

:: Laa haulawala quuwataillah billahil 'aliyyil 'aziim ::
~be a professional for ad-deen~

Sunday, 21 August 2011

Ramadhan Kareem bakal berakhir~

Ramadhan Kareem bakal berakhir sedikit masa lagi,namun keriangan sudah terpancar diwajah2 umat Islam yang lebih mendambakan kehadiran Syawal berbanding pemergian Ramadhan. sahabat2,sayu rasa hati tatkala telah masuk fatrah terakhir Ramadhan kali ini,cepat sungguh rasanya kerana seperti baru semalam masuk 1 Ramadhan. lebih menyedihkan disaat Ramadhan berakhir ini lagi2 telah masuk 10 malam terakhir , masjid n surau semakin lengang. kemanakah mereka semua yang sebelum ini memenuhkan ruangan saf ? adakah ramainya jemaah terawih sekadar di awal Ramadhan sahaja? apakah tafsiran sebenar mereka2 ini kepada perkataan ' Ramadhan ' ? sudah cukup layakkah mereka untuk bergelar graduan cemerlang keluaran akademi Ramadhan jika 'semester 3' ini yakni fasa terakhir Ramadhan gagal?



akademi Ramadhan adalah pusat tarbiyyah terbaik buat diri kita semua n objektifnya adalah untuk melahirkan graduan2 yang cemerlang ketika konvokesyen pada 1 Syawal nanti. 1 semester mempunyai 10 hari,namun kita telah melepasi 2 semester n kini masuk semester terakhir di akademi Ramadhan dimana ketika semester 3 inilah kita perlu pulun melipatgandakan amalan2 sepertimana junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w melipatgandakan amalan Baginda ketika masuk 10 malam terakhir Ramadhan. walaupun Baginda Nabi tidak punyai dosa n ma'sum namun Baginda tetap melaksanakan ibadat2 malam, berqiamullail, memperbanyak bacaan Al-Quran serta memperhebat sedekah jariah menjelang pengakhiran Ramadhan. namun, perkara seperti inilah yang jauh ditinggalkan oleh umat Islam kini. mereka tidak nampak natijah dari tarbiyyah Ramadhan apatah lagi kesan ibadat di bulan Ramadhan di hati mereka.

10 malam terakhir lazim dikaitkan dengan satu malam yang telah Allah s.w.t muliakan n  lebih baik dari seribu bulan iaitu Lailatul Qadr. ketibaan malam ini menjadi buruan ketika zaman para sahabat Nabi s.a.w. n kini menjadi buruan n penantian bagi orang2 yang beriman yang menyedari keberkatan malam Qadr ini. beberapa petanda Lailatul Qadr telah disebutkan dalam banyak riwayat hadis yang ana rasa sahabat2 pun sedia maklum. namun sejauh manakah pemahaman kita tentang keberkatan serta kelebihan beribadat pada Lailatul Qadr? sehinggakan pada 10 malam terakhir inilah kita sibuk untuk memenuhi ruangan 'saf ' di kaunter2 bayaran untuk membayar baju2 raya yang dibeli. nampak sangat tazkirah2 Ramadhan diantara terawih tidak memberi apa2 input buat golongan seperti ini. pengisian Ramadhan hanya sebagai adat orang berpuasa. orang puasa,kita pun puasalah, begitu pula gamaknya masyarakat Melayu sekarang.

memetik kata2 seorang ustaz ketika kuliah subuh di Masjid Al-Hidayah,Kuantan pagi 22 Ramadhan, kebanyakan umat Islam berpuasa secara adat sahaja bukan pada syariat kewajipan berpuasa dalam Islam. maksud ana disini,rata2 umat Islam berpuasa sekadar menahan diri dari makan n minum sahaja namun tetap berbuat dosa serta menambahkan dosa. pertingkat amal langsung tidak ada malah sama dengan bulan2 yang lain bezanya cuma tidak makan n minum. beginikah maksud puasa yang sebenar? dalam erti kata syariat berpuasa seharusnya penahanan nafsu itu seiring dengan pemantapan jiwa seseorang muslim itu  iaitu memperbanyak amalan2 sunat seperti membaca Al-Quran, bangun Qiam, sedekah jariah, memberi orang yang berpuasa berbuka n sebagainya. barulah Ramadhan itu sendiri terisi dengan pengisian2 yang ruhaniyyah n penghayatan pada Ramadhan akan menjadi lebih bermakna n sesuailah bilamana kita mengatakan, ' semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelum ini..' .



jaminan bertemu Ramadhan pada tahun hadapan hanya Allah s.w.t mengetahui. kita tidak boleh mengharap n meyakini bahawa kita akan bertemu Ramadhan lagi tahun depan kerana ajal maut ketentuan Allah s.w.t sebab itulah kita seharusnya menambahkan amal ibadat kita seolah2 inilah Ramadhan terakhir dalam hidup kita. keberkatan bulan Ramadhan sentiasa dinanti2 oleh umat Islam namun disaat perginya Ramadhan,sambutan kepada Syawal lebih mencengkam jiwa2 umat Islam kerana merasa seronoknya menyambut Aidilfitri berbanding pemergian Ramadhan yang entah sempat atau tidak bertemu Ramadhan akan datang. natijah Ramadhan kali ini sepatutnya lebih memberi kesan pada hati2 kita biarpun nama Ramadhan setiap tahun akan berputar kembali . seperti ungkapan ana ketika memberi tazkirah Ramadhan di Masjid Pekan Labu baru2 ini, 'nama yang sama,Ramadhan, namun natijah atau kesan yang berbeza n kalau boleh Ramadhan kali ini lebih hebat lagi kesannya berbanding Ramadhan lepas..'.




sesungguhnya,kedatangan Ramadhan dinanti namun pemergiannya perlu ditangisi kerana tiada jaminan kita akan bertemu Ramadhan akan datang. sambutlah Aidilfitri mengikut syariat n tidak melepasi batas2 syarak ketika menyambut hari raya ini. 1 Syawal merupakan hari kesyukuran kita setelah berpuasa selama 30 hari jadi ucapkan kata syukur kepada Allah s.w.t sebanyak2nya n laungkan takbir sebanyak2nya ketika hari raya ini. Allah s.w.t telah mengurniakan 1 Syawal sebagai hari mensyukuri n melafazkan takbir n tahmid kepadaNya tanda syukur telah selesai melaksanakan ibadat puasa yang merupakan salah satu tunjang rukun Islam. semoga puasa kita di bulan Ramadhan ini diterima Allah s.w.t ditambah pula dengan value-added amalan2 sunat kita,insyaallah. wallahu'alam~

:: Laa haulawala quuwataillah billahil 'aliyyil 'aziim ::
~be a professional for ad-deen~

.: jiwa qanaah mulia disisi Allah :.

assalamualaikum sahabat2 yang dikasihi Allah s.w.t sekalian. insyaallah,entry ana kali ini lebih memfokuskan kepada satu sifat yang mulia disisi Allah s.w.t iaitu sifat qanaah. mungkin ada diantara sahabat2 yang sudah mengetahui erti sebenar qanaah n ana yakin ada juga yang tidak tahu apa itu qanaah sebenarnya. insyaallah ana akan terangkan erti qanaah buat perkongsian kita bersama ^_^ 

Sahabat2 mungkin pernah membanding2kan diri sahabat2 dengan orang lain kan? seperti contoh, " ...dia ada keta,bleh laa p kelas even bangun lewat pon..aku ni takda transport terpaksa p kelas jalan kaki ja.." , "...wah,baju dia jenama adidas tuu..aku xpenah ada jenama tu,ada pon kiko ja.." . ini adalah antara contoh membanding2kan diri. jika sahabat2 pernah begini,lebih baik berhenti kerana perkara seperti ini boleh meletihkan jiwa kita. ana terbaca artikel dalam majalah Solusi tulisan Fatimah Syarha ada menyatakan didalam urusan dunia,jika kita berkasut,pandanglah orang yang berselipar. jika kita berselipar,pandanglah orang yang berkaki ayam. ini dapat memupuk jiwa kita untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki n dengan apa yang Allah s.w.t telah kurniakan kepada kita. manakala dalam urusan akhirat pula,sentiasalah memandang kepada golongan ulama kerana dengan itu kita akan merasa tidak puas selagi mana banyak ilmu yang masih belum kita kuasai n untuk menjadi lebih baik.

melebarkan lagi diskusi ini,ana belum mentakrifkan lagi erti sebenar qanaah kan? ana tidak akan menyatakan secara terus kerana ana akan cuba menerangkan secara details n dari situ sahabat2 akan menkonklusikan sendiri erti qanaah yang sebenar. untuk memiliki jiwa qanaah ini,seseorang itu perlulah menjalani proses menekuni n meneliti segala dialog hati. jiwa qanaah memerlukan mujahadah yang tinggi juga. bila menerima apa2 kenikmatan,bersyukurlah n lafazkan kata2 pujian kepada Allah s.w.t diatas setiap apa yang dikurniakan olehNya kepada kita semua kerana ini akan meleburkan sifat ego n sombong yang ada dalam diri kita. kadang2 bila kita mencapai kenikmatan diatas usaha titik peluh kita,mulalah kata2 dusta keluar dari bibir2 angkuh yang menyatakan "...semua ini adalah atas usaha aku sendiri..", tanpa kita sedari bahawasanya kita telah mensyirikkan Allah s.w.t dengan usaha yang telah kita buat. kita langsung memaling tadahkan Allah s.w.t n tidak sedar yang segala yan berlaku adalah diatas keizinan n mampunya Allah s.w.t terhadap segala sesuatu. justeru, sentiasalah menyebut Alhamdulillah n Laa haulawala quuwataillah billahil 'aliyyil 'aziim tanda kita yakin n bersyukur yang kita tidak mampu berbuat apa2 melainkan atas keizinan n mampunya Allah s.w.t melebihi segalanya diatas muka bumi ini. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : " segala puji bagi Allah yang memelihara apa yang ada dilangit n apa yang ada dibumi n bagiNya pula segala puji di akhirat. Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui " (surah Saba' 34 : 1)


menyingkap hikmah memiliki jiwa qanaah ini, orang yang tidak pernah merasa cukup dengan apa yang dia miliki didunia ini akan sentiasa resah memikirkan nasib diri. kesannya, mereka akan merintih n menyesali, membanding2kan diri dengan orang lain sehingga menjadi terlalu merendah diri n seterusnya hilang keyakinan untuk berhadapan dengan masyarakat sekeliling n mungkin menjadi seorang pendengki. Allah s.w.t menganugerahkan sifat "arif" kepada orang yang berjiwa qanaah yakni dapat memandang serta menyingkap apa yang tersirat disebalik sesuatu kejadian,keadaan atau masalah. ini dapat mengukuhkan serta mendekatkan diri mereka dengan Allah s.w.t kerana orang2 seperti ini dapat menklasifikasikan sesuatu situasi n seterusnya meng'relate'kan terus kepada kekuasaan n kebesaran Allah s.w.t.

sungguh, Allah s.w.t melindungi hamba2Nya yang qanaah dari pesona n tarikan dunia lalu orang qanaah itu berhias zuhud. hati orang2 berjiwa qanaah tidak diletakkan dunia bahkan sekadar dalam genggaman dimana pada bila2 masa sahaja dunia boleh dilepaskan. jiwa seperti inilah yang dimuliakan Allah s.w.t kerana orang qanaah mengetahui maksud sebenar hidup didunia n tujuan Allah s.w.t menjadikan manusia diatas muka bumi ini seperti firman Allah s.w.t : " tidak aku jadikan jin n manusia melainkan untuk beribadat kepadaku..." 
( surah Az-Zariyat : 56). 


Moga2 kelazatan n kerehatan memiliki jiwa yang qanaah dapat disemai dalam diri kita semua kerana sesungguhnya jiwa qanaah sangat disukai Allah s.w.t . sentiasa mensyukuri segala kurniaan Allah s.w.t n menerima apa yang ada sekadarnya. jiwa qanaah menjamin ketenangan abadi pada jiwa kita n jiwa yang tenang pula akan diseru mulia oleh Allah s.w.t , Khaliq kita saat kita bertemu denganNya kelak. mafhum firman Allah s.w.t yang 
bermaksud : " Hai jiwa yang tenang. kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. maka masuklah ke dalam kumpulan hamba2Ku yang berbahagia n masuklah kedalam syurgaKu.." ( surah Al-Fajr 89 : 27-30). wallahu'alam~


:: Laa haulawala quuwataillah billahil 'aliyyil 'aziim ::
~be a professional for ad-deen~